Catatan

Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun

Imej
BAITULMUQADDIS - Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di guasebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama kelmarin. Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet.   Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudiyang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap diQumran di tepi tebing Laut Mati. Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidikIsrael di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barangantik. Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean. - AP

Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati

Imej
PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi. “Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan. “Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya. Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM k...

'Negaraku' berkumandang di dasar laut

KUALA TERENGGANU: Siapa sangka lagu kebangsaan ‘Negaraku’ boleh berkumandang di dasar laut? Mustahil? Tetapi itulah yang dilakukan oleh 22 penyelam pada 29 Julai yang lalu di Galeri Dasar Laut Pulau Bidong, Terengganu, untuk meraikan hari kemerdekaan ke-54. Para penyelam ini adalah peserta program Selaman Merdeka anjuran Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (CoRal Malaysia) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan ia adalah program pertama seumpamanya di negara ini.

Juan Mata ketepikan rasa hormat

Imej
VALENCIA, Sepanyol - Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok. Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara. Pada final tahun 2008, skuad The Blues sema- kin hampir untuk memenangi gelaran berprestij di Eropah itu apabila sepakan penalti John Terry tersasar. Sejak itu, trofi Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama Chelsea yang bimbingan pengurus baharu, Andres Villas-Boas. Mata dianggap sebagai pemain penting pada pertemuan menentang Valencia ini selepas dia meluangkan masa selama empat tahun bersama kelab itu. "Ia bakal menjadi satu perlawa- nan yang istimewa buat saya dan saya melalui tempoh yang hebat di sana (Valencia) dan kini, keutama- an saya adalah Chelsea. Saya akan melakukan yang terbaik," kata Mata. Sementa...

Skuad bola wanita ada semangat baharu

SKUAD bola sepak wanita kebangsaan yang dibentuk semula bermula dengan semangat baharu apabila menumpaskan Singapura 2-0 dalam perlawanan persahabatan sulung di republik itu, Sabtu lepas. Jurulatih Jacob Joseph berkata, kemenangan itu hasil daripada gabungan pemain baharu yang kebanyakannya pemain futsal di peringkat kebangsaan. “Kemenangan ini sememangnya satu bonus buat pasukan negara kerana Singapura mempunyai pemain hebat dan telah lama dibentuk. Malah, ia mempunyai sembi- lan kelab bermain dalam liga bola sepak wanita republik itu. “Tetapi bagi pasukan negara, mereka semua rata-ratanya baharu dan masih kurang pendedahan pada perlawanan antarabangsa,” katanya semalam. Pada perlawanan di Stadium Jalan Besar itu, gol skuad negara dijaringkan Siaaya Ajad pada minit ke-12 dan Norsuriani Mazli (68). Jacob yang pernah memimpin skuad wanita ketika temasya sukan SEA 2001 Kuala Lumpur berkata, beliau kagum dengan semangat para pemainnya kerana mampu menghadapi pelbagai rintangan d...

Polisi animasi perlu jelas

Imej
SEMUANYA bermula pada 1983 apabila industri animasi tempatan mencatatkan sejarah menerusi penayangan filem animasi pendek pertama bertajuk ‘Hikayat Sang Kancil’ di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM). Filem pendek garapan Anandam Xavier itu menjadi titik permulaan meneroka bidang yang sejak sekian lama menjana keuntungan besar kepada industri filem luar negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Antara 1984 dan 1987, beberapa lagi filem animasi pendek dihasilkan atas sokongan Filem Negara seperti Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan lain-lain. Lebih 10 tahun selepas itu, filem animasi cereka pertama bersandarkan kisah legenda kepahlawanan Hang Tuah pula diterbitkan iaitu filem Silat Lagenda yang diarahkan oleh Hassan Abd Muthalib. Bagaimanapun, kejayaan paling membanggakan sudah pasti dicetuskan sekumpulan anak muda lulusan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang bernaung di bawah syarikat Les Copaque Producti...

Malaysia VS Austaralia Coming Soon

Imej
SYDNEY - Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan. Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober. Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC. Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer. "Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka," katanya. Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 ...