Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 27, 2012

GALERI GAMBAR

Imej
Gambar Sepanjang Pendakian Gunung Santubong pada 14 Jun 2012. Selepas mendengar taklimat dan bacaan doa, kami memulakan pendakian gunung dengan penuh bersemangat. Guru pelatih mengambil peluang bergambar bersama pensyarah pembimbing berlatar belakang panorama yang cantik. Setelah mendaki gunung agak lama, kami sampai di check point pertama. Check point 1 adalah check point yang mengambil masa yang agak lama. Walaupun penat selepas Program Bina Insan Guru pada 9 hingga 11 Jun 2012, Projek Kewarganegaraan pada 13 Jun 2012 namun semangat kami tetap kuat. Memerlukan keyakinan dan kemahiran untuk mendaki. Akhirnya puncak gunung berjaya kami tawan. Kelihatan Ketua Jabatan Kajian Sosial, Puan Hajjah Adibah binti Ismail sedang memerhati permandangan puncak gunung. Kami menggunakan pondok ini untuk berehat, makan dan solat. Gambar bersama 1 pasukan. Cerun yang curam melambatkan sedikit masa turun dari gunung. Penat tapi bersemangat

Pelajar IPG TAR Tawan Puncak Gunung Santubong

Imej
KOTA SAMARAHAN : Pelajar-pelajar PISMP opsyen Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 termasuk empat orang pelajar major Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada 14 Julai 2012. Para pelajar diiringi oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial. Mereka memulakan ekspedisi mendaki gunung bermula pada jam 8 pagi dengan harapan untuk  menjejakkan kaki ke puncak gunung sebelum tengah hari. Pendakian yang mereka tempuhi penuh cabaran dengan keadaan permukaan tanah yang lembap dan batu yang licin akibat hujan telah menjadi kerisauan para peserta, namun dengan tekad semangat yang kuat dan azam yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Santubong, mereka dapat merealisasikan impian mereka tepat pada jam 12:55 tengah hari apabila seramai 23 orang peserta daripada 26 peserta tiba di puncak Gunung Santubong. “ Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung San...

Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”

Imej
Generasi Cintakan Pantai KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai. Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan ...