Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pendengaran

Pengamatan, Penglihatan dan Pendengaran

Jenis-Jenis Pengamatan Kebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid-muridnya dan merekalah yang menerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak balas dengan cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang diajar. Harus diingat tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan (pengajaran) dengan menghasilkan gerak balas yang sama kerana tidak ada dua orang murid yang sama segalanya. Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah sesuatu yang jati atau semula jadi. KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN i. Penglihatan (Janet W Learner – Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesua...