Konsep-konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Sosial
Nota PSS3110 Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran adalah konsep-konsep asas yang penting dalam bidang pendidikan dan mempunyai maksud dan melibatkan proses yang berlainan. Popham (2000) menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. Selepas anda membaca nota ini akan dapat menghuraikan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam Pengajian Sosial. Nota ini menerangkan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Nota ini juga akan menerangkan kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial. Seterusnya menyenaraikan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 1.0 Pengujian Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid (Azizi, 2008). ...