Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, 'Singapura' diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), 'Indonesia' oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan 'Brunei' sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama. Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia : 1) Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu. 2) Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud " Mountains of Asia". 3) Malaysia wujud daripada nama ...