Tajuk : Alam Sekitar : Kemahiran Amali GRAF


 

( Gambarajah keluk/ garisan, carta bar dan carta pie)


 


 


 

OBJEKTIF AM


 

Mempelajari dan memahami bagaimana menggunakan beberapa bentuk graf untuk mempersembahkan data serta menerangkan kelebihan dan kelemahan tiap-tiap jenis graf.


 


 

OBJEKTIF KHUSUS


 

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-


 

  • Menggunakan beberapa bentuk graf untuk mempersembahkan data: gambarajah keluk/ garisan, carta bar, carta pie / bulatan serta kelebihan dan kelemahan tiap-tiap jenis graf.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

    


 


 


 


 

  1. PENGENALAN


     

    Carta gambarajah dan graf merupakan suatu kaaedah penggambaran yang berdasarkan penglihatan. Selain senang dan cepat diperlihatkan, penggambaran seperti ini juga bertujuan untuk memberikan gambaran secara menyeluruh terhadap keputusan yang diperolehi daripada data statistik. Penggambaran begini tidaklah bermaksud untuk memberikan gambaran secara terperinci terhadap keputusan yang diperolehi yang boleh ditunjukkan melalui penjadualan, tetapi penggambaran ini adalah ringkasan untuk ditunjukkan kepada penguna atau orang awam.


     


     

    Terdapat beberapa jenis carta, gambarajah dan graf , tetapi dalam unit ini pelajar-pelajar akan didedahkan kepada keluk/ garisan, carta bar dan carta pie/ bulatan.


     

8.1 GAMBARAJAH KELUK / GARISAN


 

Graf garis dapat diwujudkan dengan dua pembolehubah.


 

Pembolehubah tak bersandar, biasanya tempoh, diukur melalui paksi mengufuk atau mendatar dan pembolehubah bersandar di paksi menegak. Terdapat beberapa perbezaan semasa menanda skala masa bagi paksi mengufuk misalnya di Rajah 8.1 dan Rajah 8.2


 

    i. SKALA SELANG JANGKA MASA


 

                            

Berlaku pada awal tahun

                             1986

                                

            


 

                                Berlaku pada

                            Pertengahan tahun 1986


 


 

                            Berlaku pada akhir 1986


 

                                Tempoh


 

            1986


 

        RAJAH 8.1


 

    ii SKALA TITIK JANGKA MASA


 


 

                        Berlaku pada pertengahan tahun 1985


 


 

                    Berlaku pada akhir tahun 1986


 

                                Tempoh

    1985        1986

        RAJAH 8.2


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Selain menanda skala bagi paksi mengufuk, beberapa petua berikut perlu juga dititikberatkan semasa membuka graf garis.


 

  1. Paksi menegak mestilah dimulakan dengan sifar dan apabila terdapat unsur-unsur data yang besar nilainya, paksi tersebut boleh dipecahkan seperti di dalam rajah 8.3.

    Rajah 8.3


 


 


 


 

  1. Kedua-dua paksi tersebut mestilah dipersembahkan oleh jarak yaang sama bagi magnitud yang sama, misalnnya tiap-tiap sentimeter mewakili 100 unit.
  2. Keutamaan hanya ditumpukan untuk membina satu paksi menegak sahaja supaya menyenangkan perbandingan di antara satu garisan dengan garisan yang lain.
  3. Pemilihan skala tertakluk pada nilai-nilai data supaya grafnya menghasilkan gambaran yang jelas.
  4. Plotkan pasangan nilai yang diberi mengikut paksi-paksi di atas dengan menandakan titiknya. Sambungkan titik-titik tersebut satu demi satu dengan garis lurus.
  5. Keperluan-keperluan asas seperti tajuk, sumber dan lain-lain mestilah ditunjukkan.
  6. Kesemua graf mestilah dilukiskan dengan jelas. Jika lebih daripada satu graf dibina di atas kertas graf yang sama, graf-graf ini boleh dipersembahkan dengan garis yang berlainan warna. Petunjuk bagi tiap-tiap graf ini perlulah ditunjukkan dengan jelas.


