KONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR


Definisi bahan bantu mengajar(BBM): 
BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. 
Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar: 
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu: 
    - Bahan bantu mengajar bukan elektronik 
    - Bahan bantu mengajar elektronik 
    - Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan 
      sebenar 
Bahan bantu mengajar bukan elektronik: 
1. Papan hitam atau papan tulis 
2. Buku teks 
3. Papan pemer atau papan buletin 
    - Sumber pengajaran yang produktif 
    - Untuk memperkenalkan idea baru, memberi 
      maklumat memberi kefahaman, memperkayakan
      perbendaharaan kata, merangsang 
      perbincangan, menimbulkan daya 
      kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta 
      menambah pengekalan pembelajaran seseorang 
      pelajar 
4. Fail tegak dan bahan bacaan 
    - Terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu 
      bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, 
      kalender, poskad, surat khabar, risalah atau 
      buletin, poster, sampul hari 
      pertama, buku panduan, carta, peta dan gambar 
      skrip, kertas kerja dan nota 
5. Gambar 
6. Kad imbasan dan kad cantuman 
    - Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau 
      rangkai kata yang diberi makna di belakangnya. 
    - Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru 
      kepada pelajar 
    - Kad cantuman dibentuk dengan menulis 
      perkataan dan rangkai kata di atas kad dan 
      kemudian kad itu dipotong 
    - Pelajar diminta mencantumkan semula 
      keratan-keratan kad supaya membentuk 
      perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki 
7. Carta 
8. Grafik 
9. Papan pengajaran
    - Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu 
      pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat 
      merangsang dan memotivasikan pelajar untuk terus
      belajar 
    - Contoh: papan flanel 
    - sekeping papan plywood yang dialaskan dengan kain 
      flanel bagi meletakkan gambar-gambar dan kad-kad 
      maklumat 
    - mudah alih dan mudah dibawa 
    - di belakang papan flanel dipasangkan sebatang kayu 
      bersama engsel serta cangkuk penyelak supaya papan 
      ini boleh berdiri 
10. Model tiga dimensi 
11. Boneka atau patong 
    - Biasanya berbentuk orang, binatang ataupun 
      tumbuh-tumbuhan 
    - Dibuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas 
      rendaman 
12. Diorama 
    - Satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung 
      dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan 
      seperti keadaan  sebenar tetapi dalam skala yang 
     dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi 
Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik: 
1. Overhead Projektor (OHP) 
    - Menggunakn sistem pembalikan cahaya daripada satu 
      sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan 
      seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin 
    - Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas 
      skrin 
2. Transparensi OHP
3. Pita slaid (filem slaid) 
4. Radio 
5. Televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder) 
6. Alat rakaman 
7. Filem tayang atau filem jalur 
8. Komputer 
Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar: 
1. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti 
    lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran 
2. Bahan sebenar daripada alam sekitar atau disebut 
    sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia
    dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi 
    kepada beberapa kumpulan iaitu: 
        - Benda bukan hidup 
        - Benda buatan 
        - Tumbuh-tumbuhan 
        - Benda hidup 
 
 
TEKNIK-TEKNIK PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN 
Overhead Projektor (OHP) 
Pengoperasian OHP: 
1. Kawalan suis 
2. Pendedahan maklumat secara peringkat-peringkat 
3. Penggunaan penunjuk (bersifat sopan) 
4. Penulisan terus di atas lutsinar 
Langkah-langkah persembahan OHP: 
1. Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP 
2. Pastikan semua penonton dapat meklihat dengan jelas 
3. Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum 
   ditayangkan 
4. Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan 
    elakkan membaca terus daripada skrin 
5. Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri 
    yang menjadi halangan dan gangguan 
6. Matikan suis projektor apabila percakapan yang 
   disampaikan tidak ada kaitan 
Data teknik OHP: 
• Tinggi meja OHP dari lantai = 75 cm 
• Jarak dari skrin ke OHP = 2 – 3 meter 
• Luas skrin putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar) 
• Tinggi skrin dari lantai = 1.5m 
Jenis-jenis OHP: 
• Mudah alih 
• Dewan kuliah 
• Pancar terus (Epidiskop) 
• Pancar imej kecil 
• Kegunaan komputer 
Kebaikan menggunakan OHP: 
• Mudah dikendalikan 
• Menjimatkan masa pengajaran 
• Menarik minat pelajar 
• Boleh disimpan lama 
• Paparan imej sebenar 
• Mempelbagaikan bahan bantu mengajar 
Kelemahan menggunakan OHP: 
• Tidak ada audio 
• Masa tayangan tidak lama 
• Kelas kecil 
Transparensi OHP: 
Kaedah penggunaan transparensi: 
• Tindan tindih 
• Sisipan 
• Penutup bulat 
• Penutup bahagian demi bahagian (tetingkap) 
• Bergulung 
Jenis-jenis transparensi OHP: 
• ‘write on’ / tulis terus 
• ‘color’ / warna 
• ‘therma’ / peka haba 
• ‘print out’ / cetak keluar 
• ‘photocopy’ / salin foto 
 
 
MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Multi - berbilang
media - perantara
Definisi multimedia: 
Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio, grafik dan maklumat tekstual dengan menggunakan teknologi tunggal. 
Konsep multimedia:
  • teks
  • grafik
  • animasi
  • audio
  • video
  • interaktiviti

Bahan-bahan multimedia: 
1. Hypermedia 
    Laluan kepada maklumat yang bukan linear. Ia 
    membolehkan pengelolaan dan persembahan yang anjal 
    bagi pelbagai jenis alat seperti teks, grafik, bunyi, video 
    dan sebagainya. 
2. Program pengarangan misalnya HyperCard untuk 
    komputer Macintosh, HyperStudio untuk Apple, Amiga 
    Viksion untuk Amiga dan LinkWay untuk IBM adalah 
    antara contoh bahan pengajaran yang boleh mendapat 
    laluan oleh hypermedia. 
3. CD-ROM 
4. Gabungan kamera video, perakam video dan perakam 
    pita 
5. Cakera video atau laser 
6. Alat pengimbas grafik 
Mengapakah teknologi multimedia semakin penting dalam bidang pendidikan? 
 
  • Kesedaran tentang pentingnya merancang kegunaan    teknologi multimedia bersama-sama dengan penyampaian sesuatuunit mata pelajaran 
  • Teknologi multimedia memainkan peranan sebagai pendukung kepada kaedah pengajaran secara terus dari guru 
  • Teknologi multimedia berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat memberangsangkan pelajar 
  • Teknologi multimedia dapat menolong guru dalam proses merancang pengalaman dan persekitaran yang sesuai untuk
        pelajar supaya pembelajaran menjadi berkesan 
  • Pengajaran individu seperti pengajaran terancang atau penggunaan modul yang mengaplikasikan teknologi multimedia
  • membolehkan pelajar maju mengikut kadar kebolehannya sendiri. 

Fungsi teknologi multimedia dalam pendidikan 
     i.   Membuat pengajaran guru lebih tersusun dan 
          terancang 
     ii.  Penggunaan media seperti filem dapat 
          memperkayakan pengalaman pelajar 
     iii. Memberi maklumat dengan penggunaan
      teknologi multimedia 
     iv.  Pengajaran lebih bersifat individu di mana pelajar 
          boleh menguasai pembelajaran mengikut cara dan 
          kemampuan mereka sendiri 
     v.  Pembelajaran menjadi lebih dekat kerana sesuatu isi 
         pengajaran atau perkara dari jauh boleh dipindah 
         masuk ke dalam bilik darjah 
     vi. Pendidikan boleh disebarkan dengan meluas 
     vii.Pembelajaran menjadi lebih menarik
  Pengajaran multimedia 
Perisian multimedia mampu menyediakan bahan kerja, aplikasi pembelajaran, aturcara kursus, sistem bantuan, sistem penilaian prestasi dengan elektronik. Perisian multimedia yang disediakan hendaklah disusun dan diolah dengan baik selaras dengan kehendak dan tahap pengguna. Oleh itu, guru-guru di sekolah seharusnya didedahkan dengan perisian multimedia kerana dengan kepakaran dalam bidang pendidikan membolehkan mereka menghasilkan perisian yang bermutu dan sesuai dengan
kemampuan pelajar. 
Sistem Authorware 
Authorware merupakan satu konsep baru perisian aturcara pengarangan komputer. Ia menggunakan ikon dan carta alir yang mudah dibina. Dalam sistem Authorware ini, elemen-elemen multimedia dan interaksi disusun sebagai objek dalam satu struktur atau proses. Ikon memudahkan pengguna melihat aliran dan susunan projek terutamanya pada cabang yang rumit. Ia memberi pengguna kemudahan untuk mencipta dan mengedit kombinasi teks, grafik, animasi dan bunyi yang diintegrasikan sebagai elemen penting dalam perisian kursus. 
     Penggunaan alat pengarangan Authorware ini membolehkan pendidik membangunkan perisian kursus yang lebih kreatif, kritis dan inovatif untuk pembelajaran pelajar secara berkesan, cekap dan menarik. Pelajar akan tertarik dengan persembahan pengajaran dan maklumat yang menarik dan pelajar dapat berinteraksi dengan komputer dengan baik. 
 
 
MEDIA PENGAJARAN: 
Menurut Mohd. Arif Hj. Ismai (1999), media pengajaran boleh didefinikan sebagai media, sumber atau bahan(perisian) yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina dan disesuaikan (inovasi) untuk menyokong atau memangkinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. 
Peranan grafik: 
     
  •      graf 
  •      teks 
  •      carta 
  •      peta 
  •      poster 
  •      kapsion 
  •      kartun 
  •      animasi 
  •      illustrasi 
  •      gambarajah 

Definisi grafik: 
grafik adalah karangan visual yang memberi katerangan atau mesej dalam komunikasi 
Ciri-ciri penting penyediaan grafik: 
Objektif: 
 
  •      perancangan teliti 
  •      kemudahan alat atau bahan 
  •      saiz bahan atau alat yang digunakan 
  •      rekabentuk visual 
  •      susuatur 
  •      penghurufan 

Elemen-elemen grafik: 
 
