Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 4, 2011

Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong

Imej
Petrajaya, 4 Okt.-Kami Pengajian Sosial 1111 (bimbingan pensyarah : Cik Mastura binti Jolhi) mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak telah menghadiri Majlis Mengenang Jasa Tokoh Negarawan : Tun Tugah anjuran Arkib Negara di Perpustakaan Negeri Sarawak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri beliau serta dihadiri oleh keluarga mendiang Tun Jugah. Majlis ini disertakan dengan penyerahan barangan Tun Jugah untuk disimpan di Arkib Negara. Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Program : Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan MendiangTun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Anak Barieng Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa) Masa : 9.00 pagi - 12.30 petang Tempat : Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak Program ini berkonsepkan penghayatan tokoh dengan memfokuskan kepada sumbangan Mendiang Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Anak Barieng bermula dari pembentukan Malaysia h...

Ibu yang kejam, tiada sifat kemanusiaan!

Imej
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini. Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini. Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu. Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini. "Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang. "Tiada siapa mengetahui meskipun rumah ters...

3 murid dihalang duduki UPSR mula ambil peperiksaan

Imej
BINTANGOR 4 Okt. - Tiga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor yang dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal bulan lalu, mula mengambil peperiksaan tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Meradong di sini pagi ini. Edward Ujoh Ausgutine, Idie Ganyol serta Richmend Mangi dilihat memasuki PPD Meradong kira-kira pukul 7.30 pagi dengan ditemani ibu bapa masing-masing. Ketiga-tiga murid tersebut akan menduduki ujian Bahasa Malaysia Kertas I pada pukul 8.15 pagi diikuti Bahasa Malaysia Kertas II dan Matematik Kertas I. Gambar hiasan Esok, tiga murid berkenaan akan menduduki ujian Matematik Kertas II dan Bahasa Inggeris Kertas I manakala Bahasa Inggeris Kertas II dan Sains Khamis ini. - Utusan