 

CONTOH 8.1


 

Bina graf garis bagi data dalam jadual yang berikut:-

Jadual 8.1 : Baki Simpanan di Dalam Bank XYZ Bhd 1980-1986.


 

Tahun 

Baki (juta)

1980

1981

1982

1983

1984

1985

1986 

24

32

28

37

44

53

50 


 

PENYELESAIAN 8.1

Oleh sebab data dalam jadual 8.1 berlaku pada akhir tiap-tiap tahun maka cara yang sesuai bagi menanda skala bagi paksi mengufuk, adalah mengikut selang jangka masa.


 

Rajah 8.4 Menunjukkan Baki Simpanan di Dalam Bank XYZ Bhd 1980-1986.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN GRAF

GARISAN


 

     8.1.1.(a) KEBAIKAN


 

  1. Sekiranya terdapat lebih dari satu pembolehubah dalam sesuatu graf garis , kita akan terus membuat perbandingan tentang perkembangan pembolehubah-pembolehubah itu.
  2. Graf garis juga biasa digunakan untuk mengkaji tentang sesuatu tempoh atau masa yang tertentu.
  3. Ia digunakan untuk menunjukkan pergerakan atau perubahan turun naik sesuatu data daripada sesuatu titik ke suatu titik yang lain.
  4. Kita dapat mengenalpasti corak pergerakan data samada dalam jangkamasa pendek atau jangka masa panjang.


 

8.1.1.(b) KELEMAHAN


 

  1. Kita perlu memplotkan titik - titik yang tepat dan teliti berdasarkan data-data yang diberi.
  2. Menimbulkan masalah membuat ketepatan nilai perpuluhan dalam sesuatu graf.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Bina graf garis daripada jadual di bawah;


 

Tahun                Rm (juta)


 

            1990                5664

            1991                6328

            1992                6582

            1993                7865

  1. 8655
  2. 9777


 


 

8.2 Berikut menunjukkan pengeluaran Minyak Kelapa Sawit Malaysia, 1985.


 

Bulan 

(000) Tan Metrik 

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

November

Disember 

265.5

201.5

224.9

229.5

246.2

256.2

358.2

370.0

517.7

549.2

463.5

450.9 


 

Anda dikehendaki bina graf garis


 


 

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.


 


 


 


 


 

JAWAPAN 8.1


 

Oleh sebab masa yang tepat bagi data di dalam jadual tidak diketahui, maka secara puratanya bolehlah dianggap ia berlaku pada pertengahan tiap-tiap tahun. Oleh itu data dalam jadual di atas boleh dipamerkan mengikut samada skala selang kelas masa atau skala titik jangkamasa seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

JAWAPAN 8.2


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

    


 


 


 


 


 

  1. JENIS-JENIS CARTA


 

  1. CARTA BAR / CARTA PALANG


     


 


 


 


 


 

Carta bar atau palang ringkas ialah suatu gambarajah yang menunjukkan kekerapan atau magnitud dengan menggunakan palang. Tingginya setiap palang adalah berkadaran dengan kekerapan atau magnitud berkenaan.


 

Mana-mana set data boleh digambarkan melalui carta palang ringkas. Penggambaran diwakili oleh palang yang menunjukkan bilangan sesuatu data. Lebarnya sesuatu palang tidak mempunyai apa-apa erti atau terpulanglah kepada pelukis untuk menyesuaikan dengan keadaan kertas yang digunakan. Walau bagaimanapun lebar bagi tiap-tiap palang mestilah sama antara satu dengan yang lain. Carta palang ini boleh digambarkan melalui dua cara iaitu; samada menegak atau mengufuk dan digunakan untuk membuat perbandingan antara satu palang dengan palang yang lain.

Berikut adalah beberapa ciri yang perlu dititikberatkan apabila melukis sesuatu palang ringkas;

  1. Sekat palang-palang dengan ruang kosong. Kesemua ruang ini hendaklah sama lebar.
  2. Tiap-tiap palang mestilah sama lebar.
  3. Elakkan melukis ruang dan palang dengan lebar yang sama.
  4. Nilai bagi tiap-tiap palang tidak perlu diletakkan di atas palang.
  5. Berhati-hati semasa membuat skala dan titik permulaan mestilah dimulakan dengan sifar.
  6. Gambaran yang baik akan diperolehi jika palang-palang yang dilukis disusun dengan tertib.


