Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 6, 2015

PAK JAPID- PAHLAWAN SARAWAK MENENTANG JEPUN

Imej
Nama Allahyarham Pak Japid, mungkin tidak segah pahlawan Rosly Dhobi, Sharif Masahor dan Rentap. Hanya masyarakat awal di Daerah Simunjan yang mengetahui sejarah perjuangan serta sifat beraninya menentang penjajahan Jepun. Sikap beraninya menentang penjajah tetap segar diingatan mereka walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Semua ini dilakukan demi kepentingan bangsa dan tanah air serta tidak mahu melihat Jepun terus bertapak dan bermaharajalela. Mustapha Affendi Bujang Ahi, 70 menyifatkan Pak Japid seorang yang berani dan pejuang Melayu tulen yang harus dijulang seperti pahlawan yang lain.  Pak Japid dikatakan memberontak menentang Jepun apabila ditangkap kerana enggan meminjamkan perahu kepada Jepun, ini kerana pada masa itu hanya Pak Japid memiliki perahu besar atau dikenali "perahu bandung" dalam kalangan penduduk. Oleh kerana tidak tahan dengan sikap tentera Jepun yang bertindak kasar terhadap penduduk, beliau bangun memberontak untuk menentang Jepun.  Ol...