PENENTUAN KESESUAIAN ITEM UJIAN
Guru
yang hendak membuat ujian hendaklah terlebih dahulu menentukan kesesuaian
sesuatu item. Dalam pembinaan item ujian, kesesuaian soalan hendaklah sesuai
dengan aras kesukaran yang dihasratkan . Setiap item harus ada jangkaan aras
kesukaran.
Pentingnya
penentuan kesesuaian item ujian adalah untuk berfokus pada perkara yang disoal dan
elak dari perkara-perkara remeh. Pilih konsep atau idea dan juga konstruk yang
hendak diuji (yang penting diketahui/difahami dan konstruk ; pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian. Penggunaan bahasa hendaklah
mudah, tepat dan jelas.
Seterusnya,tentukan
item-item yang dibina berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan dari
maklumat lain atau daripada item sebelumnya. Setiap item mestilah `independent’
iaitu satu item tidak membantu untuk menjawab item yang lain .
Tentukan
matlamat item dengan jelas. Jika item pengetahuan jangan ditambah tokok dengan
perkara yang tidak perlu; jika item kritikal, pastikan item tidak dijawab
dengan fakta semata. Jika hendak membuat item sukar, pastikan kesukarannya
kerana keperluan calon membuat pemikiran yang lebih tinggi, bukan kerana
perkara yang disoal tidak penting.
Dalam
pembinaan item, kita selalunya menggunakan istilah umum seperti selalunya,
hanya, kesemua, dan lain-lain. Ianya sepatutnya dielakkan kerana memberi
gambaran mudah kepada calon untuk menjawab. Maka tidak ada keistimewaan untuk
soalan yang mempunyai aras tinggi. Kesesuaiannya tidak harus mempunyai unsur
bias jantina, bangsa, tempat dan bebas daripada isu politik, agama dan emosi.
Selepas
sesuatu pembinaan dijalankan, satu pencerapan haruslah dijalankan bagi memastikan
samada item atau soalan tersebut sesuai untuk digunakan.Biasanya prosedur yang
dijalankan termasuklah menganalisa setiap item tersebut. Ini adalah untuk
membolehkan kita mengasing atau menggunakan item-item tersebut untuk tujuan ujian seterusnya. Seperkara lagi ialah untuk
memastikan samada pengguna tahu atau tidak tahu akan ujian yang akan diambil.
Dalam memastikan bahawa item tersebut boleh digunapakai adalah membuat
pengukuran perbezaan bagi setiap item yang dijalankan. Sebagai contoh, jika ujian
yang dibina adalah bertujuan mengukur pencapaian sekolah maka ujian yang hendak
dijalankan hendaklah akur akan pencapaian yang ditetapkan.
Kesahan
item bagi tujuan meramal pengukuran kriteria boleh ditentukan dengan membuat
pengiraan korelasi diantara skoran tehadap item dengan skoran pengukuran
tersedia. Pengukuran korelasi koefisien yang sering digunakan adalah koefisien
titik-biserial(point-biserial coffecient).Namun bagi tujuan pengukuran bilik
darjah, kebiasaannya posedur yang disering digunakan adalah melibatkan
penentuan peratus pengambil ujian yang lulus setiap item denga korelasi setiap
criteria item. Dalam hal ini, criteria yang dimaksudkan adalah skor keseluruhan
ujian tersebut.Item yang berkualiti harus mempunyai ciri-ciri keakuran dari aspek
kurikulum, spesisfikasi dan peluang. Item juga hendaklah tepat dalam
konstruknya, tepat akan tajuk atau konteksnya dan hendaklah jelas dari segi
stimulus, tugasan dan arahan. Oleh itu item atau soalan yang dibina juga
hendaklah sesuai dengan kehendak serta ketetapan.
Ulasan
Catat Ulasan