 


 

Contoh 8.2


 

Tahun             Bilangan Pelajar


 

1985                7677


 

1990                13698


 

1995                20018


 

2000                32650


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Penyelesaian 8.2


 


 

Rajah 8.5 Menunjukkan Bilangan Pelajar dari Tahun 1985-2000


 


 

  1. CARTA PALANG BERKOMPONEN


 

Carta palang ringkas yang dibincangkan sebelum ini hanya digunakan untuk membuat perbandingan antara jumlah data secara keseluruhan sahaja. Apabila jumlahnya terdiri daripada beberapa komponen, carta palang berkomponen hendaklah digunakan. Carta palang berkomponen adalah sejenis carta palang yang menggambarkan setiap jumlah jumlah berkomponen dalam satu palang. Tiap-tiap palang tersebut dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu yang mewakili tiap-tiap komponen. Carta palang berkomponen boleh dipamerkan samada dalam bentuk nilai-nilai mutlak atau relatif dan digunakan untuk membuat perbandingan antara;


 


 


 

  1. Suatu palang dengan palang yang lain secara menyeluruh. Ini bermakna palang tersebut berfungsi sebagai carta palang ringkas.
  2. Komponen bagi tiap-tiap palang.
  3. Komponen dalam sesuatu palang.


 

Berikut adalah langkah-langkah untuk membina carta palang berkomponen;

  1. Hasil tambahkan tiap-tiap komponen untuk mendapatkan jumlah.
  2. Bina palang-palang berasaskan jumlah-jumlah yang diperolehi dalam (1) seperti membina carta palang ringkas.
  3. Tentukan nilai longgokan bagi tiap-tiap komponen.
  4. Bina komponen-komponen dalam setiap palang mengikut nilai-nilai longgokan dalam (3).
  5. Bina carta palang berkomponen relatif, tentukan peratus nilai-nilai longgokan dan pembinaan komponen-komponen relatif adalah berasaskan peratus nilai-nilai longgokan.
  6. Sebaik-baiknya komponen yang nilainya tinggi atau peratusnya tinggi diletakkan dibahagian bawah dan yang terendah di bahagian atas bagi sesuatu palang. Ini bertujuan untuk mempamerkan keteguhan palang tersebut.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Contoh 8.2.1

Data berikut menunjukkan jumlah aset dalam sistem urusan bank di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995.

Jadual 8.2.1

        Institusi Kewangan            1990        1995        


 

    Bank Perdagangan            32186        74233


 

        Syarikat Kewangan            5635        17833


 

        Bank Saudagar            2229        6296


 

Bina carta palang berkomponen mutlak dan relatif.


 


 


 

Penyelesaian 8.2.1


 

Institusi

Kewangan 

1990 

1995 

Nilai 

Longgokan 

Nilai 

Longgokan 

  

Nilai 

% 

 

Nilai 

% 

Bank Perdangan 

32186 

32186

80.4 

74233 

74233 

75.5 

Syarikat Kewangan 

5635 

37821 

94.4 

17833 

92066 

93.6 

Bank Saudagar 

2229 

40050 

100 

6296 

98362 

100 


 


 

Gambarajah carta palang berkomponen mutlak dan relatif ditunjukkan dalam rajah 8.6 dan 8.7.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Rajah 8.6 Carta palang berkomponen mutlak yang menunjukkan jumlah aset sistem urusan bank Malaysia, Tahun 1990-1995


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Rajah 8.7 Carta palang berkomponen relatif yang menunjukkan jumlah aset sistem urusan bank Malaysia, Tahun 1990-1995


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

8.2.2.1KELEBIHAN DAN KELEMAHAN CARTA

BAR


 


8.2.2.1(a) KEBAIKAN


 

  1. Carta ini adalah carta yang paling mudah untuk dikaji. Ini kerana dengan hanya melihat turusnya sahaja kita dapat menyaksikan hasil yang diingini.
  2. Carta ini digunakan untuk menunjukkan taburan peratus yang biasanya memberikan gambaran yang lebih tepat dan menarik.
  3. Selain daripada itu ia juga biasanya digunakan untuk membuat perbandingan di antara dua atau lebih perkara dalam suatu masa.
  4. ia juga mudah dilukis asalkan mengikut skala yang ditetapkan supaya hasil yang dikehendaki dapat dicapai.


