Cara guru Pendidikan Moral menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui proses pengajaran dan pembelajarannew-0105.gif from 123gifs.eu



Penulis : Saberi bin Pendi
Opsyen : PISMP 1111 Pengajian Sosial (IPGKTAR)
          
             Kurikulum Pendidikan Moral digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Pendidikan Moral melatih murid mempelajari dan mengamalkan etika dan nilai-nilai murni lam kehidupan seharian. Selain itu, murid dapat mengaitkan ilmu pengetahuan Pendidikan Moral dengan mata pelajaran yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
       Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan kepada guru untuk dijadikan panduan ketika mengajar. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.
          Guru dapat menerapkan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi jasmani dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Elemen ini dapat diterjemahkan dalam bidang pembelajaran nilai perkembangan diri  . Nilai menjaga kebersihan fizikal dan mental amat penting kepada kepada murid untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya untuk  memiliki tubuh badan yang sihat, guru hendaklah menunjukkan kepada anak murid cara membersihkan badan dengan betul. Selain itu, guru juga patut menggalakkan anak murid melakukan senaman  dan juga berusaha meningkatkan kemahiran serta mengembangkan bakat dalam apa jua bidang sukan.
Selain itu , guru dapat menterjemahkannya dalam bidang pembelajaran berkaitan nilai diri dan masyarakat . Dengan memberikan contoh dan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat dilakukan oleh murid-murid untuk menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh dilakukan oleh guru ialah membuat khidmat masyarakat dengan membawa anak-anak murid melakukan kerja amal seperti gotong-royong membersihkan kawasan seperti rumah anak yatim ,rumah kebajikan orang tua ataupun rumah-rumah ibadat.
          Bagi memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai, guru Pendidikan Moral mestilah bijak dalam melahirkan murid yang dapat menguruskan emosi mereka dengan baik. Ketika proses P&P berjalan ,guru harus bijak menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dalam menguruskan emosi dengan. Contohnya, bagi mengelakkan stress belajar atau konflik berlaku pada diri pelajar, guru boleh menyarankan murid untuk membuat jadual waktu harian. Jadual waktu harian dapat memastikan murid-murid menguruskan masa mereka dengan teratur dan sistematik.
Guru juga boleh memberi cadangan cara belajar yang betul tanpa memberi tekanan yang melampau kepada murid. Contohnya, murid yang agak lemah dalam sesuatu matapelajaran dan takut dimarahi oleh ibu bapa bolehlah meminta bantuan rakan sebaya untuk belajar secara berkumpulan atau berpasangan. Dengan cara ini, murid akan mudah faham dan menghindarkan stress pada diri murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah diselitkan dengan unsur kecindan dan lawak jenaka bagi bagi menarik perhatian murid dan menghilangkan rasa bosan murid . Murid kebanyakannya tidak dapat minat apabila guru terlalu serius dalam memberi input kepada mereka. Namun begitu, unsur-unsur tersebut hendaklah sesuai dengan usia murid dan elakkan penggunaan lawak jenaka yang berunsur lucah.
Ternyata huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral dibentuk bersesuaian dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kepercayaan kepada Tuhan yang terdapat dalam Pendidikan Moral dapat melatih murid mengamalkan suruhan agama dan kepercayaan masing-masing. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran, terlebih dahulu guru hendaklah merancang aktiviti P&P dengan teliti agar tidak menyentuh sensitiviti sesuatu agama atau kepercayaa. Penerangan mengenai konsep ketuhanan dapat membantu murid memahami erti ketuhanan dan keagamaan. Tambahan pula ianya dapat memberi keyakinan akan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara kepada murid.

Penggunaan alat bantu mengajar berbentuk visual seperti tayangan video dan gambar cara setiap seseorang penganut agama pelbagai di negara kita beribadat dapat memberi kefahaman dan kesediaan kepada murid untuk menerima dan memahami agama dan kepercayaan yang dianuti oleh rakan atau orang lain yang berlainan dengan agama dan kepercayaannya.
Pendidikan Moral merupakan medium bagi menjana pemikiran kritis dan kreatif murid dalam pelbagai aspek. Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahirankemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif , kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral.
Bidang pembelajaran 4 : Nilai berkaitan dengan diri dan alam sekitar dapat digunaka oleh guru untuk mengajak murid berfikir akan peranan dan kesan jika tidak menjaga alam sekitar dengan. Bagi meningkatan kemahiran berfikir murid ,penggunaan soalan berbentuk analisis hendaklah diguna. Contoh soalan dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid ialah bagaimana kehidupan manusia tanpa persekitaran yang bersih dan jelaskan punca-punca berlakunya kemusnahan alam sekitar. Soalan-soalan tersebut juga akan membuatkan murid terfikir akan nilai-nilai yang patut ada diri seseorang untuk menjaga alam sekitar seperti nilai menjaga kebersihan , nilai menyayangi alam sekitar dan sebagainya.
          Akhir sekali ialah guru perlu bijak membentuk sahsiah murid yang terpuji dan berakhlak mulia. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , guru perlu tampil dan menjadikan diri sebagai ikon kepada murid. Penampilan guru ketika mengajar hendaklah bertutur dengan baik dan sopan, menjaga batas pergaulan antara guru dan murid dan berpakaian yang sesuai tanpa menjolok mata murid.
Semua bidang pembelajaran Pendidikan Moral menekankan akan pentingan menjaga hubungan diri murid dengan diri sendiri ,masyarakat , keluarga, alam sekitar dan negara. Sebagai contoh , dalam bidang pembelajaran 3 : Nilai berkaitan diri dengan keluarga dapat membentuk sahsiah dan akhlak murid dengan menjalankan tanggungjawab dan peranan murid terhadap ibu bapa dan ahli anggota keluarga yang lain.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru boleh membuat aktiviti menyuruh murid berlakon dengan karakter anak, ibu dan ayah dengan situasi anak menjaga ayah sedang sakit dan ibu terpaksa bekerja menanggung perbelanjaan keluarga.  Dari aktiviti P&P seperti itu dapat menimbul unsur kesedaran kepada murid akan tanggungjawabnya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjaga hubungan dengan ahli keluarga.
Guru juga hendaklah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada murid dalam menjaga batas pergaulan sama ada di dalam ataupu di luar sekolah. Guru boleh menggunakan gambar-gambar seperti pencuri ditangkap oleh pihak polis, dan pesakit yang sedang terlantar sakit akibat mengidap penyakit HIV. Penerangan gambar tersebut dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memiliki sahsia diri yang baik.
          Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat diterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru dengan menyeimbangkan elemen jasmani, emosi, rohani , intelek dan sahsiah dalam diri murid. Hal ini kerana Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral sememangnya sudah digubal bertepatan untuk merealsasikan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru yang bijak ialah guru yang mampu menggunakan semua kemahiran yang ada pada dirinya dan murid untuk kemajuan bidang pendidikan negara.

Pesanan : Sila maklumkan kepada admin jika anda menggunakan esei di atas sebagai bahan rujukan anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH