Bola sepak Sukan SEA: Malaysia dalam kumpulan A
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi
mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi
bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam kumpulan A.
Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja.
Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, hari ini.
Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.
Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian Internet.
Menerusi undian itu, skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee, akan membuka saingan dengan menentang Singapura pada 9 November diikuti Thailand (11 November), Kemboja (15 November), Indonesia pada 17 November.
Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan. - Bernama

Ulasan
Catat Ulasan