SELUSURI KERAJAAN SAMBAS, KALIMANTAN BARAT, BORNEO
- Asal keturunan Melayu Sarawak yang dikenali “Orang Urai/Uray” dan marga nama keluarga “Tan", “Raden” & “Mas” Di da lam menjejaki asal muasal keturunan Melayu Sarawak ini terlalu banyak yang harus diambilkira kerana asal bermulanya Melayu Sarawak itu agak kompleks berbanding dengan Melayu yang lain di Nusantara. Dan Melayu Sarawak juga mempunyai banyak marga nama keluarga yang diperturunkan mengikut nama sebelah ayahnya. Untuk artikel kali ini, Borneo Oracle akan memberikan ruang informasi tentang kaitan sebuah kerajaan kuno iaitu Kerajaan Sambas yang telah memperturunkan legasi Melayu Sarawak yang dikenali dengan nama Melayu Urai atau Orang Uray, Melayu Sarawak dengan marga nama keluarga “Tan” dan Melayu Sarawak dengan marga nama keluarga “Raden” dan “Mas”. Menyelusuri sejarah Kerajaan Sambas yang lokasinya sekarang terletak di Kabupaten Sambas provinsi Kalimantan Barat sebenarnya mempunyai satu sejarah kerajaan yang panjang. Mungkin ramai yang tidak ...