Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 21, 2011

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

TAKRIF TAMADUN ISLAM Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah. SARJANA ISLAM Naquib Al Attas: Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi PRINSIP-PRINSIP TI 1. Memelihara agama Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-masing…. Firman Allah SWT….surah Al Baqarah “tiada paksaan dalam beragama” Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan… 2. Memelihara nyawa atau jiwa Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain Larangan membunuh dan membunuh diri Firman Allah…Surah Al Maidah 5:32 Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat benca...

Pengenalan dan Konsep Asas Tamadun

PENGENALAN ILMU TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MELAYU Pengenalan Tamadun Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun. Islam – madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun Barat - civilization-kebendaan- material Definisi: Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut: Bahasa Inggeris Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization. Bahasa Arab Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun. Bahasa Melayu Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa ...