Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 7, 2015

EMK-Elemen Merentas Kurikulum

Imej
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti  Bahasa, Sains dan Teknologi ,  Pendidikan Alam Sekitar ,  Nilai Murni  dan  Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu  Kreativiti dan Inovasi ,  Keusahawanan , serta  Teknologi Maklumat dan Komunikasi  dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam p...