ISU - ISU SEMASA KEPENDUDUKAN

70 juta penduduk Malaysia menjelang 2100


Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.

Tahun lalu negara menyambut kedatangan 516,645 bayi, iaitu peningkatan 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.

Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.

Jumlah kematian tahun lalu ialah 129,922 berbanding 123,335 pada tahun 2008, peningkatan 5.1 peratus atau 6,587.

Selangor juga negeri yang mencatat kadar kematian yang paling tinggi iaitu 16,494 diikuti Johor 15,749 dan Perak 15,467.

Menurut laman web Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta bagi 2009.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara, 32 peratus berumur bawah 15 tahun manakala selebihnya berumur 65 tahun ke atas.

Cina mempunyai saiz keluarga paling kecil

Pensyarah Pusat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Marshitah Mohd Radzi berkata Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sihat sejak 10 tahun kebelakangan ini.

"Ini merupakan satu pertumbuhan yang sihat jika dilihat dari segi kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menampung kelahiran tersebut," katanya.

Beliau berkata mengikut Dasar Kependudukan 1985, Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk pada 2100.

Marshitah berkata kadar kelahiran haruslah bersifat positif dan mempunyai kadar kelahiran yang bersifat serata di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Saiz keluarga yang makin bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesuatu keluarga turut bertambah. Maka kependudukan yang positif dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan dicapai sama-sama,” tambah beliau.

Marshitah berkata menurut analisis demografi, saiz keluraga yang paling kecil di Malaysia ada daripada etnik Cina, diikuti oleh kaum India.

Kaum Melayu masih mempunyai saiz keluarga yang ramai, katanya.

Banci penduduk dan keluarga dijangka diadakan sekali lagi pada tahun ini.
PEMBANGUNAN EKONOMI - KEGIATAN PERHUTANAN DAN PEMBALAKAN
1.0. JENIS-JENIS HUTAN DAN TABURANNYA

1.1. HUTAN HUJAN TROPIKA

i. terdapat di kawsan khatul istiwa- juga dikenali sebagai hutan hujan
ii. sentiasa berkeadaan malar hijau sepanjang tahun
iii. profil hutannya kanopi berlapis-lapis boleh dibahagikan kepada empat- atas, (50-40m), kedua (25-40), tengah (15-25m), bawah 9semak samun, dan pokok rehek.
iv. Faunanaya terdiri daripada pelbagai hadupan liar- kelwalar, burung, keluang tupai, harimau musang, badak dll

1.2. HUTAN MONSUN TROPIKA
i. terletak di garislintang 10°U-30°U dan 10°S-30°S
ii. meluruhkan daun pada musim kemarau
iii. pokok tumbuh seragam/sejenis
iv. kanopi juga berlapis-lapis
v. hutan daun buluh
vi. profil tiga lapis iaitu lapisan atas (20-30m),kedua (5-20m), bawah (paku pakis, palma rumput)
vii. faunanya terdiridaripada gajah,harimau musang, beruang dll

1.3. PADANG RUMPUT HAWA SEDERHANA
i. terletak 3°u-45°u dan 30°s-45°s
ii. tumbuhan berkayu jarang tumbuh di lembah sungai
iii. dua jenis padang rumput- padang rumput yang pendek dan padang rumput yang panjang
iv. padang rumput utama ialah steppe, prairie dan pampas
v. hidupan liar terdiri daripada kuda, kambing, marmot, tupai, hamster dll
vi. dipengaruhi oleh empat musim- ,usim panas dan musim bunga-menghijau dan pada musim luruh/gugur-kekuningan



1.4. HUTAN KONIFER
i. terletak di 40°u-60°u
ii. bersifat monospesesies – satu atau dua jenis spesies sahaja
iii. bersifat malar hijau, berkayu lembut, kuit tebal, batang lurs, saiz besar dan tinggi
iv. mencapai ketinggian 40m
v. profil hutan selapis sahaja ketinggian seragam dan jarang ditumbuhi pokok di bawah
vi. hidupan liar seperti karibu, musk, serigala, chipmink dll



2.0. SUMBANGAN/KEPENTINGAN SUMBER PERHUTANAN

2.1. JENIS-JENIS HASIL HUTAN

i. Sumber kayu balak- meranti, cengal, jati, merbau
ii. Sumber rotan/buluh
iii. Sumber perubatan/ minyak wangi- akat kayu, daun bunga
iv. Sumber makanan- buah, daun contoh salak, petai kelubi dll
v. Tempat rekreasi/hutan lipur
vi. Daging binatang- rusa, pelanduk dll


2.2. SUMBANGAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI

i. sumber hasil perkayuan kepada sesbuah negara- sumber kayu umtuk dalam negara atau luar negara
ii. pembangunan sektor pelancongan-eko pelancongan-hutan simpan, hutan lipur, air terjun dll
iii. membantu memajukan industri yang berasaskan kayu-perabot, pembinaan,
pengangkutan
iv. mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor- kilang pemprosesan kayu, kilang perabot, pemandu lori dll

2.3. KEPENTINGAN KEPADA PERSEKITARAN FIZIKAL

i. habitat kepada pelbagai hidupan liar
ii. menghalang hakisan tanah
iii. mengawal keseimbangan kitar hidrologi
iv. mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro
v. mengekalkan kelempaban udara
vi. menyederhanakan suhu sekitar


3.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERHUTANAN DI MALAYSIA
i. malaysia kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu keras- meranti, cengal dll
ii. permintaan yang tinggi terhadap kayu keras tropika – dari jepun
iii. rangkaian jalan raya dan jalan keretapi yang baik untuk mrngangkut hasil kayu balak ke pelabuhan
iv. langkah penghutanan semula kerajaan menjamin bekalan kayu balak berterusan
v. teknologi pembalakan yang moden seperti menggunakan mesin gergaji, jentera penarik, helikopter

4.0. FAKTOR-FAKTOR PENYAHUTANAN DI MALAYSIA
i. kebakaran huatan secara semula jadi pada musim kemarau
ii. bencana alam- gempa bumi, letusan gunung berapi
iii. pembinaan empangan hidro elektrik
iv. pembalakan yang tak terkawal
v. akktiviti pertanian pindah
vi. pembukaan tanah baru untuk pertanian ladang oleh kerajaan
vii. pembinaan infratstruktur dan pembangunan banadar



5.0. KESAN-KESAN PENYAHHUTANAN

i. kepupusan pelbagai spesies flora dan fauna
ii. memusnahkan habitat semila jadi haiwan-haiwan
iii. memusnahkan edaran nutrien dalam eko sistem hutan-rantaian dan nurien tanah akan hilang kerana air larian permukaan
iv. mengubah cuaca dunia- peningkatan suhu
v. kesan ke atas geomormologi- proses hakisan, luluhawa, gerakan jisim
vi. kitaran hidrogi tidak stabil-mengurangkan jumlah hujan,mengurangkan kadar susupan paras air dalam tanah –menjejaskan bekalan air kepada sungai
vii. kekurangan sumber makanan kepada manusia khususnya masyarakat orang asli
viii. kegiatan eknomi terjejas- industri prabot, kayu, kraftangan kerana kekurangan sumber kayu
ix. rantaian makanan terjejas- kekurangan humus- tanah tidak subur-menjejaskan aktiviti pertanian
x. bekalan oksigen kepada manusia terjejas-meningkatkan kandungan gas karbon dioksida alam udara- kesan rumah hijau-kepanansan
xi. bekalan air kepada penduduk terjejas-simpanan air bawah tanah berkurang-empangan terjejas

6.0. LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HUTAN/MEWUJUDKAN PERHUTANAN LESTARI

A. MAKSUD PEMELIHARAAN : usaha-usaha menjaga, memelihara, melindungi sumber-sumber alam supaya kewujudannya berterusan seperti hutan simpan kekal
B. MAKSUD PEMULIHARAAN: usaha-usaha melastarikan bekalan, mewujudkan sumber-sumber melalui pemeliharaan, baik pulih sumber-sumber yang telah digunakan supaya tidak pupus contoh penghutanan semula
C. MAKSUD PERHUTANAN LESTARI: sistem perhutanan yang berteusan yang mengandungi amalan-amalan yang boleh menghaslkan sumber-sumber hutan berkualiti tinggi , mengawal pengeluaran sumber hutan untuk jangka panjang untuk generasi akan datang




6.1. LANGKAH PERUNDANGAN
i. dasar perhutanan negara 1978- mewujudkan hutan simpan dan taman negara
ii. akta perhutanan negara 1984- larangan yang berkaitan dalam kawasan hutan simpan kekal-memasuki, menebang, memotong, mencari , mengambil ,membersih, menceroboh dll
iii. denda dan penjara sehingga rm50000 atau dua tahun penjara kepoada sesiapa yang ingkar
iv. akta perlindungan hidupan liar 1976- mamstikan sepesies hidupan liar tidak pupus


6.2. LANGKAH PENGURUSAN
i. sistem penebangan terpilih- sistem sebaya malaya(MUS), sistem pengurusan tebngan memilih (SMS)-kaedah penebangan sistematik dan berjadual
ii. kaedah sivilkultur- pemulihan hutan melalui ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan
iii. penghutanan semula kawsan hutan yang tlah ditebang
iv. penyelidikan dan pembangunan- frim, upm menjalankan penyelidikan menjamin program perladangan hutan



6.3. KEMPEN/PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
i. pendidikan alam sekitar peringkat rendah, menengah, maktab dan universiti dalam kurikulum formal contoh dalam mata peljaran geografi
ii. kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar seperti cintai hutan kita oleh kerajaan atau NGO contoh sahabat alam malaysia
iii. kempen menanam semula pokok , pameran, ceramah pada hari perhutana

PEMBANGUNAN EKONOMI -PERIKANAN




PERIKANAN
1.0. JENIS-JENIS PERIKANAN CIRI-CIRI PERIKANAN DI ASIA PASIFIK
1.1. PERIKANAN PINGGIR PANTAI
i. dijalankan di laut cetek- di kawaan pentas benua contoh laut china selatan
ii. jarak dari pantai tidak melebihi 32 km kedalalaman laut kurang 180meter
iii. teknolgi dan peralatan tangkapan- teknologi tradsional contoh bubu, pukat tangkul
iv. nelayan turun ke laut awal pagi dan pulang pada waktu petang
v. skala pengeluaran- kecil dan sikit- untuk keperluan keluarga sahaja
vi. modal- sedikit, tidak mampu menguahakan secara besar-besaran
vii. bergantung kepada orang tengah

1.2. PERIKANAN LAUT DALAM

i. lokasi penangkapan- kawasan perairan antarabanagsa seperti lautan pasifik, lautan antlantik dan lautan hindi, jarak melebihi 32km dan kedalaman laut melebihi 180meter
ii. teknologi an peralatan penangkapan- nelayan-nelayan terlatih dan bekerja secara khusus
iii. bergantung kepda peralatan moden- kapal dan bot besar melebihi 200 tan yang lengkap dengan system telekomunikasi, jentera penarik,pukat tunda kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses ikan yang ditangkap
iv. nelayan berada di laut melebihi semingguatau berbulan-bulan
v. skala pengeluaran- untuk ekspoert dan industri pegetinan
vi. modal- besar dan dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan
vii. contoh lokasi pendaratan ikan laut dalam di Malaysia ialah kuala kemamam tok bali dan kuala perils

1.3 PERIKANAN AKUAKULTUR

Terbahagi kepada perikanan air tawar dan marinkultur/air masin/air payau
i. lokasi kegiatan akuakultur
- perikanan air tawar- sungai, tasik, kolam,awah padi
- perikanan air masin/.marinkultur- muara sungai, pinggir pantai, teluk terlindung
ii. kawasan akuakultur popular di Malaysia- pulau aman, pp, sabak bernam, temerloh, mersing
iii. jenis-jenis ternakan- ikan patin, tilapia, kelah, udang galah(air tawar), ikan siakap kerapu, ketam tiram, udang harimau(marinkultur)
iv. teknologi/kaedah- kaedah moden- kolam buatan , ternakan dalam sangkar, benih-benih kacukan,makanan tambahan, rawatan air dll
v. modal- diusahakan olehpihak swasta dengan menggunakan besar
vi. skala pengeluaran- untuk pasaran dalam negeri dan juga untuk eksport, penternakan secara kecil-kecilan untuk pendapatan sampingan
vii. penternakan yang dilaukan oleh swasta dieksport ke singapura, jepun, Taiwan korea seprti udang harimau, ikan siakap dan ikan kerapu

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERIKANAN
(kajian kes di Malaysia)
2.1. FAKTOR FIZIKAL

i. terletak di atas pentas sunda dan dikelelilingi oleh lautan yang cetek seperti laut cina selatan dan selat melaka- kaya dengan plankton yang menjadi makanan ikan.
ii. keadaan pinggir pantai yang panajang dan berteluk-teluk- seseuai untuk pelabuhan perikanan contoh kuala rompin, pelabuhan cendering, kuala kemamam , tok bali dan tumpat.
iii. terlindung dari angina monsoon- selat melaka perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun
iv. perikanan akuakultur- Malaysia kaya dengan sumber- sumber semulajadi – tasik, kolam paya dan muara sungai


2.2. FAKTOR EKONOMI

i. permintaan yang tinggi dari penduduk- sumber protein yang utama
ii. perikanan akuakultur mendapat permintaan yang tinggi dari luar negara- jepun, dan Taiwan.
iii.permintaan dari industri hiliran seperti memuat keropok, ikan sardine, ikan kering

2.3. FAKTOR SOSIAL

i. budaya pemakanan ikan di kalangan penduduk asia- ikan sebagai sumber protein utama yang dimakan bersama nasi
ii. pekerjaan sebagai nelayan telah sebati dengan penduduk pinggir pantai sejak turun temurun lagi

2.4. FAKTOR GOVERNAN

i. galakan kerajaan- kerajaan menubuhkan LKIM untuk memajukan sektor perikanan di Malaysia-membina kompleks pendaratan ikan yang lengkap dengan bilik dingin beku dan kilang ais.
ii. R&D yang dijalankan oleh jabatan perikanan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan hasil pengeluaran perikanan
iii. Untuk akuakultur- bantuan modal dan latihan tenaga kerja untuk membolehkan penternak memulakan operasi mereaka
iv. Keselamatan nelayan – polis marin dan tldm mengawal perairan negara dari dicrobohi neayan asing dan lanun
v. Kerasama kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand- usahasama periakanan laut dalam

2.5. FAKTOR TEKNOLOGI

i. teknologi penetasan dan pembiakan ikan- pusat pengeluaran dan penyelididkan ikan laut dalam di tanjung demong, besut
ii. penyelidikan mengkacukkan benih-benih ikan besar yang mempunyai pasaran tinggi khususnya dalam industri akuakultur- di bukit tinggi pahang



3.0. SUMBANGAN/KEPENTINGAN SEKTOR PERIKANAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA ASIA PASIFIK.

i. sumber pemakanan- sumber protin yang penting kepada penduduk asia seperti jepun, korea Filipina, Malaysia dan Indonesia
ii. menyumbang kepada pendapatan negara- hasil ksport contohnya Thailand mengeksport ikannya ke Malaysia, Malaysia mengeksport hasl perikanannya ke singapura, jepun dan tawan.
iii. Menyediakan peluang pekerjaan- sebagai nelayan, pekerja ilang memproses pnternak, peneyelidik
iv. Menggalakkan perkembangan industri yang berikaitan dengan ikan- pengetinan, memproses ikan kering, keropok, membuat bot, peralatan penangkapan, kilang ais dll
v. Menjana industri pelancongan- pelancongan berkonsepkan homestay-tinggal bersama nelayan- Pulau aman bagan lalang, bachok dll
vi. Meningkatkan teknologi- teknologi awet beku R@D
vii. Menambah keupayaan modal dalam negara dengan pelaburan swasta dalam sektor perikanan- industri perikanan laut dalam dan akuakultu
viii. Memperluaskan pasaran dan meningkatkan rangkaian pemasaran antarabangsa- eksport ikan ke negara-negara jepun dan sebagainya meningkatkan kerjasama dalam perdagangan antarabangsa
ix. Politik- meningkatkan kerjasama antarabangsa- kawalan pwrairan, kerjsama perikanan laut dalam di antara Malaysia, Indonesia dan Thailand.


4.0. MASALAH-MASALAH DALAM SEKTOR PERIKANAN NEGARA

i. kekurangan modal- nelayan pinggir pantai yang miskin-tidak mampu mmiliki bot-bot dan peralatan penangkapan ikan yang moden seperti – menghalang mereka menjalankan kegiatan perikanan secara besar-besaran.
ii. Masalah orang tengah- nelayan tidak dapat menikmati hasil tangkapan dengan sepenuhnya kerana terpaksa menjual hasil tangkapan kepada orang tengah untuk membayar hutang. Pendapatan nelayan sedikit dan tidak dapat menampug keperluan kehidupan seharian keluarga
iii. Kekurangan teknologi- bergantung kepada teknologi tradisional seperti bot kecil sampan, pukat tangkul, tidak mampu menignkatkan hasil tangkapan
iv. Taraf pendidikan dan kemahiran yang rendah- tidak mampu mengendalikan bot-bot besar an moden menghalanh kemasukan teknologi penagkapan ikan
v. Kekurangan tenaga buruh- perikanan laut dalam kerana golongan muda tidak beminat, beralih ke sektor perindustrian, sektor perikanan pinggir pantai tidak menjamin pendapatan yang lumayan- terpaksa guna buruh asing dari Thailand
vi. Ancaman nelayan asing dan pecerobohan lanun- mengancam nyawa dan harta benda nelayan laut dalam
vii. Penggunaan pukat tunda secara berlebihan- ancaman kepupusan sumber perikanan nelayan pinggir pantai menjejaskan pendapatan nelayan pinggir pantai
viii. Konflik nelayan pinggir pantai dan laut dalam bila neayan laut dalam menceroboh kawsan pinggir pantai- tangkapan nelayan pinggir pntai berkurangan
ix. Pertindihan tuntutan kawsan perairan khususnya di ZEE menimbulkan risiko pencerobohan atau mudah ditangkap oleh pihak berkuaasa negara lain
x. Kadar eksploitasi peikanan yang brlebihan- sumber perikanan semakin bekurangan dan mebgalami kepupusan – menjejakan pendapatan nelayan
xi. Pencemaran laut oleh tumpahan minyak, pembuangan sisa-sisa industri- menyebabakan sumber ikan semakin pupus


5.0. KESAN-KESAN KEGIATAN PERIKANAN TERHADAP ALAM SEKITAR
i. kepupusan sumber perikanan- kadar tangkapan yang berlebihan dan kaedah tangkapan yang memusnahkan habitat seperti penggunaan pukat harimau dan pukat tunda
ii. aktiviti menuba di peikanan air tawar- kepupusan sumber ikan
iii. memusnahkan habitat kawsan pembiakan ikan- terumbu karang kawasan pembiakan udang, sotong, ketam akibat penggunaan pukat Apollo- merosakkan rantaian makanan marin menyebabkan penghijrahan spesieis ikan ke lautan lain
iv. pencemaran alr laut- pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan , pembersiahan bot, bot-bot yang rosak dan tidak dignakan lagi- pencemaran fizikal dan air laut.
v. Pembinaan kolam-kolam akuakultur- kerja-kerja pembersihan dan penebangan hutan paya bakau di pinggir pantai-menjejaskan ekosistem kawasan tersebut seperti ktam nipah, ikan embakul, lokan, kerang dll

6.0. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN AKIBAT KEGITAN PERIKANAN
6.1. LANGKAH PERUNDANGAN
i. tindakan tegas jabatan perikanan, poli marin-tindakan tegas ke atasaktiviti pencerobohan terhadap kawsan perikanan pinggir panatai oleh nelayan asing atau nelayan laut dalam
ii. penggunaan pukat tunda di pinggir pantai diharamkan sama sekali
iii. hukuman- membatalkan permit, merampas hasil tangkapan terhadap nelayan yang ingkar

6.2. LANGKAH PENGURUSAN
i. mewartakan lebih banyak taman laut seperti taman pulau payar, pulau spadan, pulau toman- zon larangan penangkapan ikan- tempat pembiakan ikan
ii. memperluaskan tukun tiruan- menmambahhabitat dan kawasan pembiakan ikan
iii. usaha membersihkab kawsan pinggir pantai
iv. mengurangkan pegambilaan kawasan hutan bakau
v. uaha RD untuk membaik pulih kawsan perairan pantai yang tercemar
vi. kerjasama dengan negara jiran


6.3. KEMPEN KESEDARAN/PENDIDIKAN
i. kesedaran dan kefahaman kepada nelayan menerusi pengedaran risalah, forum, seminar dan dialog secara aktif
ii. kempen dan pendidikan kepada nelayan


7.0. USAHA-USAHA MEMAJUKAN/MEMBANGUNKAN SEKTOR PERIKANAN DI MALAYSIA

i. menubuhkan LKIM-menubuh dan membaiki kemudhan fizikal, membna kolang air batu, menubuhkan kperasi nelaya,menstabilkan harga ikan,mewujudkan pusat-pusat latihan dan memberi khidmat nasihat.
ii. Memperdalamkan muara sungai- menjadi pelabuhan perikanan
iii. Menambah keupayaan modal- kemudahan kredit, pinjaman, bantuan, subsidi
iv. R@D berterusan- tukun tiruan, radar pengesan, alat tngkapan moden, teknologi pengawetan
v. Penyelidikan kacukan benih-benih ikan yang mempunyai nilai psaran yang inggi
vi. Keselamatan perairan negara dipertingkatkan- polis marin, tldm dll

8.0. PERIKANAN AKUAKULTUR
8.1. CIRI-CIRI PERIKANAN AKUAKULTUR
i. merujuk kepada kegiatan penternakan dan pemeliharaan hdupan akuatik di kawasan air taawar atau di kawasan air payau sama ada di dalam kolam atau di dalam sangkar.
ii. jenis ternakan- i=mengikut kessuaian seperti udang galah, ikan kerapu, ikan toman dll
iii. lokasi- sungai tasik, kolam, pinggir laut, muara sungai
iv. pengusaha- swasta bermodal besar atau petani sebagai kegiatan sampingan
v. pasaran- dalam negara atau luar negara
vi. kaedah- moden – kolam buatan, sangkar,rawatan air, pemgurusan sistemtik,lat dingin beku, bekalan oksogen, kaedah baka- biak

8.2. KEPENTINGAN AKUAKULTUR
i. menampung kekkurangan sumber perikanan laut
ii. keperluan penduduk meningkat dan perubahan cita rasa
iii.pendapatan eksport negara
iv.meningkatkan pewapatan penduduk dan peluang pekerjaan
v.memeprkembangkan ranataian ekonomi yang berkaitan
vi.meningkatkan teknologi negara meerusi program R@D
Di Pos oleh Cikgu Hiyatul pada 4/05/2009 09:58:00 AM 0 Komen Links to this post
Cari Label PERIKANAN
PEMBANGUNAN EKONOMI - SEKTOR PERINDUSTRIAN













Industri Desa -. Membuat keropok










Hasil Keluaran industri Desa
PERINDUSTRIAN

1.0. JENIS-JENIS PERINDUSTRIAN

1.1. INDUSTRI PRIMER

i. industri peringkat pertama merujuk kepada industri pengeluaran bahan-bahan mentah seperti pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan

1.2. INDUSTRI SEKUNDER

i. merujuk kepada industri peringkat kedua atau industri pembuatan, memproses bahan-bahan mentah atau menukar bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap.
ii. Boleh dibahagikan kepada dua:
a. industri pembuatan berasaskan sumber alam-membuat sabun, minyak m
asak, majerin, membuat racun serangga dll
b. industri pembuatan bukan berasaskan sumber alam – industri pembuatan barangan elekrik, elektronik dan automatif

iii. ciri-ciri industri sekunder :
a. bergantung kepada industri primer seperti bahan mentah
b. lokasinya berdekatan dengan kawasan pasaran kerana beroreintasikan pengguna
c. menggunakan modal yang besar,tekonologi tinggi
d. bersifat intensif buruh-tenaga buruh ramai

1.3. INDUSTRI TERTIER

i. industri yang menyediakan segala jenis perkhidmatan kepada pelanggan-pengangkutan, telekomunikasi, pelancongan, perdagangan, perumahan, infrastruktur dll

2.0. TABURAN DAN PERTUMBUHAN INDUSTRI DI MALAYSIA

2.1. PANTAI BARAT SEMANANJUNG MALAYSIA
i. paling maju,padat dan mengalami pertumbuhan yang pesat.
ii. perlis, kedah, p.pinang, perak, selangormelaka, pasir gudang
iii. estet industri terbesar-shah alam, petaling jaya
iv. dikenali sebagai koridor industri yang pertama di malaysia

2.2. PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSA’
i. agak sederhana berbanding dengan pantai barat bermula hanya awal 1990an
ii. industri memproses hinggalah industri petroleum, gas asli, tekstil elektro
nik
iii. dikenali sebagai korodor industri yang kedua di malaysia

2.3. KAWASAN TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA DAN PEDALAMAN SABAH DAN SARAWAK
i. kawasan paling lembab dan perlahan pertumbuhan industri
ii. terletak di kawsan pembangunan wilayah seperti jengja, ketengah, dara, kesdar –industri memproses kelapa sawit
iii. industri perabot di jerantut, sandakan dan sibu
iv. akhir 1990an industri elektronik kerana tenaga buruh yang raamai

2.4. KAWASAN BANADAR-BANDAR UTAMA
i. industri berorientasikan pasaran- elektrik, elektronik, makanan, minuman, percetakan, automotif- bandar-bandar utama- kuala lumpur, ipoh, johor bharu, kuching, kuantan dlll
ii. keuntungan pasaran- penjimatan ks pengangkutan
iii. kawasan luar bandar – industri memproses berorientasikan bahan mentah.

3.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN DAN PERTUMBUHAN INDUSTRI DI MALAYSIA


i. faktor sejarah- dasar penjajahan lampau-menumpukan industri dan pembandarab di pantai barat semenanjung malaysia kerana ada sumber bahan mentah-bijih timah dan geta
ii. urbanisasi yang tidak seimbang- banadar-bandar besar seperti kl, seremban, ipoh terletak di pantai barat-banadar-bandar ini sudah lama membangun berbanding pantai timur
iii. kemajuan sistem pengaangkutan dan kepadatan jaringan-pantai barat sistem pengangkutan yang lebih maju dan jaringan jalan raya dan jalan kereta api lebih padat berbanding kawasan lain-pelabuhan lebih baik
iv. taburan penduduk yang tidak seimbang- bandar-bandar besar mempunyai penduduk yang padat- industri lebih tertumpu di kawsan penduduk padat untuk tenaga buruh

4.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

i. kemerosotan sumbangan komoditi utama-pertanaian, pembalakan, perlombongan berbanding dengan sektor perindustrian
ii. dasar dan polisi kerajaan- dikembangkan dengan promosi, galakan pelabur
an, taraf perintis, zon bebas perindustrian dan lain-lain insentif
iii. modal – dari pelaburan asing dan dana tempatan, pinjaman keranaan dan institusi kewangan
iv. teknologi- kemajuan teknologi, pemindahan teknologi, R&D, kepakaran dll
v. tenaga buruh- penawaran buruh tempatan yang murah dan banyak
vi. pasaran- dalam dan luar negara-kuasa beli penduduk tempatan tinggi, barangan berkualiti mampu bersaing di peringkat antara bngs

5.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGKLOMPOKAN INDUSTRI
i. memperolehi faedah pasaran bersama-industri yang saling berkaitan berkongsi pasaran .output industri yang lain mungkin input pada industri lain-contoh kilang tayar untuk industri kereta
ii. memeperolehi keuntungan dalam perkongsian kepakaran dan teknologi- kepakaran dan teknologi yang sama-menjimatkan kos pnyewaan dan penggunaan teknologi
iii. menjimatkan kos pengangkutan-kos pengnagkutan boleh dijimatkan apabila jenis industri yang saming berkait diletakkan dalam kelompok yang sama
iv. untuk memperoleh keuntungan- perkongsian kemudahan asas- gudang
penyimpanan, tempat pelupusan,kemudahan perkhidmatan-banking, insuran
v. memperolehi pelepasan tarif tertentu- kawsan bebas cukai- memperolehi pelepasan cukai seperti pemberian taraf perintis dan menikmati kemudahan-kemudahan fizikal

6.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYELERAKKAN INDUSTRI

i. kawasan bandar telah terlalu sesak dan padat- dipindah dari bandar ke luar`
ii. persaingan guna tanah di bandar- kos tanah terlalu mahal dan tidak ekonomik untuk dibangunkan industri-kawasan luar bandar lebih luas dan murah
iii. mengurangkan kadar pencemaran- kadar pencemaran di bandar tinggi, pencemaran udara, air dan bunyi-sesengah industri digalakkan berpindah ke kawasan yang masih rendah tahap pencmaran
iv. membantu memangkinkan pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dan menyeimbangkan pembangunan wilayah-mengubah status e
konomi luar bandar ke arah ekonomi moden
v. membendung migrasi penduduk luar bandar ke bandar- penduduk mempunyai pilihan pekerjaan yang lebih luas dan tidak perlu berhijrah ke bandar

7.0. KEPENTINGAN/SUMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN

i. menawarkan peluang pekerjaan yang luas dari pelbagai peringkat-pengeluaran, pemprosesan, pemasangan, pembungkusan,, pemasaran-cotnoh tahun 2001-2.2 juta terlibat dlam sektor perindustrian bersamaan 22% daripada jumlah tenaga kerja
ii. menyumbang kepada pendapatan negara- KDNK dan pendapatan eksport- comtoh tabhun 2000 33.4% drp KDNK negara
iii. pemindahan teknologi dan kepakaran- dari negara maju melalui usahasama dan khidmat latihan lanjutan di luar negara-pada masa depan tidak perlu bergantung kepada kepakaran asing
iv. memeperluaskan saiz pasaran- ke peringkat antara bangsa hasil pengeluaran perindustrian yang bekualiti- tidak hanya bergantung kepada hanya pasaran disesebuah negara sahaja-pasaran dalam negara-harga barangan kilang lebih murah

v. memprkembangkan industri yang berkaitan- seperti ekonomi pertaaian, perikanan, perlombongan –sebagai pembekal bahan mentah- contoh sabun, minyak masak bergantung kepada kelapa sawit
vi. mempercepatkan pembangunan fizikal-pembangunan insfrastruktur, pembangunan bandar, kemudahan sosial dll.-bandar indusri-Nilai, Shah Alam, Petaling Jaya. Rangkaian lebih raya dan pelabuhan- lebihraya KESAS, pelabuhan tanjujg pelepas.

8.0. MASALAH DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN

i. masalah kekurangan modal-bergantung kepada dana asing-pelabur asing mengalih pelaburan ke negara lain menyebabkan industri perindustrian tidak berkembang- dana tempatan pula sukar diperolehi kerana syarat-syarat yang ketat
ii. kekurangan tenaga buruh mahir- persaingan untuk mendapatkan buruh mahir antara firma-firma dan luar negara-migrasi ke luar negara-industri sukar berkembang
iii. kekurangan bahan mentah- pengingkatan harga dan kos pengeluaran yang meningkat-operasi kilang terganggu
iv. masalah harga di pasaran antarabangsa-produk kurang berkualiti dan kurang berdaya saing-harga rendah dan pengeluaran merosot-persaingan dengan negara lain yang sama jenis yang lebih murah dan berkualiti


9.0..KESAN AKTIVITI PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

i. meninggikan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pelbagai bahan pencemar seperti kabon monoksida, karbon dioksida, sulfur dioksida dan patikel-partikel terampai
ii. meningkatnya hujan asid disebabkan kulatiti air hujan ysng terjejas melalui tindak balas anatara bahan pencemar dengan wap-wap air dalam udara
iii. pencemaran sumber air- pembuangan pelbagai sisa bahan enap sisa industri ke dalam sumber-sumber air tersbut-air keruh, berubah earna,beracun busuk dan bertoksid
iv. menigkatkan kejadian pulau haba/pemanasan setempa-indeks suhu meningkat kerana kepekatan karobon diokasida diudara meningkat kerana dilepaskan oleh industri-perskitaran bandar menjadi panas


1.0. KESAN PERINDUSTRIAN TERHADAP PERSEKITARAN MANUSIA

1.1. KESAN NEGATIF

i. gangguan kesihatan penduduk-pencemaran udara, jerebu, pencemaran air, bunyi, hujan asid-penyakit gatal ,barah kulit, asma dll
ii. kesesakan lalulintas- pekerja kilang bertambah, jumlah kenderaan meningkat-masalah aliran trafik dan risiko kemalangan
iii. kepadatan dan kesakan tempat tinggal-masalah sosial, jenayah dll

1.2. KESAN POSIITIF

i. peningkatan penapatan dan taraf hidup- pendapatan perkapita meningkat, kuasa beli meningkat, tavungan menignkat dll
ii. penduduk dapat menikmati kemudahan pembandaran- kawasan industri mempunyai banyak kemudahan moden- prhubungan, pengangkutan, rekreasi, tempat tinggal yang selesa, kemudahan membeli belah dll


11.0.PEMBANGUNAN LESTARI DALAM PERINDUSTRIAN

11.1. MAKSUD PEMBANGUNAN LESTARI- Pembangunan berterusan, dapat dinikmati oleh generasi akan datang
-membangun tanapa mengorbankan alam sekitar
- pembangunan diadun dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
-pemeliharaan- menjaga dan melindungi sumber-sumber alam
-pemulihraan- membaik pulih atau menggantikan sumber-sum ber yang telah rosak/pupus
-pembangunan lestari dalam industri- pembangunan industri yang mengambil berat terhadap isiko alam sekitar
-kemajauan industri diimbangi dengan usaha pemeliharaan dan pemuluharaan alam sekitarnya seperti rawatan sisa industri, kitar semula dll

11.2. KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

i. langkah penguatkuasaan undang-undang-akta kulaiti alam sekitar 1974-mengantung, manirk balik lesen, menita mana-mana syarikat yang tidak membersihkan persekitaran yang dicemarinya
ii. langkah prmantauan,kawalan dan penyeliaan-oleh JAS supaya mematuhi standart kualiti yang ditetapkan-laporan EIA dari masa ke semasa
iii. menguruskan sisa toksid dengan cekap dan berkesan-menyediakan takungan khas, dirawat terlebih dahulu sebelum dibuang. R&D dalam penguyrusan sisa pepejal dikembangkan dan diperluaskan
iv. menguruskan bahan pencemaran udara-menggunakan penapis asap, meninggikan serombong asap, dikitar semula dll
v. beralih kepada yeknologi industri yang mesra alam-contoh kebergantungan kepada bhan api fosil dikurangkan dan ganti dengan tenaga alternatif seperti hidroelekrik
vi. mempergiatkan kempen-kempen- kepada pengusaha industri kesearan menguruskan alam skitar dengan bijak dan harmoni-kempen penghijauan, membersih dan menjaga sungai, media cetak dan elektronik

12.0. INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

12.1. KONSEP : pengilang yang mempunyai pekerja sepenuh masa kurang 50 orang, 50 hingga 199 sebagai industri sederhana dan lebih 200 orang ialah industri yang berskala besar

12.2. CIRI-CIRI
i. dikuasai oleh pelabur tempatan lebih 90 %
ii. berintensif buruh
iii. keupayaan modal kecil
iv. menjalankan operasi berskala kecil dan berteknologi rendah
v. pengeluaran produk untuk pasaran tempatan dan sebahagian kecil untuk ekspoert
vi. masih ada kelemahan dalam aspek pengurusan, pemasaran, kualiti produk

12.3. KEPENTINGAN IKS KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA
i. membuka lebih banyak peluag pekerjaan kepada penduduk tempatan kerana berinsentif buruh
ii. meningkatkan pendapatan perkapita, kuasa beli, tabungan penduduk
iii. sebagai medium untuk melakukan pemindahan teknologi dari firma besar kepada penduduk tempatan
iv. menggalakkan perhubungan aatau jalinan dan rantaian eknomi antara industri berskala besar yang dimonopoli oleh pelabur asing dengan syarikat tempatan yang terdiri dari IKS
v. mengurangkan keperluan import negara dan menjimatkan tukaran wang sing
vi. mengembangkan lagi peranan usahawan tempatan dalam pembangunan eknomi negara
vii. mempercepat pertumbuhan ekonomi negara- IKS sebagai penggerak atau tulang belakang sektor perkilangan atau pembuatan di negara ini
viii. menggalakkan perkembangan kemahiran dan poengurusan perniagaan- IKS berperanan sebagai tempat menjana kemahiran pengurusan diri, syarikat, kewangan melalui siri kursus, latihan, seminar perbincangan dll
ix. meningkatkan keupayaan modal dan tabungan negara-modal dan sumber kewangan diperolehi dari pemilik sendiri-dana tempatan bertambah dan tidak lagi bergantung kepada dana asing

12.4. MASALAH DALAM MEMAJUKAN IKS DI MALAYSIA

i. masalah kekurangan modal dan kewangan- sebab-keuntungan yang rendah dan kesukaran memperolehi kredit dari bankg komersial kerana syarat-syarat ketat
ii. kekurangan tenaga buruh mahir- persaingan dari firma-firma besar yang menwarkan gaji yang tinggi
iii. kekurangan bahan mentah- tidak mencukupi menampung permintaan IKS dan bahan mentah tidak dapat dibekalkan dengan segera serta bahan mentah tiada dalam pasaran tempatan-terpaksa diimport.
iv. Masalah pasaran dan pemasaran- produk IKS tidak berkualiti tidak berdaya saing-harga rendah dan tidak dapat dipasarkan dengan meluas
v. Kekurangan teknologi untuk menghasilkan produk yang berkualiiti dan berdaya saing-kekurangan modal dan kepakaran

12.5. FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN IKS DI MALAYSIA

i. modal- pinjaman atau bantuan kerajaan
ii. prasarana- kemudahan infrastruktur yang disediakan seperti tenaga, pengangkutan dan perhubungan
iii. teknologi- bantuan teknologi luar R&D
iv. tenaga buruh- mudah dan murah
v. pasaran- tempatan dan luar negeri
INDUSRI ASAS TANI
a) Maksud Industri asas tani
Aktiviti perkilangan yang menggunakan bahan keluaran pertanian sebagai bahan mentah atau bahan asas contoh industri pemprosesan atau pembuatan makanan dan bukan makanan daripada ikan. minyak kelapa sawit, herba, getah dan padi. Jenis-jenis hasil pengeluaran hasil; daripada industri asas tani termasuklah makanan seperti makanan dalam tin ,mentega, barangan keperluan harian seperti sabun dll
b. Kepentingan Industri asas Tani
i. menjana permintaan/peluang pasaran baranagan hasil pertanian
ii. membuka peluang pekerjaan bukab pertanian kerpada petani seperti memproses buah-buahan menjadi jus buahan
iii. menggalakkan pertanian moden , berskala besar - untuk hasil yang banayak memenuhi permintaan
1v. meningkatkan nilai tambah produk pertanian - contoh pelbagaikan kegunaan hasil pertanian
v. memanfaatkan lebihan hasil pertanian untuk dijadikan barangan pengguna seperti kraftangan, kusyen dll
c. Kesan Indusri asas Tani kepada alam sekitar
i. pencemaran udara - asap/habuk kilang kelapa sawit
ii. pencemaran air- dari kilang getah dan kelapa sawit
iii. pencemaran bau - kilang getah dan kelapa sawit
iv. kemusnahan ekosistem - rantaian makanan terganggu, sungai tercemar, hidupan akuatik terancam
v. persaingan penggunaan sumber alam - tanah untuk tapak industri, kemusnahan hutan untuk membina kilang memproses.
Di Pos oleh Cikgu Hiyatul pada 4/13/2009 09:59:00 PM 0 Komen Links to this post
Sabtu, 2009 April 18
PEMBANGUNAN EKONOMI - SEKTOR PERKHIDMATAN















12.0. SEKTOR PERKHIDMATAN
12.1. JENIS-JENIS SEKTOR PERKHIDMATAN
i. industri pelancongan
ii. industri pengangkutan dan telekomunikasi
iii. sektor kewangan, insuran, hartaanah dan perkhidmatan perniaagaan
iv. sektor utiliti elektrik ,air dan gas
v. perkhidmatan kerajaan

12.2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
i. faktor fizikal- kekayaan sumber semula jadi-perlombongan memajukan sektor pengangkutan, kewujudan sungai- pengangkutan air, keindahan alam semula jadi- pelancongan
ii. faktor ekonomi- kemajuan ekonomi primer dan sekunder- pemasaran, pengangkutan, kewangan, insuran , telekomunikasi
iii. faktor governan- galakan pelaburan- dalam sektor pendidikan, pelancongan telekomunkasi , ICT –dasar pengswastaan- mewujudkan syarikat-syarikat telekomunkasi- celcom, maxis , telekom dll
iv. faktor teknologi- teknologi moden menerusi R&D memesatkan perkembangan dalam sektor telekomunikasi- 3G membantu dalam sektor lain seperti pemasaran, kewangan, pelancngan dll

12.3. SUMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI
i. membantu meningkatkan KDNK negara- contoh tahun 2001-54.7% KDNK negara
ii. membangunkan sektor ekonomi lain-primer dan sekunder- bahan mentah dan barangan sipa memerlukan pengangkutan, bekalan tenaga, dadan sistem pemasaran
iii. meningkatkan taraf hidup rakyat- -perkhidmatan kesihatan, pendidikan dll
iv. meningkatkan teknologi dan kualiti buruh- perkembangan ICT menjana dan menghasilkan inovasi baru dalam teknologi dan mampu bedayasaingbagi mengeluarkan produk yang bermutu
v. menambah aliran masuk modal kedalam negara-pelaburan asing-perbankan luar pesisir di labuan-pelabur asing membuat pinjaman untuk kegiatan ekonomi di malaysia
vi. peluang pekerjaan yang luas dalam sektor perkhidmatan – tahun 2001 49.2 %


12.4. SEKTOR PELANCONGAN

12.4.1. JENIS-JENIS PRODUK PELANCONGAN DI MALAYSIA

i. eko pelancongan- berasaskan keindahan alam semula jadi-pantai, pulau, hutan lipur tanah tinggi, air terjun dll
ii. pelancongan pertanian(agro-tuorisme)-pelancongan di dusun buah-buahan perkampungan nelayan, ternakan akuakultur/home stay
iii. pelancongan kesihatan- pelancong datang untuk rawatan kesihatan , rawayan pakar, perubatan tradisional
iv. pelancongan pendidikan- aktiviti pelancongan ambil belajar
v. pelancongan budaya dan warisan sjarah- aktiviti pelancongan di kawasan tinggalan sejarah, tapak arkeologi dan muzium
vi. pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan pameran)-Delegasi pelancong mengahdiri seminar, persidanagan, pameran dan simposium
vii. pelacongan kapal mewah- aktiviti pelancongan di atas kapal mewah mengelilingi negara
viii. pelancongan sukan dan rekreasi- beasaskan sukan dan rekreasi- perlumbaan kereta, sukan antarabangsa

12.4.2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PELANCONGAN DI MALAYSIA
i. tarikan semula jadi .faktor alam sekitar fizikal- pulau yang cantik, gua, pantai,tanah tinggi, hutan lipur, iklim yang panas dan lembab
ii. tarikan buatan manusia/alam sekitar manusia- tmpat-tempat bersejarah, seni budaya, berbilang kaum
iii. kemudahan pengangkutan
iv. Prasarana yanfg cukup- hotel, restoran, riadah, bersukan, memebeli belah
v. Tindakan kerajaan-promosi di peringkat antara bangsa oleh TDC,persidangan anatara bangsa dll


12.4.3. SUMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN
i. pendapatan negara- hasil tukaran mata wang asing- tahun 2001 RM16.1 billion
ii. menyediakan peluang pekerjaan- mengurangkan pengangguran, meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai sektor , perhotelan, pengangkutan, restoran- tahun 2001 78671 peluang pekerjaan telah dicipta dalam industri pelancongan
iii. menggalakkan industri yang berkaian- kraftangan, makanan, pengankutan, perhotelan dll
iv. membangunkan kawsan mundur- menukar strktur ekonomi tradisonal kepada moden-pusat-pusat pertumbuhan baru
v. menggalakkan perkembangan R&D –kajian pemulharaan alam, teknologi, kemunikasi dll

12.4.4. MASALAH SEKTOR PELANCONGAN

i. masalah hakisan kawasan tanah tinggi- padang golf, jalan pengangkutan –penarahan bukit
ii. pencemaran air laut, sungai dan tasik-sisa kumbahan hotel, resort, sisa makanan-port dickson
iii. gangguan ekosistem daratan-pemusnahan hutan untuk pembinaan hotel dan resort dan ekosistem akuatik akibat pencemaran air laut, tasik dan sungai
iv. kesan perubahan iklim mikro-suhu di tanah tinggi tidak sesjuk sebelumnya akibat pemusnahan hutan
v. pencemaran budaya- pengaruh budaya barat- pelancong-minuman keras, pergaulan bebas
vi. kesesakan tempat pusat pelancongan- genting highland terutama pada musim cuti sekolah
vii. wabak penyakit/penularan penyakit berjangkit seperti AIDS, SARS, yang dibawa oleh pelancong


12.4.5. CADANGAN MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN

i. memperhebatkan promosi produk pelancongan dalam pelbagai media cerak, elektronik, aktiviti sukan dan rekreasi, pameran, persidangan, seminar dll
ii. membanun sumber secara optima umber-eumber setempat seperti hutan lipur, air erjun, pulau dll
iii. menyedia dan memajukan sistem pengangkutan-meningkatkan darjah ketersamapaian yang tinggi ke kawsan pelancongan
iv. menyediakan kemudahan asas yang cukup- penginapan, restoran, riadah teelekomnikasi dll
v. kempen kesedaran menjaga kebersihan kawasan pelancongan,menguruskan sisa pelancongan, memelihara kualiti alam sekitar dll.


