VALENCIA, Sepanyol - Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok. Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara. Pada final tahun 2008, skuad The Blues sema- kin hampir untuk memenangi gelaran berprestij di Eropah itu apabila sepakan penalti John Terry tersasar. Sejak itu, trofi Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama Chelsea yang bimbingan pengurus baharu, Andres Villas-Boas. Mata dianggap sebagai pemain penting pada pertemuan menentang Valencia ini selepas dia meluangkan masa selama empat tahun bersama kelab itu. "Ia bakal menjadi satu perlawa- nan yang istimewa buat saya dan saya melalui tempoh yang hebat di sana (Valencia) dan kini, keutama- an saya adalah Chelsea. Saya akan melakukan yang terbaik," kata Mata. Sementa...