Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

7 elemen muzik

Imej
Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). # Irama   # Melodi   # Warna ton   # Bentuk   # Harmoni   # Teksur   # Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama   detik    not dan tanda rehat   meter  tekanan      corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyany

Jom Belajar Tanda Waqaf

Imej
Tanda Waqaf perlu difahami bagi memudahkan kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Fakta Ringkas Negeri-Negeri di Malaysia

Imej
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN RAJA Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail RAJA PEREMPUAN Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid M ENTERI BESAR Y.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu IBU NEGERI Kangar BANDAR DIRAJA Arau DAERAH Tiada PARLIMEN 3 Kawasan DEWAN UNDANGAN NEGERI 15 Kawasan LAMAN WEB http://www.perlis.gov.my NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAJA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah SULTANAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun M ENTERI BESAR Y.A.B. Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak IBU NEGERI Alor Setar BANDAR DIRAJA Anak Bukit DAERAH 11 Daerah PARLIMEN 15 Kawasan DEWAN UNDANGAN NEGERI 36 Kawasan LAMAN WEB http://www.kedah.gov.my NEGERI PULAU PINANG YANG DI-PERTUA NEGERI Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Ut

Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri 2015

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada kami warga SKHBS. Ramah tamah Aidilfitri telah diadakan pada hari Jumaat (pagi) di SKHBS.

Selamat Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-52

Imej
Tanggal 22 Julai 1963, terbentuknya kabinet Sarawak dan Gabenor British keluar meninggalkan Astana untuk menyerahkan kerajaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Hari ini 22 Julai 2015 genaplah 52 tahun Sarawak merdeka.
Imej
Tahun tok kamek beraya di kampung halaman di Kampung Sungai Ba. Line internet sik ada koh.. Tahun ini saya beraya di kampung halaman di Kampung Sungai Ba. Jaringan internet tidak ada di sini.

SEJARAH AWAL PETEMPATAN MANUSIA

Imej
Pada zaman dahulu, manusia hidup secara nomad [glosari] . Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan. Petempatan awal mereka ialah gua , kawasan lapang dan di tepi sungai atau tasik .   GUA Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran gua sebagai tempat tinggal. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua Niah , Sarawak Antara petempatan awal manusia di negara kita ialah Gua Niah , Sarawak dan Gua Cha , Kelantan    KAWASAN LAPANG Manusia zaman dahulu juga tinggal di kawasan lapang. Mereka mula bercucuk tanam. Mereka juga masih berburu binatang. Mereka telah membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan daun-daun pokok.

SELUSURI KERAJAAN SAMBAS, KALIMANTAN BARAT, BORNEO

Imej
- Asal keturunan Melayu Sarawak yang dikenali “Orang Urai/Uray” dan marga nama keluarga “Tan", “Raden” & “Mas” Di da lam menjejaki asal muasal keturunan Melayu Sarawak ini terlalu banyak yang harus diambilkira kerana asal bermulanya Melayu Sarawak itu agak kompleks berbanding dengan Melayu yang lain di Nusantara. Dan Melayu Sarawak juga mempunyai banyak marga nama keluarga yang diperturunkan mengikut nama sebelah ayahnya. Untuk artikel kali ini, Borneo Oracle akan memberikan ruang informasi tentang kaitan sebuah kerajaan kuno iaitu Kerajaan Sambas yang telah memperturunkan legasi Melayu Sarawak yang dikenali dengan nama Melayu Urai atau Orang Uray, Melayu Sarawak dengan marga nama keluarga “Tan” dan Melayu Sarawak dengan marga nama keluarga “Raden” dan “Mas”. Menyelusuri sejarah Kerajaan Sambas yang lokasinya sekarang terletak di Kabupaten Sambas provinsi Kalimantan Barat sebenarnya mempunyai satu sejarah kerajaan yang panjang. Mungkin ramai yang tidak

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN

Imej
Definisi Kata tugas atau kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada calon untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh calon, apakah kehendak soalan yang sebenarnya. Oleh itu, calon lebih mudah untuk memberikan jawapan mengikut kehendak soalan. Kata tugas yang betul bagi sesuatu soalan ada hubungkaitnya dengan kesahan dan kebolehpercayaan soalan itu sendiri. Soalan yang mempunyai kata tugas yang tidak tepat boleh mengelirukan calon. Ini mendorongkan calon memberi jawapan di luar kehendak soalan. Berikut adalah kata tugas yang biasa digunakan digunakan serta respon yang diharapkan daripada calon : Bil. Kata Tugas Respon yang diharapkan 1 Anggarkan Memberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan atau pertimbangan 2 Apakah Memberi maklumat yang khusus / spesifik 3 Bagaimanakah Mem

Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya

Imej
Penulis : Sa b eri Pendi (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun A bdul Razak, Kota Samara h an , Sarawak) Pengenalan Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta. Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang d