Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut: 1.0 Solat Qasar 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan . 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” ii. Al-Sunnah ...