KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)
MAKROEKONOMI
PENGENALAN
1. Pendahuluan
Pada minggu pertama tahun 2002 ini, kita akan membincangkan tajuk ‘Pengenalan’ untuk Kertas Ekonomi 2 iaitu Makroekonomi. Di antara perkara-perkara yang akan kita sentuh adalah:
1. Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi.
2. Matlamat dasar makroekonomi.
3. Bentuk dasar makroekonomi.
2. Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi
Petunjuk / pemboleh ubah makroekonomi adalah data statistik mengenai kegiatan ekonomi negara yang digunakan sebagai alat pengukur dalam menilai pencapaian dan kecekapan kegiatan ekonomi negara. Di antara pemboleh ubah yang selalu digunakan adalah :
i. Pendapatan negara / keluaran negara
ii. Gunatenaga dan pengangguran
iii. Inflasi
iv. Imbangan pembayaran
v. Pertumbuhan ekonomi
i. Pendapatan negara / keluaran negara
Pendapatan negara / keluaran negara boleh didefinasikan sebagai jumlah barang dan perkhidmatan yang akan dikeluarkan oleh sebuah negara pada suatu tahun tertentu. Untuk menilai pencapaian dan kecekapan kegiatan ekonomi sesebuah negara, kita menggunakan Keluaran Negara Kasar (KNK).
Ada tiga jenis KNK yang digunakan, iaitu
a. KNK mengikut harga semasa, iaitu pendapatan negara yang dinilai mengikut harga pada tahun berkenaan.
b. KNK mengikut harga tetap atau keluaran negara benar (KNB), iaitu pendapatan negara yang dinilai mengikut harga pada tahun asas.
c. KNK potensi, iaitu pendapatan negara yang dinilai apabila semua tenaga buruh dalam ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya.
KNB dihitung dengan menggunakan rumus berikut;
KNB = KNK semasa ________ x 100
Indeks harga pengguna
ii. Gunatenaga dan pengangguran
Gunatenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh berbagai kegiatan ekonomi di dalam sesuatu negara. Pengangguran pula adalah tenaga buruh yang secara aktif mencari pekerjaan tetapi masih belum mendapat pekerjaan.
Tenaga buruh tidak boleh disamakan dengan jumlah penduduk. Di kebanyakan negara, tenaga buruh dikategorikan sebagai penduduk yang berumur di antara 15 - 64 tahun. Dalam lingkungan umur tersebut, terdapat golongan penduduk yang tidak dianggap sebagai tenaga buruh seperti pelajar sekolah, mahasiswa dan suri rumah.
Oleh itu jumlah pengangguran adalah perbezaan diantara jumlah tenaga buruh dengan jumlah gunatenaga, iaitu
Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – jumlah gunatenaga
Untuk mengukur pencapaian kegiatan ekonomi sesebuah negara sama ada telah mencapai gunatenaga penuh atau belum, kita gunakan kadar pengangguran.
Kadar pengangguran = Jumlah pengangguran X 100
Jumlah tenaga buruh
Apabila kadar pengangguran sangat rendah (kurang 4%) maka ekonomi
dikatakan telah mencapai gunatenaga penuh.
iii. Inflasi
Inflasi adalah proses kenaikan harga umum secara serentak ke atas berbagai jenis barang yang dijual beli dalam ekonomi.
Untuk mengukur pencapaian kegiatan ekonomi sesebuah negara, kita gunakan kadar inflasi. Ia di hitung dengan menggunakan formula berikut;
Kadar inflasi = IH1 – IH0 X 100
IH0
dimana, IH1 adalah indeks harga pada tahun semasa dan IH0 ialah indeks harga pada tahun sebelumnya.
Kadar inflasi yang rendah menunjukkan pencapaian kegiatan ekonomi yang baik bagi sesebuah negara.
iv. Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran adalah suatu penyata kira-kira yang menunjukkan nilai urusniaga-urusniaga dan aliran wang yang dilakukan di antara suatu negara dengan negara lain dalam suatu tahun tertentu. Apabila nilai urusniaga dari kegiatan eksport melebihi import, maka imbangan pembayaran dalam keadaan lebihan dan sebaliknya apabila nilai urusniaga dari kegiatan import melebihi eksport, maka imbangan pembayaran dalam keadaan kurangan.
v. Pertumbuhan Ekonomi
Istilah pertumbuhan ekonomi merupakan pengukur prestasi pembangunan sesebuah ekonomi. Pertumbuhan ekonomi bererti pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan jumlah pengeluaran barang industri, pembangunan infrastruktur, pertambahan jumlah sekolah, pertambahan pengeluaran sektor ekonomi lain dan pembangunan ekonomi atau sosial lainnya. Kadar pertumbuhan ekonomi yang dicapai oleh sesebuah negara diukur dari pertumbuhan pendapatan negara benar yang dicapai. Kadar pertambahan pendapatan negara benar dihitung dengan menggunakan formula berikut:
Kadar pertumbuhan ekonomi = KNBr1 – KNBr0 X 100
KNBr0
Pertumbuhan ekonomi berbeza dengan pertambahan kebajikan masyarakat.
Dalam pertumbuhan ekonomi kita melihat perkembangan kegiatan ekonomi dari segi pertambahan pengeluaran barang dan perkhidmatan. Untuk mengukur pertumbuhan ekonomi kita menggunakan KDNK (KNK) benar.
Manakala pertambahan kebajikan masyarakat adalah kenaikan taraf hidup masyarakat dari masa ke semasa. Untuk mengukur tingkat kebajikan masyarakat, kita menggunakan pendapatan per kapita.
3. Matlamat dasar makroekonomi
Sesebuah negara sentiasa berusaha untuk meningkatkan tingkat kebajikan dan kemakmuran masyarakatnya. Untuk mencapainya, maka keadaan-keadaan berikut harus di wujudkan di dalam sesebuah negara, iaitu:
i. Gunatenaga penuh.
Gunatenaga penuh adalah suatu keadaan tingkat penggunaan tenaga buruh di mana hanya 4% hingga 5% sahaja yang menganggur. Apabila gunatenaga penuh tercapai, keluaran negara telah mencapai tingkat maksimum. Ini menunjukkan tingkat kebajikan masyarakat juga telah mencapai tingkat maksimum.
ii. Kestabilan tingkat harga umum
Sesebuah negara sering menghadapi masalah kenaikan harga barangan. Kenaikan harga tersebut akan menimbulkan kesan yang negatif kepada masyarakat dan negara. Suatu kenaikan harga barangan akan menyebabkan tingkat kebajikan masyarakat yang semakin menurun.
iii. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Pertumbuhan ekonomi bermaksud suatu perkembangan ke atas kegiatan ekonomi sesebuah negara. Perkembangan ekonomi ditunjukkan melalui kemampuan ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang semakin bertambah. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan akan meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan per kapita dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
iv. Imbangan pembayaran yang menguntungkan
Imbangan pembayaran adalah suatu akaun yang menunjukkan aliran masuk dan keluar mata wang asing dari sesebuah negara. Imbangan pembayaran yang menguntungkan berlaku apabila aliran masuk mata wang asing melebihi aliran keluar mata wang asing. Apabila imbangan pembayaran dalam keadaan yang menguntungkan, maka ia memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.
4. Bentuk dasar makroekonomi
Untuk mencapai matlamat dasar makroekonomi di atas, maka dasar-dasar berikut perlu dijalankan oleh sesebuah negara, iaitu:
i. Dasar fiskal
Dasar fiskal adalah langkah-langkah kerajaan untuk mengubah sistem cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
ii. Dasar kewangan
Dasar kewangan merupakan langkah-langkah kerajaan untuk mengubah kadar bunga atau jumlah bekalan wang dalam ekonomi dengan tujuan untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.
iii. Kawalan langsung
Kawalan langsung merupakan langkah-langkah kerajaan secara langsung mempengaruhi kegiatan ekonomi. Kerajaan menjalankan kawalan langsung ini melalui undang-undang dan peraturan. Bentuk kawalan langsung yang boleh dijalankan oleh kerajaan adalah melalui dasar harga minimum, dasar harga maksimum, dasar kawalan tingkat upah dan sebagainya.
Melalui langkah-langkah di atas, perbelanjaan agregat dapat diturunkan apabila ekonomi menghadapi masalah inflasi dan dinaikkan apabila ekonomi menghadapi masalah pengangguran.

Ulasan
Catat Ulasan