Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

SIMPLE TENSES

A. Simple present = base form: I work. OR base form + -s: He work s . She work s . It work s . OR base form + -es : I watch / she watch es ; I study / he stud ies 1. A general truth. The sky is blue. 2. A typical activity. I always brush after I eat. Bob watches TV every night. Sara works 5 days a week. 3. A statement of something existing at the time of speaking. I hear the train coming. I smell smoke. 4. A scheduled event or activity. My plane leaves at 8:30 tomorrow. B. Simple past = base form + -ed for regular verbs : I worked yesterday. The simple past for irregular verbs varies : He ate lunch at noon . (irregular verb) 1. An activity begun and completed at a particular time in the past. I went to work yesterday morning. 2. Commonly used with “after” and “before” clauses. After Bob ate dinner, he drove to CEC. Th

Hukum –rama.

Hukum –rama merupakan bentuk pengejaan kata dasar 2 suku kata terbuka. Suku kata terbuka adalah suku kata –kvkv dimana huruf vokal terdapat di belakang suku kata tersebut. Kv+kv Suku kata terbuka+suku kata terbuka Oleh itu akhiran –kvkv (-rama) maka huruf alif digunakan di akhir kata. Contohnya: asrama, panorama, drama, rama-rama. Kekeliruan: Bilakah perlu menggunakan huruf alif dan bila pula tidak menggunakannya? Jawapan: alif digunakan apabila suku kata akhir terdiri daripada hukum darlung atau alif tidak digunakan apabila suku kata akhir terdiri daripada hukum bukan darlung. Walau bagimanapun, terdapat pengecualian dalam ejaan untuk mengelakkan kekeliruan. Jika tidak diletakkan alif maka perkataan tersebut akan membawa makna lain: Contohnya: Data mama Fasa dana Papa basya ( Sumber: Daftar kata B.Melayu Rumi-Se

PERBEZAAN ANTARA SISTEM EJAAN RUMI BARU DAN SISTEM EJAAN RUMI LAMA

Imej
Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah: Grafem Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi Za’ba). Tanda diakritik di atas e pepet ( é ) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah: Ejaan Lama Ejaan Sekarang émak jadi emak kéledek " keledek méntéri " menteri témpoh " tempuh Penggunaan Huruf Konsonan Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu: Huruf Lama Huruf Sekarang Contoh Penggunaan (i) ch c chacat jadi cacat chuchi " cuci (ii) dh d kadhi " kadi dharab " darab (iii) dz z

Digraf

Imej
Dua huruf yang berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwilambang, dan huruf rangkap.

e-pepet

Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet – u, dan e pepet – a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup. Perbezaan e-pepet dan e-taling Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi dalam perkataan 'besar'. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling (e tanda) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling ) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Pan
Bahasa Kiasan ialah ungkapan yang maknanya tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasanya. Dengan kata yang lain, maknanya tidak 100% oleh makna kata-kata dalam binaan bahasa kiasan tersebut. Dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya. Dalam bahasa kiasan, kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara dengan benda yang lain. Perbandingan ini dibuat melalui bandingan yang nyata dengan atau tanpa menggunakan kata bandingan tertentu. Kita hanya mengiaskan sesuatu yang dimaksudkan itu dengan benda atau perkara yang lain. Pendeta Za’ba mengatakan bahawa bahasa kiasan ialah bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan lagi; tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan makna. Inilah keistimewaan

Kata ganda berimbuhan

Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa awalan, akhiran, sisipan, atau apitan. Contohnya: awalan: berangan-angan, mengangguk-angguk, jahit-menjahit, teresak-esak, asak-mengasak, setinggi-tinggi akhiran: bau-bauan, sayur-sayuran, rumah-rumahan, puji-pujian, wangi-wangian sisipan: tali-temali, turun-temurun, tulang-temulang apitan: sehari-harian, bersorak-sorakan, kunjung-mengunjungi, melambat-lambatkan, kebiru-biruan, bercaci-cacian Kata ganda berimbuhan boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas (kata keterangan). Contohnya: Golongan Kata Contoh Kata Nama buah-buahan, daun-daunan, sayur-sayuran, tumbuh-tumbuhan Kata kerja bantu-membantu, kasih-mengasihi, meminta-minta, terkebil-kebil Kata Adjektif besar-besaran, kecil-kecilan, keanak-anakan, kegila-gilaan, kemalu-maluan Kata Tugas (Kata Keterangan) mati-matian, turun-temurun , mudah-mudahan, setidak-tidaknya Seperti penulisan kata g

Fonetik

Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή ( phonê ) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India Purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-15 dalam bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini . Jenis fonetik Phonetik mempunyai tiga cabang utama: 1) Fonetik penghasilan bunyi-berkenaan penghasilan bunyi percakapan: kedudukan, bentuk, dan pergerakan organ percakapan seperti bibir, lidah dan lipatan vokal. 2) Fonetik akustik-berkenaan dengan sifat akustik percakapan: sifat gelombang bunyi , seperti kekerapan dan harmonik bunyi 3) Fonetik auditori-berkenaan dengan persepsi bunyi: bagaimana bunyi diter

Fonem

Fonem sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya, dalam bahasa Melayu bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar". Tetapi dalam bahasa Arab, hal ini tidaklah begitu. Dalam bahasa Arab hanya ada fonem /k/. FONEM Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Fonem segmental Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ket

BAHASA MELAYU

myfavicon.ico

Imej

KHIDMAT MEMBUAT BLOG

Imej
Kami di sini ingin menawarkan khidmat mereka blog dengan harga yang terendah iaitu hanya RM50 sahaja bagi blog organisasi seperti blog ini, manakala blog peribadi macam blog ini KLIK UNTUK LIHAT DAN untuk blog bisnes seperti ini KLIK UNTUK LIHAT , KLIK UNTUK LIHAT hanya RM20 sahaja... Tempah sekarang. Hantar : NAMA BLOG ANDA CADANGAN DOMAIN (BLOGSPOT) : CONTOH http://andapunyadomain.blogspot.com JENIS BLOG : ORGANISASI ATAU PERIBADI MAHUPUN BUSINES DAN MAJALAH ke rieypendi@gmail.com. ATAU isi e-borang ini KLIK UNTUK ISI BORANG! Cara pembayaran, kami akan bagi tahu kemudian setelah blog anda siap.

TERJEMAHAN AL-QURAN

Guru Teragung

Oleh : Ain Farhana www.iluvislam.com “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw suri tauladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah” (al-Ahzab:21) Begitulah firman Allah yang menunjukkan bahawa susuk tubuh mulia seorang guru teragung untuk seluruh umat manusia yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan putus asa dalam mendidik jiwa manusia dengan Islam sehingga kita merasakan keindahan Islam ini sehingga sekarang. Kisah Hidup Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad saw. dilahirkan dengan keadaan serba kekurangan. Ayahnya wafat ketika baginda masih berada dalam kandungan ibunya, kemudian ibunya pula wafat ketika dalam perjalanan pulang dari melawat kubur bapanya. Abdul Muttalib, datuknya pula wafat ketika baginda sangat memerlukan kasih sayang sebuah keluarga pada usianya 8 tahun, hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik peristiwa yang memeritkan ini. Baginda dijaga pula oleh bapa