Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

GALERI GAMBAR

Imej
Gambar Sepanjang Pendakian Gunung Santubong pada 14 Jun 2012. Selepas mendengar taklimat dan bacaan doa, kami memulakan pendakian gunung dengan penuh bersemangat. Guru pelatih mengambil peluang bergambar bersama pensyarah pembimbing berlatar belakang panorama yang cantik. Setelah mendaki gunung agak lama, kami sampai di check point pertama. Check point 1 adalah check point yang mengambil masa yang agak lama. Walaupun penat selepas Program Bina Insan Guru pada 9 hingga 11 Jun 2012, Projek Kewarganegaraan pada 13 Jun 2012 namun semangat kami tetap kuat. Memerlukan keyakinan dan kemahiran untuk mendaki. Akhirnya puncak gunung berjaya kami tawan. Kelihatan Ketua Jabatan Kajian Sosial, Puan Hajjah Adibah binti Ismail sedang memerhati permandangan puncak gunung. Kami menggunakan pondok ini untuk berehat, makan dan solat. Gambar bersama 1 pasukan. Cerun yang curam melambatkan sedikit masa turun dari gunung. Penat tapi bersemangat

Pelajar IPG TAR Tawan Puncak Gunung Santubong

Imej
KOTA SAMARAHAN : Pelajar-pelajar PISMP opsyen Pengajian Sosial Ambilan Januari 2011 termasuk empat orang pelajar major Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan telah berjaya menawan puncak Gunung Santubong pada 14 Julai 2012. Para pelajar diiringi oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kajian Sosial. Mereka memulakan ekspedisi mendaki gunung bermula pada jam 8 pagi dengan harapan untuk  menjejakkan kaki ke puncak gunung sebelum tengah hari. Pendakian yang mereka tempuhi penuh cabaran dengan keadaan permukaan tanah yang lembap dan batu yang licin akibat hujan telah menjadi kerisauan para peserta, namun dengan tekad semangat yang kuat dan azam yang tinggi untuk menawan puncak Gunung Santubong, mereka dapat merealisasikan impian mereka tepat pada jam 12:55 tengah hari apabila seramai 23 orang peserta daripada 26 peserta tiba di puncak Gunung Santubong. “ Saya merasakan trek untuk menawan puncak Gunung San...

Projek Kewarganegaraan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku”

Imej
Generasi Cintakan Pantai KUCHING: Seramai 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pengajian Sosial ambilan Januari 2011(PISMP1111PS) IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan dan seorang pensyarah pembimbing telah menjalankan Projek Kewarganegaraan yang bertemakan “Pantai Indah Dan Bersih Warisanku” bertempat di SK Santubong. SK Santubong telah dipilih menjadi pusat untuk projek tersebut memandangkan lokasi sekolah tersebut yang strategik dan berdekatan dengan kawasan pantai. Projek ini telah berlangsung selama sehari dan melibatkan seramai 31 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 sekolah tersebut. Tujuan utama projek ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan kerja kursus bagi guru pelatih PISMP1111PS malahan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti pantai. Antara objektif yang ingin dicapai menerusi projek ini adalah untuk menyemai dan ...

ISL 1&2

Tugasan ( ISL ) : 1 Program : PISMP Ambilan 2009 ( Semester 4 ) Mata Pelajaran : Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah Kod  M/P           : PSS3108 Masa                   : 2 jam                                       Tajuk     :  Kurikulum Pengajian Sosial Arahan: Secara berpasangan pelajar diminta melayari internet untuk mendapatkan maklumat  tambahan berkenaan dengan ; 1)     Kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dalam sistem pendidikan di Malaysia. 2)     Kepentingan surat-surat pekeliling ikhtisas / pekeliling umum dalam profesion pendidikan ( SPI Bil. 4/1986 – Pan...

Bahan Tiga Dimensi

Imej
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain...

Fakta Ringkas Negeri-Negeri di Malaysia

Imej
NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN RAJA Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail RAJA PEREMPUAN Duli Yang Maha Mulia Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid M ENTERI BESAR Y.A.B. Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu IBU NEGERI Kangar BANDAR DIRAJA Arau DAERAH Tiada PARLIMEN 3 Kawasan DEWAN UNDANGAN NEGERI 15 Kawasan LAMAN WEB http://www.perlis.gov.my NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAJA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah SULTANAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun M ENTERI BESAR Y.A.B. Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak IBU NEGERI Alor Setar BANDAR DIRAJA Anak Bukit DAERAH 11 Daerah PARLIMEN 15 Kawasan DEWAN UNDANGAN NEGERI 36 Kawasan LAMAN WEB http://www.kedah.gov.my ...