Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Slider

Solat Jamak Taqdim , Takhir dan Qasar

Imej
Panduan ini disediakan untuk mereka yang bermusafir.

KONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR

Imej
Definisi bahan bantu mengajar(BBM):  BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.  Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar:  Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:      - Bahan bantu mengajar bukan elektronik      - Bahan bantu mengajar elektronik      - Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan        sebenar  Bahan bantu mengajar bukan elektronik:  1. Papan hitam atau papan tulis  2. Buku teks  3. Papan pemer atau papan buletin      - Sumber pengajaran yang produktif      - Untuk memperkenalkan idea baru, memberi        maklumat memberi kefahaman, memperkayakan       perbendaharaan kata, merangsang  ...

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

Imej
Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis  rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar! Mari kita menuju wawasan, Berketerampilan bergerak seiringan, Dari utara hingga selatan, Kita pacu menyusur gelombang. *Dasar dipadu cita dituju, Bumi kenyalang saujana memandang, Pelosok kota rantau dan desa, Meneruskan agenda pendidikan. Ayuh terbang kita seiringan, Menggapai bintang menjejak awan, Tekad yang jitu semangat juang, Pendidikan dijulang zahirkan harapan. Terbanglah tinggi menuju gemilang, Laungan keramat penuh iltizam, Rapatkan jurang satukan impian, Semangat juang kita laungkan. Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x) Kita sematkan.

RIMUP 2015

Imej
Program Rancangan Intergrasi Muris untuk Perpaduan (RIMUP) telah dijalan pada 11-12 Ogos 2015 di SKHBS. Program ini melibatkan kerjasama tiga buah berdekatan iaitu SJK (C) Chung Hua Sebangan, SK Tungkah Dayak dan SKHBS. SKHBS merupakan tuan rumah penganjur program RIMUP kali ini. Pelbagai aktiviti dijalan. Selasa 1) Senam robik 2) Pancing botol 3) Bawa ping pong dalam sudu 4) Meleret bola guna gelung 5) Mengisi air dalam botol Program hari ini telah dirasmikan oleh Puan Jamayah dari PPD Simunjan. Rabu 1) Senam robik 2) Gotong royong 3) Tayangan video 4) Indoor aktiviti

Sejarah Komputer

Imej
Komputer merupakan alat ciptaan manusia yang mengalami sejarah penciptaan yang panjang. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, jom kita lawati web ini  Computer Science Lab

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Imej
N egeri- n egeri M elayu B ersekutu (NNMB) dibentuk pada bulan Julai 1896 yang terdiri daripada negeri Perak , Selangor , Pahang dan Negeri Sembilan . Penubuhannya adalah bertitik tolak daripada kelemahan yang terdapat dalam Sistem Residen. Melalui sistem pemerintahan NNMB ini: 1. Kuasa pemerintahan dibahagi dua antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 2. Seorang Residen Jeneral akan dilantik mengendalikan kerajaan pusat bagi memastikan Residen-residen di setiap negeri tidak bertindak sewenang-wenangnya. 3. Residen Jeneral pula akan diawasi oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga menyandang Gabenor Negeri-negeri Selat. 4. Mewujudkan keseragaman dari segi perkhidmatan awam, polis, gaji, dasar pelajaran, undang-undang tanah dan sistem pos. Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral yang pertama mengetuai NNMB. Sistem NNMB ini terus berjalan dengan pelbagai penyesuaian bagi mengatasi kelemahan yang timbul seperti pemilikan k...

7 elemen muzik

Imej
Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). # Irama   # Melodi   # Warna ton   # Bentuk   # Harmoni   # Teksur   # Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama   detik    not dan tanda rehat   meter  tekanan      corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada ...

Jom Belajar Tanda Waqaf

Imej
Tanda Waqaf perlu difahami bagi memudahkan kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Fakta Ringkas Negeri-Negeri di Malaysia

Imej
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN RAJA Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail RAJA PEREMPUAN Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid M ENTERI BESAR Y.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu IBU NEGERI Kangar BANDAR DIRAJA Arau DAERAH Tiada PARLIMEN 3 Kawasan DEWAN UNDANGAN NEGERI 15 Kawasan LAMAN WEB http://www.perlis.gov.my NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAJA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah SULTANAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun M ENTERI BESAR Y.A.B. Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak IBU NEGERI Alor Setar BANDAR DIRAJA Anak Bukit DAERAH 11 Daerah PARLIMEN 15 Kawasan DEWAN UNDANGAN NEGERI 36 Kawasan LAMAN WEB http://www.kedah.gov.my NEGERI PULAU PINANG YANG DI-PERTUA NEGERI Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Ut...