Catatan

Tunjukkan catatan dari September 22, 2010

Peranan Wang Dalam Ekonomi

Nota 1.      Pengenalan   Pada kali ini kita akan membincangkan pula tentang 'Institusi Kewangan'. Di bawah tajuk ini ada beberapa perkara yang akan di terangkan iaitu:  a.      fungsi dan bentuk operasi bank perdagangan. b.      fungsi utama institusi kewangan lain. c.      contoh institusi kewangan di Malaysia.   2.      Bank perdagangan   Bank perdagangan adalah institusi kewangan milik swasta dan matlamat utamanya adalah untuk mendapatkan untung. Bilangan bank perdagangan pada asalnya adalah banyak, tetapi mulai tahun 1999, bilangannya telah mula dikurangkan melalui proses penggabungan antara bank. Ia bertujuan untuk menambahkan jumlah modal bank perdagangan tempatan bagi menghadapi masalah kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada ketika ini.   Namun begitu, peranannya amat penting dalam ekonomi sebuah negara. Aktivitinya mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap perubahan bekalan wang dalam ekonomi. Aktiviti utama bank...