Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010

Imej
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah : Menunjukkan keteguhan semangat. Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah. Kami guru-guru pelatih PPISMP709 PENGAJIAN SOSIAL dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak mengucapkan "Sel amat Menyambut Hari Guru" . Terima kasih kepada semua guru yang telah ...

KOMUNIKASI

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua: perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud; supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

PENDIDIKAN

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

SOSIOLOGI

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan,kumpulan sosial , dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

PSIKOLOGI

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkahlaku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

ETIMOLOGI

Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil dari bahasa Belanda etymologie yang berakar dari bahasa Yunani; étymos (arti sebenarnya adalah sebuah kata) dan lògos (ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani ήτυμος ( étymos , arti kata) dan λόγος ( lógos , ilmu). Beberapa kata yang telah diambil dari bahasa lain, kemungkinan dalam bentuk yang telah diubah (kata asal disebut sebagai etimon). Melalui naskah tua dan perbandingan dengan bahasa lain, etimologis mencoba untuk merekonstruksi asal-usul dari suatu kata - ketika mereka memasuki suatu bahasa, dari sumber apa, dan bagaimana bentuk dan arti dari kata tersebut berubah. Etimologi juga cuba untuk membina semula maklumat mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama untuk memungkinkan mendapatkan maklumat langsung mengenai bahasa tersebut (seperti tulisan) untuk diketahui. Dengan membandingkan kata-kata dalam bahasa yang saling berta...

LINGUISTIK

Linguistik ialah kajian sainstifik tentang bahasa manusia.

EKONOMI

Ekonomi ( Economy ) (daripada bahasa Greek οίκος [ oikos ], 'rumah', and νέμω [ nemo ], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran,pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil. Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar: ekonomi mikro : yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu. ekonomi makro : melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah). Aspek yang menerima perhatian khusus ...

ETNOLOGI

Etnologi merupakan perkataan yang berasaskan perkataan etnik, iaitu bangsa manusia. Etnologi merujuk kepada salah satu daripada cabang bidang sains antropologi , yang mengkaji rumpun bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain.

ARKEOLOGI

Arkeologi (dari Greek: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal, purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian") atau juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan. Arkeologi pada masa sekarang merangkumi pelbagai bidang yang berkait dan pelbagai. Sebagai contoh, penemuan mayat yang ditanam akan menarik minat pakar dari pelbagai bidang untuk mengkaji tentang pakaian dan jenis bahan digunakan, bentuk seramik dan cara penyebaran, kepercayaan melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut, pakar kimia yang mampu menentukan usia tapak galian melalui pereputan unsur seperti karbon 14, pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan manusia purba, dan pelbagai bidang lainnya.

ANTROPOLOGI

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia , umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam. Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:- Antropologi budaya Antropologi fizikal Antropologi linguistik Arkeologi Etnologi (Kembali ke Sains Sosial)

SAINS SOSIAL (SOCIAL SCIENCE)

Sains Sosial ( Social Science ) merupakan penggunaan kaedah sainstifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Kajian Sosial . Bidang Sains Sosial merangkumi: Antropologi Ekonomi Linguistik Etimologi Psikologi Sosiologi Pendidikan Komunikasi Istilah sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979) secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah atau scientific method dalam penelitian terhadap hubungan yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat. ASAS SAINS SOSIAL Sebagai satu bidang ilmiah, sains sosial, seperti juga bidang sains tulen, mempunyai asas yang logikal ...
Imej
Selamat Menyambut Hari Guru . Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah : Menunjukkan keteguhan semangat. Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah. untuk maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my/hariguru/

KONSEP PERKATAAN

Imej

TATABAHASA

1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis 2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. 3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. 4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

MORFEM

1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan. 2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. 3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num 4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. 5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

LAMAN WEB BARU

http://www.ipgktarpengajiansosial.webs.com

SOALAN RAMALAN UJIAN SEMESTER 2 (PENGAJIAN SOSIAL)

PENGAJIAN SOSIAL 1 1. Penduduk - Taburan penduduk (faktor) - Pertumbuhan penduduk (kelahiran,kematian dan migrasi) 2. Pembangunan ekonomi - Kepentingan - Ciri-ciri - Faktor2 yang mempengaruhi Objektif/struktur - Urbanisasi - Globalisasi ekonomi - Kesan PENGAJIAN SOSIAL 2 Alam sekitar manusia Esei- interaksi antra kawasan-ASEAN- - Impak kegiatan manusia (langkah pemuliharaan dan pemeliharaan)

SOALAN RAMALAN UJIAN SEMESTER 2 ( BAHASA MELAYU)

Soalan Objektif 1. Takrif morfologi 2. Sintaksis 3. Akronim 4. Binaan frasa 5. Ragam ayat 6. tugas frasa 7. kesusasteraan 8. kebudayaan 9. kesenian Soalan Struktur 1. Bentuk Kata 2. Golongan Kata 3. Binaan ayat 4. Jenis ayat Soalan Esei 1. Kesusasteraan Melayu 2. Kesenian Melayu

DENOTATIF DAN KONOTATIF

BAHASA DENOTATIF Bahasa yang tiada maksud perbandingan atau tidak menimbulkan kesan emosi, iaitu dengan membawa maksud atau pengertian secara tersurat. BAHASA KONOTATIF Bahasa yang mempunyai maksud perbandingan iaitu makna asal bertaut dengan makna lain (ada makna tersirat). Ini menimbulkan kesan emosi dan keindahan.