PERMINTAAN DAN PENAWARAN
1. Pengenalan
Untuk minggu terakhir pada tahun ini, kita akan mengulangkaji tajuk ‘Permintaan dan penawaran’. Ulangkaji kita pada kali ini akan meliputi perkara-perkara berikut:
a) Permintaan
b) Penawaran
c) Keseimbangan pasaran.
2. Permintaan
Permintaan boleh didefinisikan sebagai keinginan dan kesanggupan seseoarang pengguna untuk mendapat sesuatu barang pada suatu tingkat harga dalam suatu jangka masa tertentu.
Kesanggupan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang bergantung kepada tingkat harga barang tersebut. Jika harga barang mahal, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang sedikit dan sebaliknya jika harga murah, pengguna sanggup membeli dengan kuantiti yang banyak. Ini dinamakan hukum permintaan.
Untuk memahami konsep permintaan dengan lebih jelas lagi, kita boleh gunakan persamaan permintaan, iaitu:
Qdx = a – bP
Di mana, Qdx = kuantiti barang x yang diminta
a = kuantiti barang x yang diperolehi ketika harga sifar.
b = kecerunan keluk permintaan.
P = harga barang.
Contoh persamaan permintaan ialah Qdx = 10 – 2P. Dengan menggantikan nilai Qdx dan P kita dapat membentuk jadual permintaan, yang menunjukkan hubungan di antara harga barang dengan kuantiti barang yang diminta. Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui gambar rajah yang dipanggil keluk permintaan.
Keluk permintaan mempunyai cerun yang negatif, iaitu ia mencerun dari kiri ke kanan. Ada beberapa sebab mengapa ia berbentuk demikian:
a) kesan penggantian.
b) kesan pendapatan benar.
c) utiliti sut berkurangan.
Permintaan individu dan permintaan pasaran.
Permintaan individu ialah keinginan dan kesanggupan seorang individu untuk membayar bagi mendapatkan sesuatu barang. Ia menunjukkan hubungan di antara tingkat harga dengan kuantiti barang yang diminta oleh seorang pengguna. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan individu.
Permintaan pasaran pula menunjukkan keinginan dan kesanggupan membayar oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang di pasaran. Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran.
Untuk melukiskan keluk permintaan pasaran, kita perlu membentukan satu jadual permintaan pasaran. Jadual ini diperolehi dengan menggabungkan kuantiti barang yang diminta oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan suatu barang pada suatu tingkat harga. Contoh jadual adalah seperti berikut:
Jadual 1: Permintaan individu dan permintaan pasaran
Permintaan pasaran
Faktor yang mempengaruhi permintaan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan, iaitu
a) harga barang itu sendiri.
b) harga barang lain.
c) pendapatan
d) citarasa
e) penduduk
Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan.
Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan adalah berbeza di antara satu dengan lain. Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri, manakala perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor lain selain daripada faktor harga barang itu sendiri. Ia dapat ditunjukkan dalam ganbar rajah berikut:
Selain daripada itu, perubahan kuantiti berlaku pada keluk permintaan yang sama tetapi pada harga yang berlainan. Perubahan permintaan pula merupakan pergerakan keluk, samada ke kiri atau ke kanan pada tingkat harga yang sama.
3. Penawaran
Penawaran adalah kesanggupan pengeluar untuk mengeluarkan sesuatu barang pada tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat harga, semakin banyak barang yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar. Ini dikenali sebagai ‘Hukum Penawaran’.
Persamaan penawaran
Hubungan di antara harga barang dengan kuantiti barang yang sanggup ditawarkan oleh seorang pengeluar dapat ditunjukkan melaui persamaan berikut, iaitu
Qsx = a + bP.
Dimana, Qsx = kuantiti penawaran barang x
a = kuantiti penawaran ketika harga adalah sifar.
b = kecerunan keluk penawaran.
P = tingkat harga.
Contoh persamaan penawaran ialah, Qs = 200 + 3P. Dengan menggantikan nilai Qs dan P dalam persamaan tersebut kita dapat membentuk satu jadual penawaran. Hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti barang yang ditawarkan dapat juga digambarkan melaui keluk yang dinamakan sebagai keluk penawaran.
Penawaran individu dan penawaran pasaran.
Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran pula ialah, kesanggupan beberapa orang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat harga.
Keluk penawaran pasaran diperolehi dengan menjumlahkan kuantiti yang ditawarkan oleh setiap orang pengeluar secara mendatar pada suatu tingkat harga.
Faktor yang mempengaruhi penawaran.
a) harga barang itu sendiri
b) harga barang lain
c) kos input
d) matlamat pengeluar
e) teknologi
f) dasar kerajaan
g) jangka masa
h) bilangan pengeluar
Perubahan kuantiti ditawarkan dan perubahan penawaran.
Perubahan kuantiti ditawarkan adalah disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri dan perubahan kuantiti berlaku pada keluk penawaran yang sama. Manakala perubahan penawaran adalah disebabkan oleh perubahan faktor-faktor lain yang mempengaruhi penawaran. Perubahan penawaran merupakan pergerakan keluk penawaran samada ke kiri atau ke kanan pada tingkat harga yang sama.
4. Keseimbangan pasaran
Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran di pasaran. Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual, gambar rajah dan persamaan. Secara jadual keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah kuantiti permintaan sama dengan jumlah kuantiti penawaran pada suatu tingkat harga.
Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga.
Secara persamaan, keseimbangan pasaran dapat ditentukan dengan menyamakan persamaan permintaan dan persamaan penawaran.

Ulasan
Catat Ulasan