Minum air bantu lulus periksa
LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!
Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.
Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.
Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)
Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.
Kebolehan akademik keseluruhan pelajar juga diambil kira, bagi memastikan keputusan penyelidikan tidak terlalu berbeza disebabkan kebarangkalian pelajar pintar terasa dahaga.
Mereka yang minum air didapati mencatatkan pencapaian lima peratus lebih baik secara keseluruhan, namun peningkatan lebih ketara didapati di kalangan pelajar baru yang mengamalkan minum air ketika menduduki peperiksaan iaitu sebanyak 10 peratus.
Penyelidik Chris Pawson dari Universiti East London berkata, keputusan itu menunjukkan tindakan kecil seperti minum air ketika menduduki peperiksaan boleh dikaitkan dengan peningkatan gred pelajar.
Sebelum ini, penyelidik mendapati kanak-kanak berumur antara tujuh dan sembilan tahun yang minum air mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam ujian tumpuan visual dan ingatan. - AGENSI
Ulasan
Catat Ulasan