Catatan

Tunjukkan catatan dari April 2, 2011

Imam al-Ghazali

Imej
Riwayat Hidup a.Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at- Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran). b.Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al- Ghazali. c.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah. d.Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. e.Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini. f.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya. Peribadi a.Imam Al-Ghazali mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah. b.Beliau...

TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

Pengenalan Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah : 1. Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi - Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membol...

Helah Bela Diri

Imej
Merupakan proses psikologi bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ia juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam. Antara strategi yang digunakan untuk helah bela diri ialah: Penyangkalan * Merupakan penafian atau penolakan tentang realiti. Sesuatu peristiwa yang traumatik yang tidak tertanggung oleh fikiran dan perasaan. Contohnya seseorang yang tidak dapat menerima berita kematian orang yang penting di dalam hidupnya. Reaksi Formasi * Mempertahankan diri dari satu ancaman dengan menunjukkan reaksi yang bertentangan. Contohnya seorang yang selalu makan rasuah sering bercakap tentang gejala rasuah. Penyaluran * Melepaskan desakan-desakan kepada sasaran lain yang lebih selamat. Contohnya kemahiran terhadap ketua jabatan di pejabat dilepaskan kepada anak-anaknya di rumah. Rasionalisasi * Memberi alasan-alasan terhadap kegagalan. Contohnya, se...

Teori Bronfenbrenner Ekologi Pembangunan

Pendahuluan: Bronfenbrenner adalah seorang psikolog yang lahir pada tahun 1917, ia mengembangkan teori ekologi pembangunan manusia, dalam teorinya tentang pembangunan manusia ia menganalisis tiga jenis sistem yang membantu dalam pembangunan manusia, mereka termasuk dalam sistem mikro, mesosystem, exosystem, dan sistem makro dan akhirnya dia mengembangkan sistem kelima yang merupakan sistem Chrono. Semua sistem ini sebagai Bronfenbrenner dinyatakan mempunyai peraturan, norma dan pada masa yang sama peranan yang membentuk perkembangan manusia. Ekologi teori pembangunan manusia oleh Bronfenbrenner Sistem mikro: Ini adalah tatacara di mana seseorang tinggal di, sistem mikro meliputi keluarga, kumpulan sebaya, persekitaran dan kehidupan sekolah, sistem ini membantu membentuk pembangunan orang dalam bahawa seseorang memiliki hubungan langsung dengan mereka, sifat dari sistem ini adalah bahawa individu-individu yang mempunyai hubungan langsung dengan agen akan membantu dalam pembangunan t...