MODEL EKONOMI BARU MENJADI PANDUAN STRATEGI EKONOMI NEGARA

Model Ekonomi Baru menjadi panduan strategi ekonomi negara

Dorongan bagi mengubah model ekonomi dipengaruhi oleh tiga faktor utama:

• Suasana persaingan telah berubah: Seperti dibincangkan dalam Bab 2, kita

menghadapi persaingan yang meningkat dalam FDI. Dalam negara ASEAN

sebagai contohnya, Indonesia dan Vietnam menawarkan kos lebih rendah dan

mempunyai jumlah penduduk lebih yang besar

• Peralihan keseimbangan kuasa dalam pasaran global: Dengan peningkatan

kepentingan China, India dan Timur Tengah sebagai pasaran eksport, Malaysia

juga perlu mengalihkan tumpuan dalam hal ini

• Modal kewangan dan modal insan semakin mudah bergerak. Oleh kerana keduadua

elemen ini penting dalam proses pembangunan, strategi baru diperlukan

bagi menarik dan mengekalkan mereka

Pandangan awal mengenai model dan strategi ekonomi Malaysia ke hadapan telah

dibincangkan sewaktu sesi lampas minda (brainstorming) dengan Bank Dunia pada

awal tahun 200913. Pandangan tersebut disimpulkan di bawah.

Transformasi yang mencabar, daripada negara berpendapatan sederhana kepada

ekonomi berpendapatan tinggi, tidak semestinya memerlukan penerokaan

sektor baru. Ia juga boleh dicapai dengan menggunakan strategi pembangunan

berdasarkan sektor tertentu, di mana Malaysia telah membuktikan tahap daya

saing, seperti dalam perkhidmatan pelancongan, ICT, kewangan dan perbankan

Islam, industri unik seperti teknologi halal dan hijau, pembuatan elektronik dan

industri berasas sumber. Cabarannya adalah bergerak ke atas rantai nilai, misalnya,

daripada pemasangan asas kepada pembuatan produk dan perkhidmatan teknologi

13 Ucapan pembukaan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sesi brainstorming

dengan Bank Dunia mengenai ‘Strategi Ke Arah Pertumbuhan dan Pendapatan Tinggi’, 7 Mei 2009

63

intensif, daripada pemakaian tenaga buruh dan aktiviti nilai rendah kepada aktiviti

yang berdasarkan kepada inovasi yang akan menambah nilai.

Bagi menjamin ketersediaan kemahiran yang diperlukan bagi mencapai ekonomi

berpendapatan tinggi, kerajaan mengambil pendekatan holistik, yang merangkumi

pelbagai perkara, antaranya:

• Menyusun semula pendidikan bagi melahirkan pekerja berkemahiran yang

diperlukan oleh industri

• Menggubal dasar sokongan yang memupuk, menarik dan mengekalkan tenaga

kerja berbakat di Malaysia

• Menggubal dasar yang sesuai bagi tenaga kerja asing, yang berkemahiran tinggi

mahupun yang kurang mahir, bagi memenuhi permintaan tenaga kerja

• Meningkatkan kecekapan pasaran buruh

Selain penekanan ke atas kemahiran tinggi, ekonomi Malaysia juga perlu bergerak

ke aktiviti berinovasi, dengan pelbagai firma perniagaan bersaing berdasarkan

pembezaan produk. Cara utama bagi memudahkan perkara ini adalah pelaburan

dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalam bidang terpilih. Cabarannya

adalah bagi memfokuskan pelaburan, termasuk FDI, ke atas perkhidmatan bernilai

tinggi dan pengeluaran berasaskan inovasi, yang menjana pendapatan lebih

tinggi.

Inovasi berkait rapat dengan keperluan untuk menitikberat dan memaksimumkan

peluang daripada persaingan itu sendiri. Baru-baru ini, kami mengumumkan

langkah meliberalisasikan sektor-sektor tertentu bagi memupuk persaingan yang

lebih hebat. Kami juga akan terus mengalihkan halangan bagi memudahkan operasi

perniagaan di Malaysia.

Bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, ia memerlukan pengeluaran

dan eksport khusus. Malaysia tidak mampu menebarkan jaring terlalu luas kerana

modal insan, kewangan dan sumber R&D adalah terhad. Persaingan antarabangsa

yang hebat memaksa kita untuk cemerlang di dalam bidang yang dipilih.

Kedua-dua pihak kerajaan dan sektor swasta perlu terus bekerjasama memacu

transformasi ini, keadaan hubungan ini perlu berubah.

Pertama, insentif, geran dan dasar sokongan perlu difokuskan pada teras sektor

yang terpilih. Sektor awam dan sektor swasta perlu membangunkan fahaman dan

komitmen bersama mengenai sektor manakah yang membentuk asas kelebihan

persaingan Malaysia, demi mencapai kemajuan di masa hadapan.

Kedua, penggunaan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) menjadi lebih penting kepada

kerajaan bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan sektor awam. Kini, kerajaan

menyediakan semua perkhidmatan seperti bangunan, sekolah dan hospital.

Pada masa akan datang, kerajaan mungkin boleh memperoleh perkhidmatan

tersebut daripada sektor swasta. Struktur PFI dapat digunakan untuk menyokong

kecemerlangan sektor swasta, dan kerajaan hanya menggunakan sebahagian

daripada kapasiti keseluruhan hospital atau sekolah itu. Kerajaan akan dapat

menjadi lebih produktif dari segi kewangan, di samping dapat meningkatkan kualiti

perkhidmatan awam dan menyokong pembangunan sektor swasta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH