Masalah Makroekonomi Dan Dasar Penstabilan
Nota 1. Pengenalan Sebelum membincangkan masalah makroekonomi, terlebih dahulu kita perlu jelas mengenai perkara-perkara berikut, iaitu a. konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara potensi atau pendapatan negara pada guna tenaga penuh. b. lompang deflasi dan lompang inflasi. c. menghitung lompang deflasi dan lompang inflasi. d. jurang keluaran Negara Kasar. 2. Konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara potensi Rajah menunjukkan perubahan pendapatan negara (PN) benar berlaku dari satu tahun ke tahun yang lain. Perubahan PN benar yang berada di atas dan di bawah PN potensi telah menimbulkan bebera...