Masalah Makroekonomi Dan Dasar Penstabilan
Nota
1. Pengenalan
Sebelum membincangkan masalah makroekonomi, terlebih dahulu kita perlu jelas mengenai perkara-perkara berikut, iaitu
a. konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara potensi atau pendapatan negara pada guna tenaga penuh.
b. lompang deflasi dan lompang inflasi.
c. menghitung lompang deflasi dan lompang inflasi.
d. jurang keluaran Negara Kasar.
2. Konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara potensi
Rajah menunjukkan perubahan pendapatan negara (PN) benar berlaku dari satu tahun ke tahun yang lain. Perubahan PN benar yang berada di atas dan di bawah PN potensi telah menimbulkan beberapa keadaan ekonomi, iaitu
a. ekonomi dalam guna tenaga penuh (GTP).
b. inflasi.
c. deflasi/kemelesetan ekonomi.
d. pemulihan ekonomi.
PN benar (KNK benar) adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang sebenar dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh satu tahun.
PN potensi (KNK potensi) pula adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dicapai oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun ketika ekonomi mencapai GTP. GTP berlaku apabila kesemua faktor pengeluaran telah digunakan dengan sepenuhnya dan kadar pengangguran hanyalah 4% atau kurang.
Merujuk pada rajah di atas, titik P menunjukkan ekonomi telah capai PN pada GTP dalam tahun T0.
Di antara titik P dengan titik Q ekonomi berada dalam keadaan melambung, menyebabkan PN benar melebihi PN potensi antara tahun T0 dan T1. Dalam tempoh tersebut berlaku kenaikan tingkat harga umum atau inflasi disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
i. lebihan perbelanjaan agregat.
ii. kenaikan kos pengeluaran.
iii. kenaikan harga barang import.
Di antara titik Q dan R pula, kenaikan tingkat harga umum dan kegiatan ekonomi mula menurun tetapi PN benar masih lebih tinggi dari PN potensi. Oleh itu antara titik P dan R telah berlaku inflasi dalam ekonomi.
Pada titik R, ekonomi sekali lagi telah capai tingkat PN GTP dalam tahun T2.
Di antara titik R dan S ekonomi berada dalam keadaan kemelesetan, menyebabkan PN benar kurang dari PN potensi antara tahun T2. dan T3. Pada ketika itu ekonomi menghadapi keadaan peningkatan kadar pengangguran.
Selepas titik S, ekonomi mula pilih dari keadaan kemelesetan apabila PN benar semakin bertambah sehingga capai PN benar sama dengan PN potensi pada titik V dalam tahun T4.
Dari huraian di atas, jelas menunjukkan keadaan PN benar seperti itu telah menimbulkan masalah ketidakstabilan ekonomi. Oleh itu campur tangan kerajaan adalah perlu untuk membetulkan keadaan setelah ekonomi pasaran bebas gagal untuk mengatasinya.
1. Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi
Lompang deflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang berada di bawah penawaran agregat pada tingkat PN guna tenaga penuh.
Merujuk kepada rajah (a), O Ye.. adalah tingkat keseimbangan PN apabila Y = C + I + G dan O Yf. adalah tingkat PN guna tenaga penuh. Yf adalah kurang dari O Yf. menunjukkan keseimbangan PN yang dicapai adalah kurang dari tingkat PN guna tenaga penuh. Oleh itu faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya, maka wujud masalah pengangguran.
Pada O Yf.. perbelanjaan agregat adalah D Yf manakala penawaran agregat adalah L Yf. Oleh itu wujud keadaan D Yf kurang dari LYf sebesar LD. Oleh itu LD di kenali sebagai lompang deflasi.
Merujuk kepada rajah (b) pula, O Ye adalah tingkat keseimbangan PN apabila I + G = S + T. O Yf adalah tingkat PN guna tenaga penuh. O Ye adalah kurang dari O Yf .Oleh itu ia menunjukkan keadaan suntikan kurang daripada bocoran dan menghalang ekonomi capai guna tenaga penuh.
Pada O Yf suntikan adalah D1 Yf dan bocoran adalah L1Yf. Oleh itu D1 Yf kurang dari L1Yf sebesar L1 D1 dan dikenali sebagai lompang inflasi.
Oleh itu lompang inflasi boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara perbelanjaan agregat yang perlu dicapai dengan perbelanjaan agregat yang sebenar dicapai pada tingkat PN guna tenaga penuh.
Lompang inflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang melebihi penawaran agregat pada tingkat PN guna tenaga penuh.
Merujuk rajah (a) O Ye adalah tingkat keseimbangan PN apabila Y = C + I + G. O Yf adalah tingkat PN guna tenaga penuh. O Ye melebihi O Yf menunjukkan keseimbangan PN yang sebenar dicapai melebihi tingkat PN guna tenaga penuh. Oleh kerana ekonomi telah capai guna tenaga penuh penawaran agregat tidak dapat ditambah untuk memenuhi lebihan perbelanjaan agregat. Oleh itu tingkat harga umum akan naik secara berterusan dan wujudnya inflasi.
Pada O Yf perbelanjaan agregat (L Yf) adalah melebihi penawaran agregat (I Yf) sebesar LI dinamakan sebagai lompang inflasi.
Merujuk kepada rajah (b) suntikan (L1 Yf) melebihi bocoran (I1Yf) sebesar L1 I1 pada tingkat PN guna tenaga penuh dan lebihan ini dinamakan sebagai lompang inflasi.
1. Menghitung lompang deflasi dan lompang inflasi
5. Jurang KNK
Latihan
1. Terangkan perbezaan antara pendapatan negara sebenar dengan pendapatan negara potensi. [6]
2. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan maksud lompang deflasi
dan lompang inflasi.
[10]
3. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan dan bocoran, terangkan maksud lompang deflasi. [6]
Jika KNK guna tenaga penuh adalah RM3 2000 juta, hitung
i) KNK keseimbangan.
ii) Lompang deflasi.
iii) Jurang KNK.
Soalan Ulangkaji
Perakaunan Pendapatan Negara
Jawapan
1) PN benar (KNK benar) adalah nilai jumlah barang dan perkhidmatan yang sebenarnya dihasilkan di sesebuah negara dalam tempoh 1 tahun.
PN potensi ialah PN yang mungkin dicapai oleh sesebuah negara apabila semua tenaga kerja dalam ekonomi itu digunakan dengan sepenuhnya.
(Perlu lukis rajah.)
2) Lompang deflasi di definisikan sebagai perbezaan antara perbelanjaan agregat yang perlu dicapai dengan perbelanjaan agregat yang sebenar dicapai pada tingkat pendapatan negara guna tenaga penuh.
Lompang inflasi adalah perbezaan antara perbelanjaan agregat yang
sebenar dengan perbelanjaan agregat yang perlu dicapai pada tingkat
pendapatan negara guna tenaga penuh.
(Perlu rajah AE dan AS atau suntikan dan bocoran.)
3) Lukis rajah suntikan dan bocoran dan huraikan maksud lompang deflasi.
4) a) KNK keseimbangan = 1 200
b) Lompang deflasi = 800
c) Jurang KNK = 2 000
Soalan Ulangkaji
1. a) KDNK harga pasaran = 32 000
b) KNK harga pasaran = 34 000
c) KNB harga pasaran = 33 000
Ulasan
Catat Ulasan