Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Cegah konflik di Laut China Selatan

Imej
Konflik maritim berasaskan petroleum di Laut China Selatan adalah ancaman keselamatan yang sangat dikhuatiri di Asia Tenggara mutakhir ini. Oleh sebab itulah ASEAN sentiasa serius untuk menghindarkan kemungkinannya. Potensi tercetusnya konflik ini tidak mustahil bila sumber petroleum dunia kian pupus, penggunaan tenaga sejagat – terutamanya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur – makin meningkat, kebergantungan Amerika Syarikat (AS) terhadap tenaga import pada tahun 2020 juga kian bertambah, dan punca tenaga alternatif pula terlalu mahal atau gagal memenuhi permintaan. Lantaran itulah Laut China Selatan dikategorikan sebagai salah satu flashpoint atau kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi yang mungkin mencetuskan konflik maritim berasaskan petroleum di abad ke-21. Ini kerana Laut China Selatan kaya dengan rizab petroleum. Menurut Energy Profile of South China Sea (17 Jun 2008), Laut China Selatan mempunyai rizab minyak ditaksirkan sebanyak 7 bilion tong, dan rizab g...

Murid 11 tahun menang esei untuk PM - TAHNIAH DARIPADA KAMI!

Imej
KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang murid tahun lima muncul antara enam pemenang pertandingan menulis poskad dan esei pendek dalam talian yang dianjurkan sempena hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke-58, semalam. Pija Shafiza, 11, dari Perlis ialah pemenang termuda pertandingan tersebut yang berkongsi kemenangan bagi kategori esei pendek bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39, dan Lemuel Ong Chin Shan, 18. Pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk ...

Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia

Imej
Penggempur berbisa negara, Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini. Safee yang meledak dua gol ketika Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar, kelmarin berkata, apa yang dilalui oleh pasukan negara ketika ini sama seperti ketika Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF, tahun lalu. "Saya yakin kita mampu mengalahkan Singapura apabila beraksi di padang sendiri sendiri nanti, ini kita telah buktikan pada Piala AFF apabila kita menang ke atas Vietnam dan Indonesia, " kata Safee. Mengulas kekalahan kelmarin, Safee mengakui barisan pertahanan negara terlalu longgar yang menjadi punca kemenangan Singapura. ...

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut: 1.0 Solat Qasar 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan . 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” ii. Al-Sunnah ...