Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 18, 2015

Penggunaan Kata Hubung dengan betul

KATA HUBUNG 1. MAKSUD: Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. 2. JENIS KATA HUBUNG: a. Kata hubung gabungan: Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka  b. Kata hubung pancangan: Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila  c. Kata hubungan berpasangan : Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)   Salah: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.  Betul:  -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan  Salah:  -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu bol...