12.5. SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

12.5.1. SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

i. sistem pengangkutan darat- jalanraya,jalan kereta apu, lebuh raya, LRT, KEMUTER, PUTRA LRT, KLIA TRANSIT, KLIA EKSPRESS DLL
ii. pengangkutan air- sungai dan laut- feri, kapal bot , sampan
iii. pengangkutan udara- kapal terbang an helikppter, lapangan terbang dlll

12.5.2. SISTEM PERHUBUNGAN DI MALAYSIA

i. telekomunikasi-telefon talian tetap, telefon bimbit, faksmili, ICT, internet, intranet dll
ii. dalam ICT terdapat- e dagang, e mel, e perubatan e pembelajaran dll


12.5.3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

A. FAKTOR FIZIKAL
i. bentuk muka bumi- tanah rata , pamah dan luas- sesuai untuk untuk rangkaian lebuh raya/jalan raya/lapangan terbang
ii. penggir laut yang terlindung dan bertelu- sesuai untuk pelabuhan- contohnya di panatai barat

B. FAKTOR EKONOMI
i. kawasan yang memiliki sumber yang berpotensi-bijih timah, emas,hutan, kawasan pertanian dll, memudahkan sumber dieksploitasi
ii. dibandar-bandar besar- kawasan yang maju dengan sektor ekonomi moden- perniagaan, perindustian, pekhidmatan-kuala lumpur- LRT, KOMUTER dll


C. FAKTOR GOVERNAN
i. menubuhkan agensi memodenkan sektor pengangkutan LLM
ii. dasar penswastaan dalam sistem pengangkutan- swasta melabur dalam pembinaan sistem pengangkutan spt Lebuh raya KESAS, PLUS, putra LRT, KLIA EKSPRESS, KOMUTER dll
iii. Dalam perhubungan- kerajaan menggalakkan swasta memajukan sistem perhubungan- CELCOM, TELEKOM, MAXIS
iv. Kerajaan juga menubuhkan MDC- perbadanan multi media- menguruskan perhubungan tanpa wayar-internet-laman web dll

D. FAKTOR TEKNOLOGI
i. teknologi moden dalam penbinaan lebuh raya/jalan rata/jalan kereta api – pembianaan terowong, jejantas, persimbangan bertingkat, jamabatan besar dlll
ii. \teknologi dimpoert dari US, korea, jepun


13.5.4 KEPENTINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN DI MALAYSIA

i. Ekonomi-menjana sektor perlombongan, pertanian, perindustrian, perniagaan- mengangkut input dan output pertanian, bahan mentah peridustrian, membawa barangan siap untup pasaran dll
ii. Sosial- meningkatkan mobilitiharian penduduk-memprolehi pelabagai perkhidmatan ssosial-perubatan, pendidikan, barangan keperluan
iii. Meudahkan penyebaran inovasi dan informasi- media cetak, alat-alat elektronik, teknologi ICT
iv. Kemunculan kawasan petempatan baru- sistem pengangkutan seperti jlan raya/lebuh raya/jalan kereta api- munculnya kawasan-kawasan perniagaan, restoran dll
v. Bagi petempatan lama- peteampaatan akan berkembang menjadi bandar kecil, sederhana atau besar



13.5.5 KEPENTINGAN LEBUH RAYA DI MALAYSIA

i. mempecepatkan pembangunan ekonomi- interaksi kawasan badar dengan luar bandar- darjah ketersampaian dan interaksi antara kawasan mundur dengan kawasan maju dapat ditingkatkan
ii. pemamgkin pembangunan sumber alam di kawasan pedalaman-hutan, tanah, mineral dapat dibangunkan- mudah kemasukan input
iii. memudahkan dan mepercepatkan pengangkutan keluar hasil bahan mentah dari kawasan mundur untuk dipasarkan- hasil ternakan, pertanian, perikanan, hasil hutan dapat dipasarkan dengan epat di bandar
iv. pengedaran dan pemsaran branagan siap dan perkhidmatan kepada penduduk mundur dappat dipasarkan dengan cepat-barangan dan perkhidmatan dari bandar dpat diedarkan dengan mudah- barangan runcit, kesihatan, penduidikan dlll
v. membantu mempercepatkan penyebaran maklumat, inovasi dan teknologi baru ke kawasan mundue-lebih cepat dan menjimatkan
vi. menggalakkan penyebaran industri dari kawasan bandar ke kawasanluar bandar- banadar sudah padat dan tepu-disebarkan k kawasan desa/mundur-mewujudkan cawangan-cawangan kerana lebih cepat dan pantas
vii. memudahkan mobiliti penduduk luar bndar untuk mendapatkan pekhidmatan dengan epat dan segera- perubatan, pendidikan-menjimatkan kos dan memendekkan masa

13.5.6 FAKTOR-FAKTOR BANDAR-BANDAR BESAR MEMELUKAN SISTEM PNGANGKUTAN AWAM YANG CEKAP

i. mengurangkan kessakan lalu lintas- guna LRT, MONOREL, KOMUTER- mengurabngkan kessakan lalu lintas
ii. kemampuan membawa penumpang yang banyak- pada waktu puncak- pergi dan balik kerja- menjimatkan masa-tidak perlu bawa kenderaan sendiri
iii. mengingkatkan darjah ketersamapaian/destinasi- intra bandar dan inter bandar – contoh KL- Seremban, KLIA
iv. mengangkut lebih ramai, cekap dan pantas- KOMUTER berbanding teksi kapasiti kecil ,lambat, dan kurang cekap
v. mengurangkan risiko pencemaran- tidak menggunakan bahan bakar berbanding kenderaan persendirian dan teksi

13.5.7 KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL DI MALAYSIA


i. kejadian hakisan dan tanah runtuh- peneresan, penarahan dan penebukan dan pemotongan lereng-lereng bukit untuk memina lebuh raya, terowong, dan jambatan
ii. mengganggu kestabilan cerun- tergelongsor apabila hujan lebat
iii. berlakunnya tanah mendap/tenggelam- penimbusan yang tidak semprna kawasan paya untuk dibina lebih raya/jalan raya., lapangan terbang
iv. merosakkan kawasan tadahan air- pemushanah kawasan hutan semula jadi dan kawasan tanah tinggi/bukit-hutan yang berfungsu sebagai storan air bawah tanah terganggu-pembinaan lapanagan terbang yang luas- KLIA, lebuh raya merentasi kawasan hutan dll
v. mencemarkan sumber-sumber air sungai- peneresan/pembersihan kawasan hutan
vi. ekosistem hutan dan paya serta habitat semula jadi terganggu-berhijrah ke tempat lain.

TEKNOLOGI HIJAU
(Sumber : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air)


Teknologi Hijau

Definisi

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
● Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;

● Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
● Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
● Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
● Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Objektif


• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Sektor Utama


Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga
• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.


Matlamat


i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
• Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;
• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
• Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan
• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
• Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
• Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
• Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
• Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
• Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Teras Strategik


i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:
• Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
• Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
• Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
• Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
• Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:
• Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;
• Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;
• Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;
• Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
• Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan
Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
o Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
o Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
o Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan
o Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:
• Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
• Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
• Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
• Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
• Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:
o Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;
o Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;
o Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
o Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
o Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung dengan kerajaan.
Di Pos oleh Cikgu Hiyatul pada 10/21/2009 09:10:00 PM 0 Komen Links to this post
Cari Label PERLOMBONGAN DAN SUMBER KUASA
Maklum balas
Khamis, 2009 April 09
PEMBANGUNAN EKONOMI - PERLOMBONGAN DAN SUMBER KUASA
Tenaga Nuklear
Stesen Nuklear


Empangan Hidro Elektrik


Empangan Hidro Elektrik


Tenaga Angin



Pelantar Minyak











Kapal korek

Empangan Hidro


1.0. JENIS-JENIS AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN TABURANNYA
i. petroleum- luar pantai terengganu, sabah dan sarawak, ditapis di kerteh, port dickson, tangga batu(melaka)
ii. gas asli- luar pantai terengganu, sabah dan sarawak
iii. bijih timah- lembah kinta, kuala langat kota tinggi
iv. bijih besi- semeling(kedah) ipoh (perak)
v. bauksit- teluk ramuniadan seri medan johor
vi. emas, bau, sarawak, lubuk mandi, terengganu

2.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN PERLOMBONGAN
i. stok simpanan sumber yang banyak- petroleum ada 3 billion tong boleh bertahan 20 tahun lagi
ii. malaysia terletak di atas pentas sunda kedalaman lau kurang 180m- kaya dengan simpoanan petroleum
iii. haraga sumber yanmg tinggi- petroleum us$70 setong menggalakkan kerja carigali kerana hasil yang lumayan
iv. permintaan yang tinggi- bijih timah digunakan dalam indusri penyaduran
v. keupyaaan teknologi- pengeluaran dan pemrosesan petroleum menggunkan teknologi dan peralatan yang canggih-teknik mengensan, menghasilkan produk yang berkualiti contoh penghasilan minyak pelincir syanthium
vi. tenaga buruh dan kepakaran- buruh mahir dan separuh mahir-program latihan dan kursus jangka panjang –dihantar keluar negara atau dalam negara.
vii. Kemudahan asas lengkap- sistem pengangkutan, perubungan, penympanan, keselamatan an pemasaran
viii. Dasar kerajaan/governan- meliputi kouta pengeluaran, permit, R&D- menggalakakan usaha cari gali khususnya kepaa petronas.


3.0. SUMBANGAN SEKTOR PERLOMBOGAN KEPADA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI SESBUAH NEGARA.

i. menyumbang kepada pendapatan negara hasil daripada eksport hasil perlombongan – contoh petrleum pada tahun 2000 menyumbang 14.2 billion, gasasli 11.3 billion
ii. membuka peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai bidang seperti jurutera. Ahli geologi- contoh di malaysia pada tahun 2000 sebanyak 41200 peluang pekerjaan telah diwujudkan di sektor perlombongan
iii. menggalakkan pemndahan teknologi dan kepakaran- menggaalakkan perkembangan R&D – contoh petronas kerjasama dalam teknologi menghasilkan produk berkualiti- minyak pelincir sintettik setaraf formula one
iv. meningkatkan keupayaan modal- hasil eksport petroleum/hasil perlombongan
v. memajukan infrastruktur-jalan raya., pelabuhan, kemudahan asas, kemajuan pendidikan/
vi. membantu sektor industri yang berkaitan- berasaskan hasil perlombogan- bijih timah, petroleum dll
vii. mewujudkan/membangunkan bandar/petempatan baru-lembah klang, lembah kinta, kerteh, miri dll

4.0. KESAN AKTIVITI PERLOMBONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
4.1. KESAN KE ATAS LANSKAP BUDAYA
i. wujudnya kawasan petempatan yang berkembang menjadi pekan atau bandar- petempatan ini mati setelah hasil lombong tiada contoh- bukit besi, batu arang
ii. wujudnya rangkaian sistem pengangkutan seperti jalanraya, jalan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang
iii. wujudnya industri yang berkaian seperti industri petrikomia, kilang baja ureA


4.2. KESAN KE ATAS LANSKAP FIZIKAL

i. tinggalan kawsan lombong membentuk lekukan, kolam , tasik
ii. kawsan tinggalan lombong dimajukan menjdi kawsan rekreasi seperti the mines, tasik titiwabgsa, taman tsik taiping
iii. pencemaran sungai- sisa prlombongan menggunakan kapal korek-klodak masuk dalam sungai- sumgai kruh dan kerkolodak
iv. pencemaran udara- pembebasan habuk dan dbu-lombong kuari,pembebasan bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, karbon monoksida di pousat penpisan minyak
v. tumpahan minyak- mencemarkan air laut sekitar pelantar, lalauan kapal, sekitar teminal atau pelabuhan-mengancam hiupan laut
vi. kehilangan tanah penutup bumi dan gangguan ke atas profil, struktur dan tekstur tanah-kehilangan ksuburan tanah, membentuk belukar
vii. tinggalan kawasan lombong adalah kawsan yang tandus-tidak subur, perlu dipulihara
viii. kerosakan cerun bukit-lombong hidrolik, cerun menjadi menjadi tidak tabil-mudah kejadian tanah runtuh

5.0. LANGKAH-LANGKAH MELESTARIKAN SUMBER-SUMBER PERLOMBONGAN DI MALAYSIA.

i. mengehadkan kouta pengeluaran petroleum-agar simpanan sumber ini terjamin tidak dieksploitasi dalam jangka masa singkat
ii. mengawal aktiviti cari gali sumber- PTG mengawasi aktiviti perlombongan emas dan kuari dengan pemberian lesen dan syarat yang ketat
iii. tindakan tegas- denda, kompaun, menggantung lesen, membatalkan operasi- mereka yang melanggar syarat
iv. jabatan alam sekitar- penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemrkan alam skitar- pencemaran laut/sungai
v. kerja-kerja pembersihan laut, pantai- secara bersepadu ntara syarikat dan agensi kerajaan
vi. membina benteng-menguatkan kembali cserun yang telah rosak-benteng konkrit mengelakkan hakisan dan tanah runtug
vii. menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang memproses gas asli atau kilang kuari-memerangkap habuk dan mengurang suhu pemnasan setmpat.
viii. Membaik pulih kawsan lombong- menjadi kawsan rekreasi , sukan air- mines wondeland.
ix. Beralih kepada sumber gantian yang lebih murah dan berterusan danbersih-tenaga ombak, air, solar biomas dll
x. Kempen dan pendidikan alam sekitar secara berterusan


6.0. SUMBER TENAGA
6.1. SUMBER TENAGA FOSIL : bijih timah, arang batu, gas asli
6.2. SUMBER TENAGA GANTIAN : tenaga hidroelektrik, tenaga suria, tenaga bioisim dan tenaga ombak.
6.3. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN TENAGA GANTIAN.
i. penyusutan sumber tenaga konvensional/tenaga fosil-dijangka habis dalam tempoh 50 tahun akan datan- perlu sumber tenaga alternatif
ii. stok sumber tenaga semakin berkurangan,tidak boleh dihganti- jika tiada penemuan baru akan berlaku krisis tenaga
iii. dapat mengurangkan kergantungan dan penggunaan yang melampau kepada sumber tenaga konvensional- kesan negatif kepada alam sekitar
iv. menguranfgkan kesan pencemaran alam sektar- sumber tenaga gantian lebih bersih, tidak mencemarkan alam sekitar
v. perkembangan dalam sains dan teknologi- poenemuan baru dalam tenaga gantian lebih baik jika dibandingkan dengan tenaga fosil.

6.4. MASALAH DALAM MEMBANGUNKAN SUMBER TENAGA GANTIAN DI NEGARA SEDANG MEMBANGUN.
i. tahap sains dan teknologi yang masih rendah di negara membangun- bergantung kepagda kepakaran asing-kos tinggi
ii. kekurangan modal- penyelidikan, pembinaan empangan dll
iii. saiz pasaran yang masih kecil- permintaan pengguna masih belum berkembang pesat-keperluan masih belum terdesak
iv. negara membangun masih mempunyai simpanan tenaga konvensional yang banyak dan trennd pengeluarannrya masih meningkat

6.5. TENAGA HIDROLETRIK DI MALAYSIA

6.5.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
A. FAKTOR FIZIKAL
i. bentuk muka bumi yang bergunung ganang dan bercerun curam menghasilkan aliran sungai yang deras
ii. saiz kawan tadahan hujan yang luas
iii. hujan yang banyak- 2500 mm setahun membekalkan air ke kawsan empangan

B. FAKTOR MANUSIA
i. modal yang besar- kerajaan, pinjaman
ii. kepakaran dan tekologi yang tinggi-megimport dari jepun, cina dan korea selatan
iii. saiz pasaran dan kuasa beli- untuk lrt, komuter
iv. poliisi kerajaan- menjamin perkembangan industri tidak terganggu, mengekspoert tenaga lebihn, bkalan jangka panjang apabila sumber konvensional pupu
v. hidroelektrik lebih bersih serta tidak mencemarkan alam sekitar
vi. keuntungan sampingan-tasik pelancongan, sumber pengairan


6.5.2. MASALAH-MSALAH MEMAJUKAN TENAGA HIDROLETRIK DI MALAYSIA
i. lokasi sumber- pendalaman dan terpencil-sukar dihubungi-menigktkan kos penghantaran
ii. modal besar- keupayaan kewangan negara terhad- pinjaman dari luar
iii. keupayaan teknomlogi tinggi- mendapat khidmat kepakaran asing-meningkat kos pengeluaran-tidak menguntngkan.


6.5.3. KESAN PENJANAAN DAN PENGELUARAN TENAGA HIDROELEKTRIK KE ATAS ALAM SEKITAR FIZIKAL

A. KESAN KE ATAS SISTEM GEOMORFOLOGI
i. kadar hakisan dalam sungai berkurangan-aliran sungai pelahan-bertukar menjadi tasik
ii. kadar pengangkutan sungai berkurangan-bahan-bahan yang dibawa oleh sungai tersangkut di empangan tidak lagi di bawa ke muara sungai
iii. aras air sungai di tengah dan hulu meningkat-membentuk tasik takungan

B. KESAN TERHADAP SISTEM ATMOSFERA DAN HIDROLOGI
i. tasik buatan- meningkatkan proses sejatan-membentuk awan- menurunkan hujan
ii. kawasan sekitar tasik menerima banyak hujan perolakan lebih lebat dri sebelumnya

C. KESAN KE ATAS SISTEM EKOLOGI
i. memusnahkan sistem ekologi daratan/kawasan huatan, sistem ekologi hutan bertukar menjadi sistem ekologi akuatik
ii. kemusnahan habitat hutan dan bertukar menjadi habitat air
iii. perubahan spesies- spesieis daratan keluar ke kwasan baru
iv. spesies baru masuk- sperti ikan udang dll
v. kemusnahan rantaian makanan daratan-pokok selama ini pegeluar makanan
vi. menjejaskan kehidupan orang asli yang bergantung kepada kegiatan hutan
PEMBANGUNAN EKONOMI - KEGIATAN PERTANIAN





























PERTANIAN








1.0 KEPENTINGAN KEGIATAN PERTANIAN

i. Sumber pekerjaan- lebih 50% peluang pekerjaan terdapat di sektor pertanian khususnya di negara membangun.
ii. Sumber pendapatan kepada petani dan negara – sumber pendapatan rakyat hasil dari kegiatan pertanian untuk menyara hidup seharian dan juga sumber pendapatan negara hasil dari eksport hasil-hasil pertanian
iii. Bahan mentah untuk industri yang berasaskan pertaanian- industri memproses kelapa sawit menjadikan minyak sawit, industri memproses hasil-hasil getah menghasilkan barangan getah
iv. Memajukan sektor industri peringkat ketiga- industri perkhidmatan- industri pengangkutan membawa hasil-hasil pertania, industri perniagaan untuk eksport dan import bahan-bahan mentah, industri insuran ,
v. Memajukan kawasan luar Bandar- kemudahan yang lengkap untuk kawasan pertanian/lading-ladang- pusat pertumbuhan/pengumpulan/Bandar-bandar baru
vi. Sumber bekalan makanan- padi, jagung, ubi, buah-buahan, dll


2.0. JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI SEKTOR PERTANIAN








1.1. PERTANIAN PINDAH
i. pertanian sara diri berkonsepkan mengikut perpeindahan orang asli/kaum bukit
ii. taburannya berselerakdi kawasan pedelaman di sesbuah negara
iii. skel/saiz taninya amat kecil iaitu kurang satu hektar
iv. jenis tanaman yang biasa ialah tanaman jangka pendek /tanaman kontan seperti ubi keledek, ubi kayu, jagung dan mungkin bercampur dengan ternakan seperti ayam/itik
v. teknik tanaman menggunakan kaedah tradisional system tebang dan baker
vi. tenaga buruh terdiri dari kaum keluarga dan dilakukan secara bergotong royong masyarakat setempat
vii. Apabila kesuburan tanah hilang ,mereka berpindah ke tempat baru.



1.2. PERTANIAN SARA DIRI INTENSIF
i. konsepnya ialah secara giat setempat untuk keperluan keluarga dan jika ada lebihan ia akan dijual
ii. Jenis tanaman utama ialah padi sawah
iii. Diusahakan oleh petani-petani tradisonal di desa-desa
iv. Lokasinya terletak di delta-delta atau lmbah-lembah sungai yang subur seperti delta kelantan, delta chao phraya, delta Mekong
v. Skel taninya kurang dari 10 hektar –tidak ekonomik
vi. Corak penggunaan tanah giat
vii. Tenaga buruh keluarga diguna secara intensif


1.3. PERTANIAN KEBUN KECIL
i. berkonsepkan aktiviti pertanian bukan bijirin.
ii. bersifat separuh komersial dan biasanya bersifat campuran antara perkebunan jualan dengan yang digunakan untuk kelurga
iii. saiz tani sederhana pada skel kurang dari 40 hektar
iv. jenis tanaman untuk kegunaan sendiri seperti buah-buahan, kebun kecil getah, kelapa sawit, koko dll
v. kebun kecil getah di Malaysia juga dibuat secra berkelompok- menggabungkan beberapa kebun kecil menjadi mini estet
vi. sifatnya separuh komersial menggabungkan cirri-ciri pertanian sara diri dengan pertanian lading
vii. dari segi pengurusan mementingkan kecekpan, latihan ,bimbingan olh RISDA,MARDI MARDEC
viii. menggunaakan input pertanian moden seperti baja-baja kimia dan racun serangga, benih yang bermutu
ix. tenaga buruh keluarga dan hak milik individu


1.4. PERTANIAN PERLADANGAN EKSTENSIF
i. berkonsepkan 100% komersial
ii. berskala besar- modal yang banyak, kos tinggi, pengurusan yang sitematik
iii. berorientasikan pasaran
iv. keluasannya lebih 40 hektar/100 ekar
v. menyumbang kepada pendapatan eksport negara seperti kelapa sawit, getah
vi. sesetengah dimiliki oleh pelabur asing seperti Dunlop, sime darby dan Guthrie, sesetengahnya dimilikioleh agnsi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, KESEDAR dll
vii. diuruskan oleh system pengurusan yang tersendiri



3.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN PERTANIAN
3.1. FAKTOR FIZIKAL

3.1.1. Iklim
i. Suhu- suhu yang sesuai dengan jenis tanaman yang tertentu
ii. Hujan- jumlah hujan yang mencukupi
iii. Musim pertumbuhan yang sesuai- di kawsan iklim hawa sederhana masa yang diambil oleh tanaman untuk membesar sebelim tiba musim dingin
iv. Angin taufan- merosakkan tanaman di laluannya

3.1.2. Bentuk Muka Bumi
i. Ketinggian – lereng bukit- the, tanah pamah- padi, kaki bukit beralun- getah
ii. Kawasan tanah pamah- sesuai untuk pelbagai jenis tanaman

3.1.3. Tanih
i. Jenis tanih tertentu sesuai dengan jenis tanaman yang tertentu contoh tanih alluvium sesuai untuk tanaman padi, tanih chernozem untuk tanaman gandum, tanih lava bes di pulau jawa subur untuk pertanian.









3.2. FAKTOR BUDAYA

i. Kecekapan- pendidikan, kemahiran, kesihatan petani menguruskan kegiatan pertaanian
ii. System pemilikan tanah- saiz tanah yang semakin kecil akibat pembahagian pusaka/pemecahan hakmilik tanah menyebabkan saiz tanah semakin kecil – tidak ekonomik untuk dikerjakan-tidak dapat menampung keperluan keluarga
iii. Faktor social, budaya dan adapt resam – pemilikan tanah, ternakan lembu yang terhad di India tidak makan lembu dll
iv. Permintaan – menentukan jumlah pengeluaran dan jenid tanaman yang ditanam
v. Dasar kerajaan- dasar kerajaan menggalakkan kegiatan pertanian dengan membuka kawasan pertanian secara besar-besaran untuk meningkatkan hasil eksport negara- getah, kelapa sawit- felda, felcra. Penyelidikan oleh mardi porim, frim untuk meningktakan hasil pengeluaran pertanian negara
vi. Tenaga buruh yang cukup- jika tidak ada tenaga buruh yang cukup akan wujud tanah terbiar dan pengeluaran hasil pertanian terjejas
vii. Kemudahan pengangkutan- jalan raya, jalan kereta api menggalakkan perkembangan pertanian- memudahkan input-input pertanian di bawa masuk dan juga memudahkan pemasaran.
viii. Teknologi- penggunaan teknologi moden- mempercepatkan kerja-kerja pengeuaran hasil pertanian dan juga melipatgandakan hasil pengeluaran.contoh penggunaan jentera pembajak, system pengairan dan penemuan baka-baka baru.



4.0.INOVASI DALAM TEKNOLOGI PERTANIAN/USAHA-USAHA MEMAJUKAN KEGIATAN PERTANIAN
i. Kemudahan system pengairan- membolehkan padi ditanam dua kali setahun- KADA,MADA
ii. Penggunaan bijih benih yang tanah penyakit, tahan kemarau dan cepat masak- contoh MR 126 – padi, getahRRIM 901- PRODUKTIVITI BERLIPAT GANDA
iii. Penggunaan jentera pertanian- jentera penuai, jentera pembajak, jentera menabur benih memercepatkan kerja di lading
iv. Menjalankan penyelididkan bagi menghasilkan baka-baka baru yang berkualiti dari masa ke semasa- MARDI, FRIM, PORIM,RRIM dll
v. Penggunaan baja kimia, baja dagangan dan baja organic. Racun seranga dll
vi. Penggunaan alat torehan ‘motoray’ kerjakerja menorah lebih cepat dan penggalak susu untuk mengeluarkan susu yang banyak- getah
vii. Peranan kerajaan- melatih petani, bantuan subsidi untuk meningkatkan pengurusan pertaanian




5.0. PEMBANGUNAN LESTARI DALAM PERTANIAN.








5.1. MAKSUD PERTANIAN LESTARI :
- mempertingkatkan sumber pertanian dan produktiviti pertaanian untuk masa kini dan akan datang
- pembangunan pertanian selari dengan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber pertanian agar tidak berterusan merosot
- mengoptimumkan penggunaan sumber
- membaiki kesuburan tanah
- meningkatkan pendapatanmeminimumkan impak pertanian
- untuk hasil yang berkekala

5.2. PEMBANGUNAN LESTARI DALAM PERTANIAN
i. menanam tanaman tutup bumi seeperti pokok kekacang untuk mengelakkan kejadian hakisan tanah semasa proses penyediaan tapak pertanian.
ii. Lebih banyak menggunakan baja organic untuk mengelak kesan pencemaran air akibat penggunaan baja kimia yang berlebhan
iii. Menanam secara berteres/kontor di lereng-lereng bukit dan menyediakan laluan air untuk mengelakkan hakisan akibat kegiatan pertanian di tanah tinggi.
iv. Pengawalan serangga perosak dengan menggunakan kaedah biologi- menggunakan burung hantu untuk mengawal tikus
v. Kaedah penanaman hidrophonik- tanpa tanah supaya alam sekitar tidak terjejas.


6.0. MASALAH-MASALAH UNTUK MENJALANKAN KEGIATAN PERTANIAN

i. Masalah –masalah fizikal- kemarau, banjir, bencana alam seperti letusan gunung berapi, serangan serangga perosak, wabak penyakit dll
ii. masalah tanah- tanah sempit, persaingan dengan guna tanah lain seperti perindustrian, perumahan, perniagaan, tanah pertanian dipecah-pecahkan, kehilangan kesuburan dll
iii. masalah modal yang terhad- petani yang miskin, pendapatan perkapita dan tabungan yang rendah terlalu bergantung kepada orang tengah atau kerajaan
iv. masalah teknologi atau kaedah pertanian yang mundur- peralatan tradisional yang tidak efisien masih digunakan, petani tidak berkemahiran dan berpengetahuan
v. masalah kekurangan tenaga buruh-golongan muda tidak berminat- bermigrasi ke Bandar- terpaksa guna tenaga buruh import
vi. masalah pasaran- persaingan dengan negara lain, ancaman barangan tiruan, harga komoditi yang tidak stabil, dasar perlindungan, stok penimbal dll
vii. masalah kekurangan kemudahan asas- meliputi system pengangkutan , pengairan, penyimpanan, pengawetan, pemasaran terutama kawsan pertanian yang berada di pedalaman
viii. masalah sikap petani- sikap lambat menerima pemodenan dan terlalu mengharapkan bantuan dan subsudi


7.0. KESAN KEGIATAN PERTANIAN KE ATAS PERSEKITARAN FIZIKAL (ALAM SEKITAR)

i. Pencemaran udara dan jerebu- pembakaran terbuka untuk penyediaan tapak pertanian- ladang tebu, pembakaran jerami padi, tapak pertanian pindah- kejadian el nino meningkaatkan IPU
ii. Pencemaran air, tanah dan udara disebebkan oleh penyemburan racun serangga, penggunaan baja kimia- berlaku hijan asid pada skala yang kecil. Racun serangga dab baja kimia menyebabkan pencemaran air- mengancam hidupan akuatik
iii. Hakisan tanah/ tanah runtuh- tanaman tanpa tutup bumi disebabkan oleh air larian permukaan dan percikan hujan- sungai tercemar dan cetek
iv. Ketidak seimbangan nutrient dalam tanah disebabkan oleh tanaman tunggal dan tanaman ulangan berterusan tanpa merehatkan tanah dan pembajakan yang berterusan. Tanaman sejenis menyebabkan beberapa jenis mineral tanah digunakan secara intensif oleh tumbuhan berkenaan dan tanah hilang kesuburan dengan cepat
v. Tebusguna tanah di kawsan paya/wetland untuk kegiatan pertaanian merosakkan ekosistem akuatik dan mempecepatkan hakisan pantai kerana tiada pokok kayu bakau di zon penampan hakisan ombak
vi. Perubahan suhu mikro atau pemanasan setempat- gangguan terhadap proses sejatpeluhan tumbuhan meneyebabkan peratus kelembapan udara menurun, udara bersifat kering persekitaran udara terdedah kepada bahang matahari secara langsung tanpa ditapis dan diserap oleh kanopi kesannya indeks suhu setempat meningkat.
vii. Kemusnahan sumber alam – kepelbagaian bio diversity /sumber biologi seperti pelbagai spesies flora dan fauna diancam kepupusan- memusnahan ekosistem seperti rantaian makanan dan habitat semula jadi yang dijadikan tapak pertanian.
viii. Perubahan landskap secara ketara seperti hutan semula jadi menjadi hutan tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder dan permukaan tanah yang tergondol
ix. Mengganggu kestabilan kitaran hidrologi- penggunaan hutan untuk dijadikan tapak pertanian telah mengurangkan proses transpirasi tumbuhan menyebabkan kehilangan kawsan tadahan air, mngurangkan kadar susupan, storan dan edaran air tanah dan seterusnya menejejaskan sumber air kepada sungai , paya tasik dan sebagainya.

8.0. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF
AKIBAT PEMBANGUNAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR/PERTANIAN LESTARI
8.1. LANGKAH-LANGAKAH

i. kawalan terhadap pembakaran terbuka- akta jerebu 1997- mengawal dan mencegah pembakaran terbuka khususnya di tapak-tapak pertanaian- denda dan penjara/ menarik balik lessen kepada mana-mana individu/syarikat/agensi yang didapati bersalah- teknik tebang baker ditukar kepada tebang reput bagi menghasilkan baja organic dan memelihara alam sekitar.
ii. Mengamaalkan kaedah pertanian campur, tanaman bergilir dan tanaman luar musi- untuk menseimbangkan nutrien tanah.
iii. Menanam tanaman tutup bumi dan pokok-pokok terlindung bagi kwan yang baru dibuka/ditanam.
iv. Amalan pertanian berteres/mengikut kontur membina jalur dan system perparitan /kawalan pengairan terutma dilereng-lereng bukit yang beralun atau becerun curam
v. Melaksanakan kawalan ekologi di kawasan-kawsan tanah pertanian termasuk membaiki tekstur tanah dengan menggunakan baja organic. Kawalan biotic menggunakan burung hantu untuk mengaal tikus mengurangkan penggunaan racun
vi. Menggalakkan penggunaan bioteknologi dan meningkatkan R&D dalam bidang teknologi khusunya teknologi baru yang bersifat mesra alam- kaedah hidrophonik yang tidak menggunakan tanah hanya menggunakan larutan kimia sahaja.-mengurangkan tekanan tehadap tanah dan tidak mencemarkan alam sekitar


SOALAN-SOALAN LATIHAN
1. Jelaskan kepentingan kegiatan pertanian kepada negara.
2. Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan kegiatan pertanian
3. Mengapa kegiatan pertanian boleh menjejaskan alam sekitar
4. Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian lestari?
5. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mrningkatkan keluaran hasil pertanian
6. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan pertanian terhadap alam sekitar
7. Apakah masalah-masalah untuk memajukan kegiatan pertanian di asia
8. Jelaskan kesan kegiatan pertaian ke atas persekitaran.
Di Pos oleh Cikgu Hiyatul pada 4/01/2009 08:13:00 PM 1 Komen Links to this post
Cari Label PERTANIAN
PEMBANDARAN



PEMBANDARAN/URANISASI

1.0. MAKSUD PEMBANDARAN/URBANISASI: Pembandaran/urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana dan akhirnya menjadi bandar raya
2.0. ASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN
i. pertambahan jumlah dan peratus poenduduk yang tinggal di kawasan bandar –bandar- lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar , pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fingsi bandar dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi tradisional /pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan, perniagaan, perdaga gan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepoda nilai dan gaya hidup bandar yahg lebih moden

3.0. TAHAP PERKEMBANGAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA

A. PEMBANDARAN AWAL(ABAD KE 15)

i. melaka- pusat bandar yang lung di rantau ini-pusat pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama, petempatan dll
ii. sebab- kedudukan strategik, dasar kolonialisme- tidak membenarkan bandar lain wujud

B. ZAMAN PENJAJAHAN

i. pusat-pusat petempatam sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah
ii. tarikan utama- bijih timah- taiping, larut, ipoh, kuala kumpur


C. PEMBANDARAN SELEPAS MERDEKA

i. berlaku migrasi besar-besaran ke kawasan bandar-urbanusasi semakin pesat
ii. migrasi untuk mencaru pekerjaan dan juga melanjutkan pelajaran di bandar-bandar
iii. contohnya bandar kuala lumpur, johor bharu, ipoh dll
iv. bandar-bandar utama terus berkembang sedangkan kawasan lain terus ketinggalan-mewujudkan dualisme ekonomi.

D. PEMBANDARAN ERA 1990an DAN ABAD KE 21

i. penyebaran urbanisasi ke pinggir bandar-dimajukan dan dibangunkan sebagai bandar satelit-bandar baru yang lengkap dan moden
ii. bandar-bandar sekitar kuala lumpur- selayang, bandar baru nilai, setapak, cheras, snawang
iii. bandar- bandar baru berteraskan industri di desa-kerteh-petroleum, MEC city kuantan-elektronik.
iv. Abad ke 21- era it-jaringan internet,e-mel, sistem jaringan telekomunikasi yang canggih-MSC, CYBERJYA

4.0. FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PROSES URBANISASI DI NEGARA MEMBANGUN

i. faktor sejarah- penjajahan dan kemasukan migran asing-eksploitasi sumber-sumber alam dan penguasaan politik- contoh kuala lumpur-bijih timah , berkembang dengan pertambahan penduduk dan pelabagai sektor lain.
ii. Faktor pekembangan ekonomi moden – kemajuan industri- menawarkan peluang pekerjaan-tumpuan penduduk-petempatan bertambah- pusat-pusat kemudahan dan perkhidmatan bertambah- perniagaan, perdagangan- contoh shah alam, petaling jaya
iii. Faktor politik- dasar dan perancangan kerajaan- rancangan pembangunan wilayah – bandar baru muadzam shah, bandar al miktafi billah- bandar-bandar satelit- putra jaya, petaling jaya- mengatasi limpahan bandar besar kuala lumpur
iv. Faktor kemudahan sosial- kemudahan asas. Kemudahan sistem pengangkutan, pendidikan tinggi, kemudahan kesihatan, kemudhan elektrik, bekalan air, sistem perhubunan dll
v. Faktor kependudukan atau demografi- migrasi dan pertumbuhan semulajadi. Proses utama ialah migrasi masuk dari kawsan luar bandar atau kawsan lain- saiz banadar utama terlalu besar berbanding badar lain- bandar primat-bangkok, jakarta, manila, ho chi minh



5.0. FAKKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TREND PEMBANDARAN YANG PESAT DI BENUA ASIA DAN AFRIKA

i. pembangunan ekonomi bandar yang pesat selepas tahun 1970an-ekonomi moden berkembang pesat-perniagaan, perindustrian di bandar-bandar sejajar dengan dasar kerajaan di negara-negara membangun
ii. kemunduran eknonmi desa khususnya sektor pertanian- penghijrahan buruh-buruh pertanian ke bandar
iii. kestabilan politik dan eknonmi- taamatnya perang dunia 11 –politik aman-ruang dan peluang setiap negara melaksanakan polisi dan program pembandaran negara masing-masing
iv. faktor demografi-kepndudukan pertambahan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian.
v. Pembandaran memusat kepada bandar-bandar utama sahaja- mewujudkan bandar primat- kewujudan sebauh bandar sahaja yang terbesar saiznya berpuluh-puluh kali ganda berbanding dengan bandar kedua dalam negara tersebut.


6.0. BANDAR PRIMAT
6.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEWUJUDKAN BANDAR PRIMAT
i. tumpuan pembangunan ekonomi- ibu negara-pusatt pentadbiran, perdagangan, peindustrian, perkhidmatan, kewangan dll
ii. tarikan yang kuat terhadap bandaraya utama-penghijrahan penduduk kawsan luar bandar ke benadar utama
iii. penjajahan masa lampau- tidak menyebarkan pembangunan ke kawaan lain
iv. pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bandar- pengangkutan, bekalan air, elektrik, pelabuhan dll
v. faktor demografi- penghirah terdiri dari golongan muda- kadar fertiliti tinggi-penambahan dalam kadar kelahiran bandar

6.2. MASALAH-MASALAH BANDAR PRIMAT
i. masalah perumahan
ii. masalah persaingan, pengangguran, kemiskinan bandar akibat migrasi
iii. masalah sosial- jenayah, pelacuran, penyakit dll
iv. masalah kesesakan-lalu lintas dan petempatan
v. masalah persekitaran- pencemaran air, udara, bau, bunyi
vi. fenomena pulau haba-kesan rumah hijau
vii. kejadian banjir kilat

7.0. FENOMENA PEMBANDARAN
7.1. REBAKAN BANDAR
Proses perluasan saiz bandar dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar
Berkembang sejajar dengan perkembangan sistem jaringan pengangkutan
7.2. SUBBANDAR
Murujuk kepada kawasan pinggir bandar
Kawasan pinggir bandar berperanan sebagai penyokong kepada pusat bandar
Berkait rapat dengan proses rebakan bandar dan ketepuan pembangunan di pusat bandar
Funsi yang biasa seperti petempatan dan perindustrian
Subnaadar kan membentuk bandar baru
7.3. METROPOLIS

Sesebuah bandaraya akan digelas metropolis apabila mempunyai penduduk melebihi sejuta orang
Mempunyai hairarki yang lebih tinggi
Lingkungan pengaruh yang lebih luas dari bandar raya
Mempunyai kepelbagaian fungsi-pusat pentadbiran, perkhidmatan, pengangkutan, perdagangan, kewangan, pendidikan, perniagaan
7.4. MEGALOPOLIS
Percantuman metropolis-metropolis membentuk saiz yang lebih luas dan besar-megalopolis
Penduduk melebihi 10 juta orang
Contoh- megalopolis boston- penduduk 40 juta orang- keluasan 700 kilometer
Megalopolis tokaido- menacntumkan tokyo, yokohama


7.5. KONURBASI
Proses penggabungan dan percantuman antara pinggir bandar dengan pinggir bandar yang lain
Dua buah bandar bercantum- zon konurbasi
Contoh shah alam dan petaling jaya

7.6. BANDAR SATELIT
Bandar yang dibina dan diwujudkan tidak jauh dari bandar induk
Fungsi- kawasan kediaman dan perindustrian
Bandar sateli dengan bandar utama masih berhubung dari segi pentadbiran, kewangan, peniagaan dan perkhidmtan
Hubungan diteruskan dengan rangkaian pengangkutan
7.7. BANDAR BARU
Kawasan petempatan bercirikan bandar
Dirancang dan dibangunkan di kawasan yang tidak ada bandar khususnya di luar bandar
Berkembang tanpa perlu bergantung dengan bandar lain
Contoh- bandar baru bangi, bandar baru nilai dll
8.0. MASALAH PEMBANDARAN
8.1. MASALAH DI KAWASAN BANDAR
i. masalah pengangguran dan kemiskinan bandar-penduduk ramai, kerja kurang, kurang pendidikan dan tidak dapat bersaing
ii. masalah perumahan dan fenomena persetingganan-tidak mampu memiliki rumah
iii. masalah persekitaran fizikal bandar- pencemaran udara, air, tanah, bau, bunyi
iv. Masalah persekitaran sosial bandar- kadar jenayah, pelacuran, pengedaran dadah , kesihatan dll
v. Masalah ke atas sumber-sumber alam di bandar- tekanan terhadap sumber tanah, kepupusan hutan, kerosakan sumber-tanah menjadi mahal

8.2. MASALAH DI LUAR BANDAR
i. kekurangan tenaga keja khususnya di sektor pertanian
ii. pembaziran sumber alam- tidak dapat dimajukan- tiada penduduk

8.3. KESAN PEMBANDARAN TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL BANDAR
i. pencemaran udara dan jerebu
ii. kenaikan suhu mikro atau pulau haba bandar-bangunan konkrik, permukaan berturap, medan letak kereta, jalan raya dll
iii. fenomena banjir kilat dan hujan asid
iv. pencemaran air
v. hakisan tanah, tanah runtuh, tanah mendap-pembinaan bangunan di cerun-cerun bukit, pembinaan jalan raya , pembinaan petemptan di tapak-tapak lombong

8.4. MASALAH PERSETINGGANAN

8.4.1. KONSEP SETINGGAN
Satu proses menduduki bangunan atau tanah yang bukan milik sendiri secara sah di sisi undang-undang
Merupakan petempatan haram
Kawsasan tanah rezab jalan raya/jalan kereta api
Kawsan sesak/tidak teratur/tiada kemudhan asas yang sempurna
8.4.2. CIRI-CIRI PETEMPATAN SETINGGAN
i. lokasi- hampir dengan zon bandar
ii. ciri fizikal- susun atur bangunan tidak teratur/tidak tersusun/tidak terancang
iii. persekitaran fizikal- sesak, kotor, tiada kemudahan asas/tiada sistem perparitan/pembentungan tidak sempurna
iv. demografi- dihuni oleh saiz keluagra yang besar/jumlah tanggungan ramai
v. ekonomi- golongan berpendapatan rendah
vi. sosial- masalah sosial dan penyakit-taun, malaria, denggi,penyalahgunaan dadah, kegiatan haram dll hgejala sosial

8.4.3. FAKTOR- FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PETEMPATAN SETINGGAN
i. kadar urbanisasi yang pesat dan tidak terkawal
ii. krissis perumahan- perumahan kos rendah kurang
iii. masalah pentadbiran tanah dan ketidakcekapan perancangan banadar- kelonggaran, kelalaian,timbulnya rzab sungai, bangunan, jalan-kurang kawalan
iv. pertumbuhan penduduk banadar yang pesat dan berterusan-migrasi-kemiskinan bandar
v. kadar kelahiran dikalangan migran yang tinggi

8.4.4. LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG MASALAH SETINGGAN
i. dasar pembandaran seimbang- proses pembandaran di antara bandar di rancang, disusun, dikaji supaya masalah ketdakseimbangan dapat dielakkan
ii. perumahan kos rendah disediakan dan ditambah-
iii. mengekang aliran migrasi dari luar bandar ke bandar- melaksanakan program pembangunan wilayah, memajukan kawasan luar bandar
iv. melaksanakan program perancanagan bamdar yang lebih sistematik dan cekap-penggunaaan ruang bandar yang terancang, kawasan rezab dijadikan kawasan hijau, penguatkuasaan undang-undang yang tegas
v. mengawal kemasukan pekerja asing/tanpa izin

Ulasan


  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH