Catatan
Tunjukkan catatan dari April 26, 2010
10 KOTA TERTUA DI DUNIA (INFO)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
10 Kota Tertua di Dunia Di bawah ini adalah 10 tempat yang berhasil dikaji dan dinyatakan sebagai kota tertua yang masih berdiri dan hidup dalam dunia moden. Tertarik? Kita baca sama-sama: (10). Lisbon, Portugal (2000 SM ?) Kota yang didirikan di perbukitan rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri berabad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah kota paling hidup di Eropa. Istana-istana kuno yang di restorasi, gereja-gereja tua nan indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bagian paling indah yang membentuk wajah budaya kota ini. Museum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu kota ini. Bairro Alto, pusat kehidupan malam kota ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab seru bagi anda. Campo de Santa Clara juga membuka berbagai kesempatan bagi an...
MODEL EKONOMI BARU MENJADI PANDUAN STRATEGI EKONOMI NEGARA
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Model Ekonomi Baru menjadi panduan strategi ekonomi negara Dorongan bagi mengubah model ekonomi dipengaruhi oleh tiga faktor utama: • Suasana persaingan telah berubah: Seperti dibincangkan dalam Bab 2, kita menghadapi persaingan yang meningkat dalam FDI. Dalam negara ASEAN sebagai contohnya, Indonesia dan Vietnam menawarkan kos lebih rendah dan mempunyai jumlah penduduk lebih yang besar • Peralihan keseimbangan kuasa dalam pasaran global: Dengan peningkatan kepentingan China, India dan Timur Tengah sebagai pasaran eksport, Malaysia juga perlu mengalihkan tumpuan dalam hal ini • Modal kewangan dan modal insan semakin mudah bergerak. Oleh kerana keduadua elemen ini penting dalam proses pembangunan, strategi baru diperlukan bagi menarik dan mengekalkan mereka Pandangan awal mengenai model dan strategi ekonomi Malaysia ke hadapan telah dibincangkan sewaktu sesi lampas minda (brainstorming) dengan Bank Dunia pada awal tahun 200913. Pandangan tersebut disimpulkan di bawah. Transformasi yang ...
PEREDARAN DALAM MAKROEKONOMI
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Makroekonomi Peredaran dalam makroekonomi Makroekonomi (dari awalan "macr(o)-" bererti "besar" + "ekonomi") merupakan cabang ekonomi yang berkaitan dengan prestasi, struktur, dan tingkah-laku ekonomi oleh keseluruhan masyarakat, samaada negara, kawasan, atau keseluruhan dunia. [1] Bersama mikroekonomi, Makroekonomi merupakan satu daripada dua bidang umum dalam ekonomi. Ia merupakan kajian pada semua aspek, terutamanya tingkah-laku dan membuat keputusan, keseluruhan ekonomi.[2] Kajian makroekonomi menghimpun petunjuk seperti KDNK, kadar pengangguran dan indeks harga bagi memahami bagaimana keseluruhan ekonomi berfungsi. Makroekonomi membangunkan model yang menjelaskan kaitan antara faktor sedemikian seperti pendapatan kebangsaan, keluaran negara, penggunaan, pengangguran, inflasi, penyimpanan, pelaburan, pelaburan, perdagangan antarabangsa dan kewangan antarabangsa. Sebaliknya, mikroekonomi kebanyakannya menumpukan pada tindakan agen persendirian, seperti e...
DEFLASI
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Dalam ekonomi, deflasi merupakan penurunan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan yang berterusan di bawah inflasi sifar. Deflasi adalah lawan kepada inflasi. Bagi ahli ekonomi, istilah ini menjadi dan kadang kala digunakan untuk merujuk pada penurunan dalam jumlah bekalan wang (sebagai satu sebab langsung penurunan dari tingkat harga umum). Akan tetapi, kini penurunan jumlah bekalang wang ini lebih sering dirujuk sebagai sebuah "pengecutan" belakan wang. Ketika deflasi, permintaan untuk kecairan akan naik, berbanding barangan atau faedah. Sewaktu deflasi kuasa beli wang juga naik. Deflasi dianggap sebagai satu masalah dalam ekonomi moden kerana potensi lingkaran deflasi dan kaitannya dengan zaman kemelesetan.
INFLASI
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna. Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan ...
PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
PERANAN MASYARAKAT DAN INDIVIDU DALAM MENINGKATKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT KONSEP PERANAN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
• Salah satu komponen dalam struktur sosial. • Secara khususnya, peranan ialah bentuk kelakuan jangkaan yang berkaitan dengan kedudukan sosial seseorang dalam satu kelompok atau situasi sosial. • Penting kerana ia membolehkan seseorang dapat menjangka tingkah laku dan corak tindakan orang lain. • Contoh peranan ialah peranan seorang: Guru, anggota polis, bomba, peguam, anak, ibu, ayah dan Sebagainya. • Peranan memberi kesan terhadap personaliti individu. • Apabila memainkan peranan, dia akan mengambil aspek yang sesuai bagi peranan tersebut. • Sebaliknya, individu itu akan mengubah personalitinya apabila dia tidak lagi memainkan peranan yang sama. • Memberi kesan terhadap personaliti individu. • Apabila memainkan peranan, dia akan mengambil aspek yang sesuai bagi peranan tersebut. • Sebaliknya, individu itu akan mengubah personalitinya apabila dia tidak lagi memainkan peranan yang sama. NILAI DAN SIKAP Kesyukuran • Menyedari manusia diberi anugerah yang lebih oleh Allah berbanding makh...
INDEKS HARGA PENGGUNA
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Indeks harga pengguna atau IHP (bahasa InggerisConsumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa. IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh PBB (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP: Bakul barangan dan perkhidmatan Wajaran (2005) Makanan dan Minuman Bukan Alkohol 31.4 Minuman Alkohol dan Tembakau 1.9 Pakaian dan Kasut 3.1 Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain 21.4 Hiasan, Perkakasan dan Penyelen...
JANGAN LUPA DARATAN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Wahai anakku (Ilham : Saberi Bin Pendi) Apabila kelak senang hidupmu Janganlah engkau lupa Janganlah engkau berubah Berubah menuju kehancuran Kebongkakan Lihatlah Apa yang ayahmu sedang usahakan Lihatlah Ibumu sedang menuai padi Dan di atasnya mentari menyapa kesabaran Ingatlah ia apabila engkau berjaya nanti Panduan berjejak di muka hari Ingat dan fikirkanlah anakku Orang yang baik akan meninggalkan Nama yang baik Ingatlah pesan ibu dan ayahmu
PEMABAHAGIAN KERJA
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
PEMBAHAGIAN TUGAS : -Penggunaan konsep ini dalam sosiologi mula dikemukakan oleh Emile Durkheim. -Pembahagian kerja menurut Durkheim bukan diertikan sebagai pembahagian kerja dan fungsi ekonomi [seperti yang difahami oleh ahli ekonomi] … …sebaliknya pembahagian kerja melibatkan seluruh struktur masyarakat yakni pembezaan sosial yang meliputi bukan sahaja pengkhususan dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam bidang sosial, politik, pentadbiran dan lain-lain. -Manusia yang hidup dalam masyarakat primitif biasanya menanam makanan mereka sendiri, mendirikan rumah sendiri sebaliknya manusia dalam masyarakat moden sangat bergantung kepada orang lain untuk hidup. -Menurut Durkheim, pembahagian kerja adalah fenomena penting dalam masyarakat kerana ia dapat menjalinkan perhubungan di kalangan masyarakat dan seterusnya mewujudkan perpaduan sosial. -Pembahagian kerja juga dikatakan tidak semestinya menghasilkan perpaduan [kadangkala pembahagian kerja wujud dalam bentuk tidak normal – contohnya pemb...
GEMEINSCHAFT DAN GESELLSCAFT
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
-Istilah ini mula digunakan oleh seorang ahli sosiologi Jerman, Ferdinand Tonnies. - Dari segi hubungan sosial, gemeinschaft [ komuniti ] merangkumi interaksi sosial yang melibatkan hubungan primary yang rapat dan bersemuka, di mana tradisi dan matlamat yang sama wujud. - Gesellschaft merujuk kepada hubungan sosial yang lebih spesifik, impersonal dan instrumental. - Hubungan sosial yang terlibat adalah secondary dan hanya melibatkan sebahagian daripada individu dalam suatu kumpulan. - Dari segi jenis masyarakat, gemeinschaft adalah masyarakat yang mempunyai hubungan sosial berasaskan kepada ikatan kekeluargaan & ikatan persahabatan yang rapat. - Gesellschaft adalah jenis masyarakat yang mempunyai hubungan secondary yang lebih kuat. Ikatan sosial lebih bercorak sukarela, contractual & berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. - Max Weber mengaitkan kedua-dua konsep dengan proses integrasi pelaku ke dalam komuniti atau masyarakat. - Apabila proses integrasi mengakibatkan gemei...
PERMINTAAN DAN PENAWARAN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
1. Pengenalan Untuk minggu terakhir pada tahun ini, kita akan mengulangkaji tajuk ‘Permintaan dan penawaran’. Ulangkaji kita pada kali ini akan meliputi perkara-perkara berikut: a) Permintaan b) Penawaran c) Keseimbangan pasaran. 2. Permintaan Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseoarang pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu. Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang banyak. Ini dinamakan hukum permintaan. Untuk memahami konsep permintaan dengan lebih jelas lagi, kita boleh gunakan persamaan permintaan, iaitu: Qdx = a – bP Di mana, Qdx = kuantiti barang x yang diminta a = kuantiti barang x yang diperolehi ketika harga sifar. b = kecerunan keluk permintaan. P = harga barang. Contoh p...
KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
MAKROEKONOMI PENGENALAN 1. Pendahuluan Pada minggu pertama tahun 2002 ini, kita akan membincangkan tajuk ‘Pengenalan’ untuk Kertas Ekonomi 2 iaitu Makroekonomi. Di antara perkara-perkara yang akan kita sentuh adalah: 1. Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi. 2. Matlamat dasar makroekonomi. 3. Bentuk dasar makroekonomi. 2. Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi adalah data statistik mengenai kegiatan ekonomi negara yang digunakan sebagai alat pengukur dalam menilai pencapaian dan kecekapan kegiatan ekonomi negara. Di antara pemboleh ubah yang selalu digunakan adalah : i. Pendapatan negara / keluaran negara ii. Gunatenaga dan pengangguran iii. Inflasi iv. Imbangan pembayaran v. Pertumbuhan ekonomi i. Pendapatan negara / keluaran negara Pendapatan negara / keluaran negara boleh didefinasikan sebagai jumlah barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan oleh sebuah negara pada suatu tahun tertentu. Untuk menilai pencapaian dan kecekapan kegiatan ekonomi ...
ISU - ISU SEMASA KEPENDUDUKAN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
70 juta penduduk Malaysia menjelang 2100 Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100. Tahun lalu negara menyambut kedatangan 516,645 bayi, iaitu peningkatan 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008. Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773. Jumlah kematian tahun lalu ialah 129,922 berbanding 123,335 pada tahun 2008, peningkatan 5.1 peratus atau 6,587. Selangor juga negeri yang mencatat kadar kematian yang paling tinggi iaitu 16,494 diikuti Johor 15,749 dan Perak 15,467. Menurut laman web Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta bagi 2009. Sejak beberapa tahun lalu, penduduk dalam lingkungan umur ...