Guru yang hendak membuat ujian hendaklah terlebih dahulu menentukan kesesuaian sesuatu item. Dalam pembinaan item ujian, kesesuaian soalan hendaklah sesuai dengan aras kesukaran yang dihasratkan . Setiap item harus ada jangkaan aras kesukaran. Pentingnya penentuan kesesuaian item ujian adalah untuk berfokus pada perkara yang disoal dan elak dari perkara-perkara remeh. Pilih konsep atau idea dan juga konstruk yang hendak diuji (yang penting diketahui/difahami dan konstruk ; pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian. Penggunaan bahasa hendaklah mudah, tepat dan jelas. Seterusnya,tentukan item-item yang dibina berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan dari maklumat lain atau daripada item sebelumnya. Setiap item mestilah `independent’ iaitu satu item tidak membantu untuk menjawab item yang lain . Tentukan matlamat item dengan jelas. Jika item pengetahuan jangan ditambah tokok dengan perkara yang tidak perlu; jika item kritikal, pastikan item tidak...