  •      garisan - penekanan 
  •      bentuk - kasan khas dan minat 
  •      ruang - kesan yang baik dan tidak terlalu padat 
  •      tetalan - sebagai warna dan hiasan 
  •      warna - membayangkan perasaan, daya tarikan, 
                          simbolik dan menyampaikan perasaan Prinsip-prinsip grafik: 
 
  •      penyatuan 
  •      bentuk mudah 
  •      penekanan 
  •      imbangan 

Peralatan: 
 
  •      komputer 
  •      pensil - graphite atau lead 
  •      pen - teknikal, isograf 
  •      dakwat - India atau China 
  •      marker, pembaris 
  •      papan lukisan, set Bofa 
  •      kertas, pisau, pemandam, gam 
  •      penghurufan - mekanikal atau teknikal 

Jenis-jenis carta: 
 
  •      organisasi 
  •      bersiri 
  •      pusingan 
  •      aliran 
  •      masa 
  •      daftar 
  •      ringkasan 

  KOMPONEN KOPUTER
Casing
  • berbentuk tower
  • berbentuk desktop
  • bekalam kuasa 230 W
  • arus tems 12 V
  • CPU guna 3 V - 5 V

Suis kuasa
  • set elektrikal yang menghubungkan komputer dengan litar kuasa
  • litar tertutup - ON
  • litar terbuka _ OFF

Papan induk
  • jantung kepada sistem
  • pusat bagi semua pemasangan 
  • jenis berdasarkan interface slots

Pemproses dan kipas
  • jantung kepada komputer
  • Intel mendahului pengelauaran cip selain daripada Cyrix, Celeron, AMD dan sebagainya
  • kelajuan cip diukur berdasarkan kelajuan jam (Mhz)
  • 1 Mhz = 1 juta pusingan persaat
  • kipas membantu hilangkan haba dari cip

Memori
  • RAM ialah Radom Acces Memory
  • terdapat jenis SDRAM dan EDORAM
  • lama = 30 pin
  • baru = 72 pin

Memori Cache
  • sejenis ingatan yang digunakan dalam sistem berprestasi tinggi
  • disisipkan di antara CPU dengan RAM
  • fungsi untuk mengurangkan konflik antara kedua-dua unit tersebut

Bekalan kuasa
  • menukarkan AC jepada DC
  • voltan 5 V dan 12 V diterbitkan
  • CPU perlukan 5 V
  • hard disk dan CD-ROM diperlukan 12 V untuk operasi

Cakera keras
  • dikenali sebgai mass storage  (alat storan massa)
  • pemulihan berdasarkan saiz storan yang besar dan kelajuan tinggi

Pemacu Disket
  • fungsi untuk penempatan perisian, pemindahan fail-fail antara sisstem dan back-up
  • unit 3.5" (1.44 Mb)

Pemacu CD-ROM
  • Compact Disk Read Only Memory
  • satu cara penyimpanan data
  • kelajuan ditunjukkan dengan angka diikuti dengan X

Port siri dan selari
  • mause, modem dan lain-lain menggunakan port siri untuk berhubung dengan komputer
  • port siri adalah dwihaluan
  • port selari untuk penyambungan komponen dengan komputer

Kad video (display card)
  • berfungsi mengawal monitor dan antaramuka
  • gunakan 32-bit, 64 bit, 128 bit cip memproses grafik
  • resolusi yang biasa ialah 640 x 480

Kad bunyi
  • dilengkapi dengan DSP (Digital Signal Processor)
  • 3D sound dan surround sound adalah jenis terbaru

Modem
  • menyambungkan komputer dengan telefon
  • jenis internal dan ezternal
  • 33,600 dan 56,000 bps (bit per secound)
  • ada suara dan fax

Monitor
  • komponen utama dan berfungsi sebagai paparan
  • jenis multiscan dan low radiation adalah pilihan terbaik

Tetikus
  • fungsi menunjukkan arah den mengarahkan
  • jenis trackball, lighr pen, drawing tablet dan sebagainya

Papan kekunci
  • penghubung pengguna dengan komputer
  • jenis ergonomik khas untuk kepantansan menaip

Pembesar suara
  • membantu mengguatkan suara dan menghasilkan bunyi lebih menarik

Aksesori
  • CD- writer
  • scanner
  • printer
  • mic
  • joystick

Ulasan

  1. saya tertarik dengan artikel ini. boleh saya mengenali penulis artikel ini untuk berbicara dengan lebih lanjut? atau hubungi saya melalui email : mohdfaeezilias@gmail.com

    respon anda amat saya hargai...

    BalasPadam
  2. saya ada satu soalan, sekiranya alat bantu mengajar yang direka oleh guru sendiri, contohnya, untuk menerangkan konsep, saya membuat gambaran sendiri dengan menggunakn manila kad. Apakah kategori bahan bantu mengajar itu?

    BalasPadam
  3. Maaf jika jawapan saya salah >Bahan bantu mengajar bukan elektronik . Nota ini bukan tulisan saya. Saya copy & save dalam microsoft words saya dan terlupa link asal artikel ini.

    BalasPadam
  4. mcm mna nak buat citation artikel ni?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH