Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia


Penggempur berbisa negara, Safee Sali yakin skuad negara mampu mengalahkan Singapura pada perlawanan kedua Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Safee yang meledak dua gol ketika Malaysia kalah 3-5 kepada Singapura di Stadium Jalan Besar, kelmarin berkata, apa yang dilalui oleh pasukan negara ketika ini sama seperti ketika Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF, tahun lalu.

"Saya yakin kita mampu mengalahkan Singapura apabila beraksi di padang sendiri sendiri nanti, ini kita telah buktikan pada Piala AFF apabila kita menang ke atas Vietnam dan Indonesia, " kata Safee.

Mengulas kekalahan kelmarin, Safee mengakui barisan pertahanan negara terlalu longgar yang menjadi punca kemenangan Singapura.



''Memang tidak boleh nafikan pertahanan kita tidak berapa kemas mengikat pemain lawan yang memberikan mereka banyak ruang mendapatkan gol.

"Walaupun begitu, barisan pertahanan telah bekerja keras sepanjang perlawanan dan peluang kita untuk mara masih terbuka," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Safiq Rahim kecewa kerana tidak dapat beraksi pada perlawanan timbal balik kedua kelayakan Piala Dunia Khamis ini kerana dilayangkan kad merah kelmarin.

Jelasnya, dia tidak berniat melakukan terjahan ke atas pemain Singapura, Harris Harun pada minit ke-49.

Menurutnya, dia terkejut apabila pengadil melayangkan kad merah.

"Saya sangka pengadil hanya akan melayangkan kad kuning, tetapi apabila dia menunjukkan kad merah, saya betul-betul tidak sangka.

"Saya mahu meminta maaf kepada rakan-rakan sepasukan kerana insiden tersebut, tetapi mujurlah rakan sepasukan memberikan saingan walaupun ketinggalan 1-4," katanya.

Safiq juga yakin rakan sepasukannya akan bangkit pada perlawanan timbal balik kedua untuk membenam cabaran Singapura di padang sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH