Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

GALERI GAMBAR

Imej

Pelajar IPG TAR Tawan Puncak Gunung Santubong

Imej
KOTA SAMARAHAN: Pelajar-pelajar PISMP opsyen Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 termasuk empat orang pelajar major Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada 14 Julai 2012. Para pelajar diiringi oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial.
Mereka memulakan ekspedisi mendaki gunung bermula pada jam 8 pagi dengan harapan untuk  menjejakkan kaki ke puncak gunung sebelum tengah hari. Pendakian yang mereka tempuhi penuh cabaran dengan keadaan permukaan tanah yang lembap dan batu yang licin akibat hujan telah menjadi kerisauan para peserta, namun dengan tekad semangat yang kuat dan azam yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Santubong, mereka dapat merealisasikan impian mereka tepat pada jam 12:55 tengah hari apabila seramai 23 orang peserta daripada 26 peserta tiba di puncak Gunung Santubong.

Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung Santubong ini sangat mencabar. Ia benar-benar …

Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”

Imej
Generasi Cintakan Pantai
KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai.
Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan meningkatkan semangat beke…

ISL 1&2

Tugasan ( ISL ) : 1 Program : PISMP Ambilan 2009 ( Semester 4 ) Mata Pelajaran : Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah Kod  M/P           : PSS3108 Masa                   : 2 jam
Tajuk     :  Kurikulum Pengajian Sosial


Arahan:
Secara berpasangan pelajar diminta melayari internet untuk mendapatkan maklumat  tambahan berkenaan dengan ;
1)Kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dalam sistem pendidikan di Malaysia. 2)Kepentingan surat-surat pekeliling ikhtisas / pekeliling umum dalam profesion pendidikan ( SPI Bil. 4/1986 – Panitia Mata Pelajaran), P.U.(A) 531: perkara 6(1), 6(2) dan perkara 11.





Disediakan oleh:
Pn. Hjh. Adibah Ismail Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus TAR .














Tugasan ( ISL ) : 2 Program : PISMP Ambilan 2009 ( semester 4 ) Mata pelajaran : Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah Kod  m/p           : PSS3108 Masa                   : 2 jam
Tajuk     :  Kurikulum Pengajian Sosial




Arahan:

Secara berkumpulan, layari laman web / buat rujukan di Pusat Sumber untuk mencari maklumat tentan…

Bahan Tiga Dimensi

Imej
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar.Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.


Kelebihan Bahan 3D
Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :
• Realia
• Model
• Diorama
• Akuarium dan terrarium
• Boneka
• ‘Mob…

Fakta Ringkas Negeri-Negeri di Malaysia

Imej
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
RAJA
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra JamalullailRAJA PEREMPUAN
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul RashidMENTERI BESAR
Y.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin SabuIBU NEGERI
KangarBANDAR DIRAJA
ArauDAERAH
TiadaPARLIMEN
3 KawasanDEWAN UNDANGAN NEGERI
15 KawasanLAMAN WEB
http://www.perlis.gov.my NEGERI KEDAH DARUL AMAN
RAJA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan BadlishahSULTANAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji HamidunMENTERI BESAR
Y.A.B. Ustaz Haji Azizan Bin Abdul RazakIBU NEGERI
Alor SetarBANDAR DIRAJA
Anak BukitDAERAH
11 DaerahPARLIMEN
15 KawasanDEWAN UNDANGAN NEGERI
36 KawasanLAMAN WEB
http://www.kedah.gov.my NEGERI PULAU PINANG
YANG DI-PERTUA NEGERITuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abas
ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERIYang…