Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat-kedua Sistem Pendidikan Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Carta Pai/ Rajah Bulatan

Rajah (i) Konsep Rajah Rajah bulatan berbahagi atau carta pai atau rajah bulatan berkadar adalah bulatan yang dibahagikan mengikut aspek-aspek tertentu. 1. carta Pai separuh bulatan darab dengan  180 darjah.           2. carta pai penuh darab dengan 360 darjah. ii) Langkah-langkah Membina Carta Pai Bagi membina carta pai, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah. 1. Teliti data dan kenal pasti berapa buah carta pai yang perlu dibina. 2. Cari jejari dengan campur semua nilai data mengikut aspek-aspeknya. Guna formula berikut untuk mendapatkan nilai jejari. Jejari =    punca gandadua  -/Jumlah 3. Berdasarkan jawapan, pilih skala sesuai untuk mengira panjang jejari. Bahagi nilai punca kuasa dua yang diperoleh dalam langkah 2 dengan nilai skala yang telah dipilih. 4. Bagi setiap aspek, kira nilainya dengan menggunakan formula di bawah. Nilai setiap aspek ______________  ...
Kemahiran Amali : Melukis Graf Bar (a) Graf (i) Konsep Graf Graf bar atau graf palang ialah graf yang mempunyai turus-turus menegak. Terdapat tiga jenis graf bar. 1. Graf bar komponen/ graf bar majmuk - Mempunyai turus yang bertingkat-tingkat 2. Graf bar kompaun Mempunyai turus yang berbaris-baris 3. Graf bar cermin Mempunyai nilai tegak yang positif dan negatif. Langkah-langkah Membina Graf Bar 1. teliti soalan dan data yang diberi. kenal pasti kaedah graf bar yang hendak dibina sama ada bar komponen, bar kompaun atau graf bar cermin. 2. kenal pasti nilai maksimum dan nilai minimum data. Pilih skala yang sesuai yang mewakili semua data. 3. Tandakan paksi X ( mendatar ) dan paksi Y ( menegak ) di atas kertas graf. Paksi X mewakili elemen, tahun dan paksi Y mewakili nilai. tandakan nilai pada setiap  1 sm di atas paksi Y dan catatkan unit duhujung paksi tersebut. 4. Tandakan setiap nilai data yang ada dalam soalan. Nilai yang ditanda mesti juah dari paksi Y ( sekurang-...

Lokasi Kajian Luar

Kami akan menjalankan Kajian Luar kami mengenai hidupan liar di Matang Wildlife.

PERANCANGAN SEBELUM MEMBUAT KAJIAN LUAR/KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI (ALAM SEKITAR FIZIKAL)

Langkah-Langkah Menjalankan Kajian Luar : Menentukan tajuk/isu kajian Pemilihan kawasan kajian Membuat tinjauan Menentukan kaedah kajian Menyediakan kaedah kajian Menyediakan peralatan & bahan kajian Menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan kajian Persiapan logistik Menjalankan kajian di lapangan Memproses dan menganalisis data Menyediakan laporan (maaf,masalah teknikal......) 1.Pemilihan Kawasan • Hendaklah merujuk kepada kesesuaian dengan tempat yang dipilih spt.yang terkandung dalam sukatan pelajaran. 4 sistem: Sistem Geomorfologi A. Sistem Atmosfera B. Sistem Hidrologi C. Sistem Ekologi 2. Pemilihan Kawasan Merangkumi unsur fizikal dan manusia. Faktor jarak dan masa. Aspek keselamatan. Keluasan kawasan kajian. Ciri-ciri kawasan. 3. Peralatan & Kegunaan A.Alat aras Abney atau Klonemeter Suuntoo -Digunakan untuk merekod ketinggian sesuatu poin. B.Pancang jajar -Digunakan untuk m...

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Imej
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Ked...

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH * Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Masyarakat Plural: Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk) - Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plur...

SEJARAH AWAL NEGARA MALAYSIA

Penduduk Dan Kerajaan Awal Sejarah Tanah Melayu boleh dijejaki sejak Zaman Paleolitik(Zaman Batu Awal, kira-kira 35000 tahun dahulu) diikuti dengan Zaman Mesolitik(Zaman Batu Tengah kira-kira 11000 tahun dahulu),Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru kira-kira 5000 tahun dahulu) dan Zaman Logam(Zaman Gangsa Besi kira-kira 2500 tahun dahulu). Bahan-bahan arkeologi membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman-zaman tersebut. Penempatan manusia Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) danTingkayu (Sabah). Orang Paleolitik yang tinggal di gua-gua batu kapur sejak 35000 tahun dahulu dipercayai penduduk terawal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sementara itu penempatan-penempatan manusia zaman Mesolitik (juga dikenali sebagai orang Hoabinh) yang ditemui di Tanah Melayu ialah di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Jenderam Hilir (Selangor), Gua Madai dan Gua Gomantong (Sabah) dan Gua Niah (Sarawak). Suku kaum orang asli Negrito dan S...