Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2011

Membina momentum menjelang Ramadan

Imej
Pandangan IKIM BULAN yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal tiba tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita untuk menyambutnya, harus diingati persiapan yang perlu dilengkapi agar Ramadan kali ini tidak menyebabkan kita tersungkur sebelum penghujungnya. Bukan setakat persediaan dari aspek mental dan spiritual, malah aspek fizikal perlu diambil kira dan disenaraikan keutamaannya. Selain mengejar pahala di bulan barakah, kita juga menyasarkan kesihatan tubuh badan yang unggul agar ia mampu menjadi wahana menggapai ketaqwaan kepada Allah SWT. Sebelum Ramadan, momentum kesihatan perlu dibina. Latihan puasa perlu dicetuskan. Ini untuk memastikan agar fisiologi tubuh badan dapat disesuaikan dengan situasi berpuasa. Berpuasa sunat sebelum Ramadan dapat melatih perut supaya tidak terlalu ‘terkejut’ dengan puasa sebulan dalam Ramadan. Inilah antara hikmah puasa sunat Rejab dan Sya‘ban yang digalakkan dalam Islam seperti mana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: “Adalah Rasulullah SA...

Chelsea Tabik Kepada Skuad Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR - Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78. Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembal...