PERANAN MASYARAKAT DAN INDIVIDU DALAM MENINGKATKAN KEHIDUPAN MASYARAKAT KONSEP PERANAN

• Salah satu komponen dalam struktur sosial.
• Secara khususnya, peranan ialah bentuk kelakuan jangkaan yang berkaitan dengan kedudukan sosial seseorang dalam satu kelompok atau situasi sosial.
• Penting kerana ia membolehkan seseorang dapat menjangka tingkah laku dan corak tindakan orang lain.
• Contoh peranan ialah peranan seorang: Guru, anggota polis, bomba, peguam, anak, ibu, ayah dan Sebagainya.
• Peranan memberi kesan terhadap personaliti individu.
• Apabila memainkan peranan, dia akan mengambil aspek yang sesuai bagi peranan tersebut.
• Sebaliknya, individu itu akan mengubah personalitinya apabila dia tidak lagi memainkan peranan yang sama.
• Memberi kesan terhadap personaliti individu.
• Apabila memainkan peranan, dia akan mengambil aspek yang sesuai bagi peranan tersebut.
• Sebaliknya, individu itu akan mengubah personalitinya apabila dia tidak lagi memainkan peranan yang sama.

NILAI DAN SIKAP
Kesyukuran

• Menyedari manusia diberi anugerah yang lebih oleh Allah berbanding makhluk lain
• Syukur dalam kata lain bermaksud berterima kasih.
• Terima kasih kepada Allah: melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.
• Terima kasih kepada kerajaan : bekerja dengan penuh keikhlasan, berhemat dan dedikasi dan tidak mendatangkan keburukan ke atas nama baik negara.
• Terima kasih kepada masyarakat : Tidak sombong, bersedekah, sentiasa bertegur sapa.
• Terima kasih kepada diri sendiri : sentiasa menjaga kesihatan.

Kerjasama dan kesepaduan

• Kerjasama dan kesepaduan berkait rapat dengan integriti.
• Menurut Datuk Dr. Sulaiman Mahbob, Presiden Institut Integriti Malaysia :Integriti adalah kewibawaan, Integriti boleh ditakrifkan sebagai keutuhan. Sebenarnya integriti itu adalah kesuluruhan pembawaan kita dari segiperibadi, tutur kata dan sopan santun ”.
• Dalam meningkatkan kehidupan masyarakat, setiap individu harus memainkan peranan untuk bekerjasama.

Tidak Etnosentrik

• Etnosentrik – Sesuatu kaum/etnik tersebut menganggap etnik sendiri lebih baik berbanding etnik lain.
Konsep etnik membentuk konsep:
• Etnisiti: rasa kekitaan kumpulan etnik
• Etnosentrisme: melihat kelompok etnik lain menerusi kacamata etnik sendiri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH