Catatan

Tunjukkan catatan dari September 20, 2010

SUKA-SUKA

Imej
Weather Kuching Get the Bubbles widget and many other great free widgets at Widgetbox ! Not seeing a widget? ( More info ) Weather Kuching statistics

KREATIVITI

Imej

LOGO SMP1111 PENGAJIAN SOSIAL IPGKTAR

Imej
3 BINTANG BERWARNA PUTIH- PERPADUAN YANG AKAN MEMBAWA SINARAN KEJAYAAN OLEH GURU-GURU PELATIH PPISMP709 PENGAJIAN SOSIAL YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM. OBOR-OBOR- SEMANGAT KAMI YANG SENTIASA MEMBARA UNTUK MENINGKAT PROFESION PERGURUAN KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI. TOPI KONVOKESYEN- MATLAMAT YANG DITUJUKAN UNTUK MEGENGGAM SEGULUNG IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEKOLAH RENDAH. PENA- KAMI SEBAGAI PENDIDIK SENTIASA GIGIH, AMANAH,CEKAP,BIJAK DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA. 5 ANAK PANAH KE ATAS- MENDUKUNG RUKUN NEGARA. WARNA BIRU- PERPADUAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH. WARNA KUNING- KESEJAHTERAAN DAN KECERIAAN YANG SENTIASA ADA DALAM KELAS PPISMP709 PENGAJIAN SOSIAL IPGKTAR.

VIDEO

Imej
A. SELAYANG PANDANG IPGKTAR This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License . download 10 TAHUN IPG KTAR download

SUDUT ILMIAH

MATAPELAJARAN MAJOR & MINOR

1) Pengajian Sosial 1 2) Pengajian Sosial 2 3) Bahasa Melayu 4) Bahasa Inggeris

LIRIK DAN LAGU

IPG MALAYSIA Institut Pendidikan Guru Kami sentiasa bersedia Menjulang etika kerja Berkorban jiwa raga Menjunjung aspirasi Bangsa negara tercinta Berwibawa berintegriti Keunggulan peribadi Berteraskan keimanan Mendidik anak bangsa Kami bangga menjadi guru Kerjaya dihormati Tidak jemu menimba ilmu Bakti setulus hati dan budi IPG Malaysia berikrar Membentuk guru berkualiti Penyayang berakhlak mulia Mendokong visi misi IPG *Untuk mendengar lagu sila download . IPTARKU GEMILANG Lagu & Lirik: Abdul Latiff bin Poli Bergema suara kami Mendukung amanah bangsa Berikrar bersama bersatu hati Pendidik guru yang setia Akan lahirlah wira Bakal guru berwawasan Memegang etika perguruan Mendidik generasi baru IPTARku gedung ilmu Harus diterokai Amalkan pengetahuan yang ada Pastikan Falsafah Pendidikan Tercapai Martabat profesion perguruan Berusaha dengan kecemerlangan Sains teknologi kita manfaatkan Agama jadi pegangan Harum namamu IPTARku gemilang Institut Perguruan Tun Abdul Razak Berganding bah...

Piagam Pelanggan

Kami, warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak dengan ini penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk; Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan setiap semester dengan mematuhi proforma kursus untuk tujuan penganugerahan ijazah/diploma; Memastikan kemahiran, kepimpinan, kepegawaian dan kejurulatihan dalam bidang sukan dikuasai selaras dengan keperluan proforma kursus; Memaklumkan Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus Perguruan (7) tujuh hari bekerja selepas menerima keputusan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru; Menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/ Diploma Pendidikan/Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas Keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan; Memastikan 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan pada setiap tahun; Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertam...

Matlamat, Visi & Misi

MATLAMAT Menyediakan latihan asas keguruan yang berwibawa dan berkualiti ke arah pembangunan insan guru secara menyeluruh dan berterusan meliputi aspek fizikal, intelek, rohani, dan emosi serta sikap yang dinamis bagi memenuhi keperluan dan cabaran dunia pendidikan semasa serta pembinaan negara bangsa pada masa akan datang VISI Institut Pengajian Tinggi Unggul Meneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Yang Memenuhi Aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia. MISI Melaksana Program Pendidikan Guru Untuk Melahirkan Guru Profesional, Kompeten dan Berwatak Yang Bersedia Menjunjung Aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia serta Menyanjung Warisan Budaya Negara.

LOGO

Imej
PENGERTIAN LOGO Rekaan logo ini berasaskan kepada matlamat IPGM ini sebagai sebuah institusi dan pusat latihan perguruan. Simbol arah ke atas melambangkan bahawa IPGM ini sentiasa maju ke hadapan secara berterusan dan akan sentiasa menegakkan prinsip-prinsip rukun negara. Bentuk bulat melambangkan individu yang berfikiran terbuka yang sentiasa berusaha memajukan dirinya dalam arus perkembangan era globalisasi dan pasca modenisasi masa kini. Ia juga ditafsirkan sebagai cahaya yang bakal menerangi kehidupan pelajar pada masa akan datang. Mata pena melambangkan suatu institusi gedung ilmu yang akan melahirkan guru berwawasan, berkebolehan, berkeupayaan dan berketrampilan serta mampu menggunakan ilmu dengan hikmah dan bijaksana. Bentuk berlian melambangkan individu yang telah digilap dan diasuh menjadi guru yang menyerlah, berkualiti tinggi, serta tahan lasak Warna biru (warna rasmi) selalunya ditafsirkan sebagai mesra, pemurah dan mudah diterima ramai. Warna biru juga melambangkan rasa ci...

Sejarah

Pembinaan maktab ini bermula pada tahun 1998 bagi menggantikan Maktab Perguruan Sains Bintulu. Maktab yang terletak di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dan telah dirasmikan pada 22 November 1999 oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi tapak tanah seluas 60 hektar yang terletak di Jalan Dato’ Mohd. Musa, Kota Samarahan lebih kurang 20km dari pusat bandar Kuching kepada Kementerian Pendidikan untuk pembinaan Maktab Perguruan Islam. Tetapi memandangkan ambilan guru agama tidak besar, maka cadangan asal kampus bari ini ditukar menjadi Maktab Perguruan Samarahan bagi mengganti Maktab Perguruan Sains Bintulu yang telah ditutup pada pertengahan tahun 1999. Dalam ucapan perasmian Maktab Perguruan Samarahan, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud telah membayangkan hasrat agar nama Maktab Perguruan Samarahan ditukar menjadi Maktab Pergu...

Jabatan Kajian Sosial

  PIAGAM PELANGGAN Kami di Jabatan Kajian Sosial beriltizam dan sentiasa berusaha untuk menyediakan guru yang: berkemahiran mengajar bidang Kajian Sosial peringkat sekolah rendah, berkebolehan merancang dan melaksanakan penilaian dan pentaksiran yang sistematik dan berkesan, mengamalkan nilai-nilai murni dan mematuhi etika profesion keguruan. Kami juga berazam untuk : melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek Kajian Sosial yang pelbagai, menyeronokkan, berkesan dan fokus kepada pelajar, menyemak kerja kursus pelajar dan memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pelajar menyerahkan kerja kursus mereka, memberi bimbingan dan penyeliaan praktikum yang berkualiti dan berkesan kepada pelajar, melaksanakan kursus pendek yang berjadual untuk guru-guru terlatih dalam bidang Kajian Sosial .      SENARAI STAF Bil Nama Jawatan 1 Hjh. Adibah Binti Ismail Ketua Jabatan - DG48(M) 2 En. Entai Anak Migang Pensyarah Akademik Kanan - DG52(M) 3 En. Mazlan Bin J...