Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 24, 2010

Tajuk : Alam Sekitar : Kemahiran Amali GRAF

  ( Gambarajah keluk/ garisan, carta bar dan carta pie)       OBJEKTIF AM   Mempelajari dan memahami bagaimana menggunakan beberapa bentuk graf untuk mempersembahkan data serta menerangkan kelebihan dan kelemahan tiap-tiap jenis graf.     OBJEKTIF KHUSUS   Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-   Menggunakan beberapa bentuk graf untuk mempersembahkan data: gambarajah keluk/ garisan, carta bar, carta pie / bulatan serta kelebihan dan kelemahan tiap-tiap jenis graf.                                      PENGENALAN   Carta gambarajah dan graf merupakan suatu kaaedah penggambaran yang berdasarkan penglihatan. Selain senang dan cepat diperlihatkan, penggambaran seperti ini juga bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh terhadap keputusan yang diperolehi daripada data statistik. Penggambaran begini tidaklah bermaksud untuk memberikan gambaran secara terperinci terhadap keputusan yang diperolehi yang boleh ditunjukkan melalui penjadualan, tetapi penggambaran ini adalah ringk