KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN
Kata tugas atau kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk memberi
arahan kepada calon untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat penting supaya
setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh calon, apakah kehendak soalan yang sebenarnya.
Oleh itu, calon lebih mudah untuk memberikan jawapan mengikut kehendak soalan.
Kata tugas yang betul bagi sesuatu soalan ada hubungkaitnya dengan
kesahan dan kebolehpercayaan soalan itu sendiri. Soalan yang mempunyai kata tugas yang
tidak tepat boleh mengelirukan calon. Ini mendorongkan calon memberi jawapan di luar
kehendak soalan.
Berikut adalah kata tugas yang biasa digunakan digunakan serta respon
yang diharapkan daripada calon :
Bil.
|
Kata Tugas
|
Respon yang
diharapkan
|
1
|
Anggarkan
|
Memberi nilai kuantitatif berdasarkan
pengiraan atau pertimbangan
|
2
|
Apakah
|
Memberi maklumat yang khusus / spesifik
|
3
|
Bagaimanakah
|
Memperihalkan / memberikan penerangan
tentang cara/keadaan/langkah/kejadian
|
4
|
Bandingkan
|
Memberi persamaan dan perbezaan antara dua
atau lebih perkara
|
5
|
Bariskan (Pend.Islam)
|
Tuliskan ayat dan meletakkan tanda bacaan
|
6
|
Berapakah
|
Memberi kuantiti
|
7
|
Bezakan
|
Memberi kelainan/ketidaksamaan antara dua
atau lebih perkara
|
8
|
Bilakah
|
Menyatakan masa/waktu
|
9
|
Binakan (Matematik)
Binakan (Biologi)
|
Melukis rajah/sesuatu menggunakan kaedah
atau alat geometri
Membuat sesuatu menggunakan kaedah tertentu
|
10
|
Bincangkan
|
Memberi pandangan daripada beberapa aspek
|
11
|
Buktikan
|
Menyatakan kebenaran dengan
dalil/contoh/fakta
|
12
|
Cadangkan / Syorkan / Sarankan
|
Mengemukakan sesuatu idea / pendapat
|
13
|
Carikan
|
Memberi jawapan tanpa atau dengan hitungan
ringkas
|
14
|
Cerakinkan
|
Menghuraikan sesuatu kepada bahagian
|
15
|
Deduksikan
|
Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
|
16
|
Fokuskan
|
Menumpukan kepada sesuatu aspek
|
17
|
Gambarkan (Pend.Seni)
|
Melukis gambar
|
18
|
Garis kasarkan
|
Memberi ciri-ciri penting secara umum
untuk sesuatu proses atau tindakan
|
19
|
Hitungkan
|
Memberi jawapan melalui kaedah pengiraan
|
20
|
Huraikan
|
Memperihalkan / menceritakan sesuatu
dengan panjang lebar / terperinci dan teratur
|
21
|
Ilustrasikan
|
Menjelaskan dengan contoh / gambar rajah /
rajah
|
22
|
Jadualkan
|
Membuat susunan acara / perkara yang
diatur mengikut masa yang ditentukan
|
23
|
Jelaskan
|
Memberi keterangan tentang sesuatu supaya
mudah difahami
|
24
|
Kelaskan
|
Mengasingkan kepada beberapa kumpulan
mengikut ciri tertentu
|
25
|
Kemukakan
|
Memberi pendapat sama ada menyokong /
membangkang
|
26
|
Kenalpastikan
|
Menunjukkan sesuatu berdasarkan fakta /
rangsangan yang diberi
|
27
|
Lakarkan
|
Melukis rajah/gambar/graf/peta secara
kasar
|
28
|
Lorekkan
|
Melukis dengan garisan/corengan pada
kawasan/rantau/ruangan
|
29
|
Lukiskan (Teknikal)
|
Membuat rajah seperti
carta/gambar/graf/bentuk dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala yang
tepat/terperinci
|
30
|
Mengapakah
|
Memberi sebab
|
31
|
Namakan
|
Memberikan panggilan/sebutan bagi sesuatu
tempat/orang/proses/alat
|
32
|
Nyatakan
|
Memberikan fakta tanpa huraian atau
sokongan
|
33
|
Peringkatkan
|
Membuat pemeringkatan beberapa perkara
mengikut tingkatan/aras tertentu
|
34
|
Ramalkan
|
Membuat/menyatakan jangkaan sesuatu yang
akan berlaku berdasarkan fakta.
|
35
|
Rekodkan
|
Mencatatkan dapatan
kajian/eksperimen/pemerhatian mengikut format
|
36
|
Senaraikan
|
Menyatakan beberapa fakta/pernyataan dalam
bentuk point
|
37
|
Siapakah
|
Mengenalpasti individu dalam konteks yang
tertentu
|
38
|
Susunkan
|
Mengatur mengikut tertib yang ditentukan
|
39
|
Tafsirkan
|
Menerangkan maksud ayat dengan terperinci
|
40
|
Takrifkan
|
Memberi takrifan istilah yang diberikan
|
41
|
Tentukan
|
Memberi kenyataan berdasarkan proses /
alasan
|
42
|
Tentusahkan
|
Mengesahkan sesuatu dengan memberi bukti
|
43
|
Terangkan
|
Menyatakan fakta dengan sokongan atau
menjelaskan sesuatu dengan sebab
|
44
|
Terjemahkan
|
Mengalihkan bahasa
|
45
|
Ukurkan
|
Memerlukan kuantiti dengan unit yang boleh
didapati daripada sesuatun alat pengukuran
|
46
|
Ulaskan
|
Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik
|
Ulasan
Catat Ulasan