Pasukan Malaysia akhirnya menang ke atas Lebanon 2-1 dan layak untuk ke pusingan peringkat kumpulan.Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong pasukan kebangsaan.
Tahniah kami ucapkan.Syabas Malaysia!
Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). # Irama # Melodi # Warna ton # Bentuk # Harmoni # Teksur # Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyany
1.Kedudukan a) Keddukan ialah letaknya sesuatu objek atau tempat. b) Kedudukan sesuatu tempat ditentukan dengan menggunakan : #kompas magnetik #koordinat #kedudukan relatif #latitud dan longitud #bearing 2.Latitud a)Latitud ialah garisan yang dilukis selari dari arah barat ke timur atas glob dan pada peta atlas. b)Unit ukuran latitud [darjah (o) ].Nilai setiap latitud ditentukan melalui ukuran sudut dari pusat bumi. c)Nilai latitud hemisfera utara(0*-90*u)dan hemisfera selatan (0*-90*s). d)Garisan Khatulistiwa (nilai 0*)adalah latitud yang terpanjang .Membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan. e)Latitud-latitud utama :Garisan Sartan (231/2*u),Garisan Artik (661/2*u),Garisan Jadi(231/2*s),Garisan Antartik (661/2*s) 3.Longitud a)Longitud ialah garisan yang dilukis dari arah utara ke selatan di atas glob dan peta atlas. b)Longitud utama:Garisan Meridian Pangkal(GMP)dan Garisan Tarikh Antarabangsa(GTA) c)Unit ukuran longitud [Darjah (0)]. d)Garisan Meridian Pangkal(Nil
Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar! Mari kita menuju wawasan, Berketerampilan bergerak seiringan, Dari utara hingga selatan, Kita pacu menyusur gelombang. *Dasar dipadu cita dituju, Bumi kenyalang saujana memandang, Pelosok kota rantau dan desa, Meneruskan agenda pendidikan. Ayuh terbang kita seiringan, Menggapai bintang menjejak awan, Tekad yang jitu semangat juang, Pendidikan dijulang zahirkan harapan. Terbanglah tinggi menuju gemilang, Laungan keramat penuh iltizam, Rapatkan jurang satukan impian, Semangat juang kita laungkan. Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x) Kita sematkan.
Ulasan
Catat Ulasan