PAK JAPID- PAHLAWAN SARAWAK MENENTANG JEPUN


Nama Allahyarham Pak Japid, mungkin tidak segah pahlawan Rosly Dhobi, Sharif Masahor dan Rentap. Hanya masyarakat awal di Daerah Simunjan yang mengetahui sejarah perjuangan serta sifat beraninya menentang penjajahan Jepun. Sikap beraninya menentang penjajah tetap segar diingatan mereka walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Semua ini dilakukan demi kepentingan bangsa dan tanah air serta tidak mahu melihat Jepun terus bertapak dan bermaharajalela. Mustapha Affendi Bujang Ahi, 70 menyifatkan Pak Japid seorang yang berani dan pejuang Melayu tulen yang harus dijulang seperti pahlawan yang lain. 

Pak Japid dikatakan memberontak menentang Jepun apabila ditangkap kerana enggan meminjamkan perahu kepada Jepun, ini kerana pada masa itu hanya Pak Japid memiliki perahu besar atau dikenali "perahu bandung" dalam kalangan penduduk. Oleh kerana tidak tahan dengan sikap tentera Jepun yang bertindak kasar terhadap penduduk, beliau bangun memberontak untuk menentang Jepun. 

Oleh kerana keberaniannya, beliau telah dibunuh pihak Jepun berdekatan Sungai Simunjan. Pak Japid ditetak beberapa kali dibahagian badannya secara bertubi-tubi, tetapi tidak memperlihatkan sebarang kesan luka atau calar. Oleh sebab yang demikian, pihak Jepun dengan kejam menimbus Allahyarham hidup-hidup ke dalam lubang. Dipercayai selama tujuh hari tujuh malam Allahyarham Pak Japid meraung meminta tolong. Allahyarham dipusarakan di kawasan Sungai Simunjan dan kawasan tersebut dikatakan keramat serta terkenal oleh masyarakat sebagai tempat untuk memasang niat pada masa itu. 

Untuk mengingati perjuangan Allahyarham, penduduk telah memindahkan semula makamnya ke tanah perkuburan Simunjan. Sepanjang pemerintahan tentera Jepun, layanan adalah baik kepada masyarakat Melayu tetapi sebaliknya kepada masyarakat Cina. Kebanyakan mereka diseksa sesuka hati dan dengan cara yang paling angkuh dan kejam. Jepun pada masa itu datang dari Miri dengan menggunakan dua buah perahu kotak, mereka singgah di Engsengei yang mana lebih dikenali sebagai Pangkalan Mon pada masa itu.
-JASAMU DIKENANG SELALU WALAUPUN NAMAMU KIAN PUDAR...-
 
Sumber : Nasib Simunjan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH