3 murid dihalang duduki UPSR mula ambil peperiksaan
BINTANGOR 4 Okt. - Tiga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor
yang dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
awal bulan lalu, mula mengambil peperiksaan tersebut di Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) Meradong di sini pagi ini.
Edward Ujoh Ausgutine, Idie Ganyol serta Richmend Mangi dilihat memasuki PPD Meradong kira-kira pukul 7.30 pagi dengan ditemani ibu bapa masing-masing.
Ketiga-tiga murid tersebut akan menduduki ujian Bahasa Malaysia Kertas I pada pukul 8.15 pagi diikuti Bahasa Malaysia Kertas II dan Matematik Kertas I.

Gambar hiasan
Esok, tiga murid berkenaan akan menduduki ujian Matematik Kertas II
dan Bahasa Inggeris Kertas I manakala Bahasa Inggeris Kertas II dan
Sains Khamis ini. - Utusan
Ulasan
Catat Ulasan