Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 19, 2011

PERKAITAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM SUBJEK SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI PELAJAR.

Imej
AL Ditulis oleh Saberi dan Elfi Subjek Sejarah Perkembangan Negara merupakan salah satu daripada subjek diajar dalam Pengajian Sosial. Ia merupakan subjek major untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sosial. Subjek ini diajar pada semester kedua tahun pertama ijazah. Perkembangan Sejarah Negara adalah subjek yang mengajar mengenai kepentingan sejarah kepada pembentukan Malaysia pada masa kini. Subjek ini juga menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar yang mengambil subjek ini. Menurut huraian sukatan pelajaran yang di...

UiTM sasar lahirkan Melayu pertama penerima hadiah Nobel

SHAH ALAM 19 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensasarkan untuk melahirkan orang Melayu pertama yang menerima Hadiah Nobel melalui bimbingan serta tunjuk ajar saintis tersohor Pakistan Prof. Dr. Atta-ur-Rahman. Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan kepakaran yang dimiliki Dr. Atta-ur-Rahman, UiTM mampu merealisasikan impian itu melalui kajian dan pembangunan yang terperinci dalam bidang saintifik. "Kita yakin dengan kerjasama yang telah dijalin sejak 2005, UiTM mampu mengorak langkah memperhebatkan kajian dalam bidang sains dan teknologi dengan nasihat dan panduan daripada Prof. Atta-ur-Rahman. "Malah beberapa penuntut dan petugas UiTM juga telah dihantar ke Pakistan untuk tujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana oleh Dr. Atta-ur-Rahman di sini, hari ini. - Bernama