KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Terdapat 2 jenis Kompetensi Kecerdasan Emosi, iaitu :
i- Kompetensi Personal
ii- Kompetensi Sosial
Maksud
i - Kompetensi Personal bermaksud bagaimana seseorang
individu itu dapat
menguruskan dirinya sendiri.
ii- Kompetensi Sosial pula bermaksud bagaimana seseorang
individu itu dapat
mengurus hubungannya dengan orang lain.
Kompetensi Personal
Terdapat 2 cabang lain dalam kompetensi personal, iaitu :
i -Kesedaran kendiri
ii- Pengurusan kendiri
Maksud
Kesedaran kendiri
-Seseorang individu itu dapat menyesuaikan dirinya dengan
isyarat dalamannya
seperti mengetahui kedudukan dalaman iaitu individu itu
mengetahui keadaan
dirinya sendiri seperti cepat marah atau gembira dan
sebagainya.
Pengurusan kendiri
-Seseorang individu itu dapat mengurus keadaan dalamannya d
alam bentuk dorongan dan potensi dirinya sendiri.
Sebagai contoh
yang boleh dilihat ialah
melalui dorongan dan potensi yang seseorang individu
itu peroleh
dia dapat menguruskannya
dengan baik melalui keadaan dalamannya.
Kompetensi Sosial
Terdapat 2 cabang lain dalam kompetensi sosial, iaitu :
i- kesedaran sosial
ii- Kemahiran sosial
Maksud
Kesedaran sosial
- Kesedaran sosial bermaksud seseorang individu itu
sedar mengenai perasaan,
kemahuan dan perihal orang lain. Ini menunjukkan
individu tersebut
mengambil tahu tentang seseorang yang lain selain
dari dirinya.
Kemahiran sosial
- Kemahiran sosial pula bermaksud seseorang individu
itu dapat menyesuaikan
dirinya dalam sesuatu situasi dan menginginkan tindak
balas daripada orang lain.
KESEDARAN KENDIRI
PERKARA | CIRI-CIRI | SITUASI
|
Kesedaran Emosi Kendiri
|
| Aiman menangis kesedihan apabila mengenangkan peristiwa hitam yang menimpanya dua tahun lepas. |
Kesedaran Ketepatan Kendiri
|
| Setelah melihat wajah ayahnya merah padam,Kamil tidak berani lagi untuk berkata-kata. |
Keyakinan Kendiri
|
| Berkat usaha yang gigih,Amin yakin bahawa dia akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. |
Penghormatan Kendiri
|
| Kumar berhenti seketika sebelum meneruskan semula larian sejauh 2.4km itu kerana sedar akan kebolehan dirinya.
|
Kesejahteraan
|
| Berkat usahanya mencari rezeki dengan bekerja sebagai petani,mereka sekeluarga akhirnya dapat menikmati kehidupan yang bahagia. |
PENGURUSAN KENDIRI
PERKARA | MAKSUD | SITUASI
|
Kawalan Emosi Kendiri
|
| Rahim menumbuk dinding bilik kerana marah akan adiknya.
|
Kebolehsuaian
|
| Akibat cuaca malam yang sejuk,Sham menggunakan selimut yang tebal semasa tidur. |
Kebolehpercayaan
|
| Sebelum pulang ke kampung,Hana memberikan kunci rumah kepada jirannya untuk dijaga. |
Ketekunan
|
| Soalan peperiksaan itu dibaca dengan penuh berhati-hati oleh Amir sebelum dia menjawabnya. |
KESEDARAN SOSIAL
PERKARA | MAKSUD | SITUASI
|
Empati
|
| Ramlah sanggup memberikan makan yang dibawanya kepada pengemis itu. |
Membangun Individu Lain
|
| Ayah menasihatkan Ali supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. |
Kesedaran Organisasi
|
| Basri merasa terkilan kerana dia tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti seperti abang dan kakaknya.
|
Berorientasi Perkhidmatan
|
| Setelah melihat isterinya terpaksa menggunakan perkhidmatan bas untuk ke tempat kerja,Faruk akhirnya membelikan sebuah kereta kepada isterinya. |
Melayani Kepelbagaian |
| Di sebalik pergaduhan itu,mereka akhirnya bekerjasama dalam satu pasukan. |
KEMAHIRAN SOSIAL
PERKARA | MAKSUD | SITUASI
|
Kepimpinan Berinspirasi
|
| Emak sentiasa memberi nasihat yang berguna kepada Ali agar dia menjadi manusia yang berguna. |
Komunikasi
|
| Johan memberitahu Ismail bahawa dia tidak berpuas hati dengan sikap tamak yang ditunjukkan oleh Ismail. |
Pengaruh
|
| Ayah menghadiahkan buku cerita kepada Rahim bagi memupuk minat membaca dalam diri anaknya itu. |
Pemangkin Perubahan
|
| Shahril berazam untuk bekerja bersungguh-sungguh apabila dibebaskan dari penjara kelak. |
Ulasan
Catat Ulasan