KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Terdapat 2 jenis Kompetensi Kecerdasan Emosi, iaitu : i- Kompetensi Personal ii- Kompetensi Sosial Maksud i - Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat menguruskan dirinya sendiri. ii - Kompetensi Sosial pula bermaksud bagaimana seseorang individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain. Kompetensi Personal Terdapat 2 cabang lain dalam kompetensi personal, iaitu : i -Kesedaran kendiri ii- Pengurusan kendiri Maksud Kesedaran kendiri -Seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan isyarat dalamannya seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu mengetahui keadaan dirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan sebagainya. Pengurusan kendiri -Seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya d alam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri. Sebagai contoh yang boleh dilihat ialah melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu itu per...