Liberalisasi Sektor Kewangan
Ref No: 04/09/09 Embargo: For immediate release Liberalisasi Sektor Kewangan Pengumuman langkah-langkah liberalisasi hari ini bertujuan untuk memperkukuh kesalinghubungan ekonomi Malaysia dengan negara-negara lain dan meningkatkan peranan sektor kewangan sebagai pendorong dan pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-langkah liberalisasi ini adalah sejajar dengan objektif yang disasarkan di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan (Financial Sector Master Plan, FSMP) yang dikeluarkan pada tahun 2001 untuk membangunkan sektor kewangan yang berdaya tahan, pelbagai dan berkesan. Lebih 90% daripada inisiatif FSMP telah pun dilaksanakan atau sedang dalam pelaksanaan. Reformasi kewangan dan usaha bina upaya yang dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu telah pun membuahkan hasil yang menggalakkan. Peningkatan yang nyata telah dicapai oleh institusi kewangan domestik. Bank domestik mempunyai tahap permodalan yang kukuh dengan nisbah modal wajaran risiko (risk-weighted capital ratio...