 

8.2.2.1(b)    KELEMAHAN


 

  1. Ia memerlukan ruang yang besar untuk melukisnya.
  2. Data yang dibandingkan harus bersesuaian dengan jenis carta bar / palang kerana ia memiliki beberapa jenis.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. CARTA PIE / BULATAN


 

Carta pie adalah satu bulatan yang dibahagikan kepada beberapa sektor yang luasnya adalah menurut kadar kekerapan kelasnya. Cara membina carta pie adalah seperti berikut;

  1. Dapatkan kadar kekerapan setiap kelas.
  2. Darabkan setiap kadar kekerapan dengan 360o.
  1. Kemudian kita boleh melukis suatu bulatan dan bahagikan kepada dua bahagian dengan satu garisan menegak yang melalui bulatan. Garisan ini digunakan sebagai garisan rujukan bagi pengukuran sudut sektor pertama. Kemudian sektor-sektor lain bolehlah dilukis.


 

Contoh 8.2.3 (a)


 

Pangkat SPM 

Bilangan Murid 

I 

120 

II 

60 

III 

20 

Jumlah 

200 


 


 

Langkah


 

  1. Dapatkan kadar kekerapan setiap kelas.


 

120 / 200 = 0.6,     60 / 200 = 0.3    20 / 200 = 0.1


 


 

  1. Darabkan setiap kadar kekerapan dengan 360o.


 

0.6 x 360 o     = 216 o

0.3 x 360 o     = 108 o

    0.1 x 360 o    = 36 o


 

c)    Kemudian kita boleh melukis suatu bulatan dan bahagikan kepada dua bahagian dengan satu garisan menegak yang melalui bulatan. Garisan ini digunakan sebagai garisan rujukan bagi pengukuran sudut sektor pertama. Kemudian sektor-sektor lain bolehlah dilukis seperti dalam Rajah 8.8.


 


 


 

Rajah 8.8 Carta pai menunjukkan pangkat SPM bagi 200 orang pelajar


 

Contoh 8.2.3 (b)

Jenis rumah


 

Tahun


 

Berderet 


 

Berkembar dua 


 

Banglo 


 

Jumlah


 

1999

2000 


 

100

250 


 

90

200 


 

60

150 


 

250

600 


 

Penyelesaian 8.2.3 (b)


 

Sudut-sudut sektor bagi setiap jenis rumah yang dibina dalam tahun 1999

             

100/250 x 360 o = 144 o

90/250 x 360 o = 130 o

60/250 x 360 o = 86 o

Rajah 8.9 Carta pai menunjukkan jenis-jenis rumah bagi tahun 1999.


 

Sudut-sudut sektor bagi setiap jenis rumah yang dibina dalam tahun 2000


 

250/600 x 360o = 150o

200/600 x 360o = 120o

150/600 x 360o = 90o


 


 


 


 

Rajah 8.10 Carta pai menunjukkan jenis-jenis rumah bagi tahun 2000.


 

 

8.2.2.1KELEBIHAN DAN KELEMAHAN CARTA

PAI/PIE/BULATAN


 

         8.2.2.1(a) KEBAIKAN.


 


 

  1. Menunjukkan sektor-sektor dalam sebuah bulatan dan biasanya memberikan gambaran yang menarik.
  2. Ia juga biasanya dibentangkan dalam bentuk bulatan untuk membuat perbandingan di antara beberapa perkara dalam suatu kumpulan data tertentu.
  3. Perbandingan dari jumlah yang berbeza kita dapat menggunakan carta pie peratus di mana suatu kumpulan dianggap seratus peratus manakala peratusan sektor-sektor dikira berdasarkan jumlah keseluruhan.


 

8.2.2.1 (b) KELEMAHAN


 

  1. Perbandingan beberapa kumpulan data dengan cara ini tidak boleh dibuat jika jumlah keseluruhan dalam setiap kumpulan itu berbeza-beza.
  2. Apabila komponen dalam carta pie itu kecil, perlu gunakan petunjuk.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. Berikut menunjukkan jumlah import di Malaysia Barat dari tahun 1991 hingga 1995


 


 

Tahun                Jumlah dalam (juta RM)


 

    1991                    3.405

    1992                    3.877

    1993                    5.143

    1994                    8.550

    1995                    7.496


 


 

Anda dikehendaki membina carta palang mencancang dan mengufuk


 


 

  1. Jadual di bawah menunjukkan eksport tahunan Malaysia Barat (dalam juta RM)


 

Tahun 

Bijih Timah 

Minyak Sawit 

Getah 


 

1991

1992

1993

1994

1995 


 

1388

1233

2334

2738

1909 


 

352

324

428

978

958


 

900

924

896

1515

1208 


 

Bina jadual carta palang komponen relatif.

8.5    Berikut menunjukkan gred yang diperolehi oleh 128 orang pelajar dalam kursus statistik permulaan dalam tahun 2000


 

Gred 

Bilangan 

Peratus 


 

A

B

C

D

E


 

12

33

34

33

16 


 

9.38

25.78

26.56

25.78

12.50 


 

    Sediakan carta pai daripada data di atas.


 


 

8.6    Data berikut menunjukkan pengambilan pelajar ke peringkat Ijazah

Malaysia bagi tahun 1995 hingga 2000


 


 

Kursus        1995            2000


 

Sastera        1664            2210

Sastera gunaan    1643            3984

Sains Tulen        1235            1051

Sains gunaan    1200            2161

Kejuruteraan         615            1225


 

Jumlah         6357            10631


 

Daripada data di atas anda dikehendaki membina carta pai

 


 


 


 


 


 

JAWAPAN 8.3


 


 


 


 


 


 


 


 


 

JAWAPAN 8.4


 


 

Tahun 

Bijih Timah 

Minyak Sawit 

Getah 

Jumlah 

Peratus 


 

1991


 

1992


 

1993


 

1994


 

1995 


 

1388


 

1233


 

2334


 

2738


 

1909 


 

352


 

324


 

428


 

978


 

958


 

900


 

924


 

896


 

1515


 

1208 


 

2640


 

2481


 

3658


 

5221


 

4073 


 

14.6%


 

13.7%


 

20.2%


 

28.9%


 

22.5% 

    


 

18073


 

100% 


 


 

Graf


 


 


 


 


 

JAWAPAN 8.5


 


 


 


 


 


 


 

JAWAPAN 8.6


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.


 

SOALAN 1


 

Tahun 

Rm (juta) 

1982


 

1983


 

1984


 

1985


 

1986


 

1987


 

1988


 

1989


 

1990


 

1991


 

1992


 

1993


 

1994


 

1995 

310.8


 

1438.2


 

303.5


 

700.5


 

3728.7


 

3794.5


 

3428.0


 

7060.9


 

4720.6


 

505.6


 

-914.8


 

1976.0


 

5721.0


 

7769.7


 

Daripada jadual di aatas anda dikehendaki bina graf garis.


 


 


 


 

SOALAN 2


 

Jadual berikut menunjukkan kadar kelahiran mengikut keturunan bagi penduduk di sebuah bandar.


 

Keturunan 

Lelaki (%) 

Perempuan (%) 


 

Melayu

Cina

India

Lain-lain 


 

45

20

30

5 


 

35

25

20

20 


 

Lukiskan carta palang komponen Mutlak.


 


 


 


 

SOALAN 3


 

Gunakan carta pai untuk membentang data di bawah:-


 

Jenama Pakaian 

Permintaan 

Antioni

Cheetah

Forest

Mizuno

Botton

Schwarzenbach 

80

35

45

35

15

10 


 


 


 


 

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya..!!!


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Jawapan
Soalan1


 


 


 

Jawapan Soalan 2


 


 


 


 


 


 

Jawapan Soalan 3


 


 


 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH